Kasut : Asics Gel Kenun Pt 3 – Majlis Ujikaji Kasut bersama Coach Edan Syah

IMG_1182

So kami pun beramai-ramai turun ke taman bawah tu. Matlamat utama dia adalah untuk test kasut baru masing-masing. Rasa macam hari raya versi larian. Dulu masa kecikkan seronok gila dapat kasut baru nak beraya, ini pulak seronok gila sebab dapat kasut baru nak berlari. Dunia ini memang penuh dengan hal yang misteri. Umur bukan menjadi masalah untuk bergembira rupanya.

So Coach Edan, sebelum kami semua kena lari satu pusingan, memberikan tips-tips terbaik untuk larian.

IMG_1186
Coach menerangkan perihal kasut baru

IMG_1259
Anak murid tekun mendengar

Pertama adalah tentang apa nak buat bila dapat kasut baru atau beli kasut baru. Basically coach cakap jangan lenjan untuk race untuk first time sebab kita tak tau lagi apa effect kasut baru pada kaki kita. Best practice adalah kita bawak kasut ini untuk lari distance pendek dulu. Perlu diingatkan yang kasut pun perlu masa untuk serasi dengan kita. Alah macam relationship la. Ada yang jatuh cinta pandang pertama tapi ada juga yang dah lama baru jatuh cinta. Ada jugak dah bercinta tapi gagal.

Satu lagi Coach Edan ada tunjukkan senaman memakai kasut baru. Ada step-by-step dia tapi kira bila pakai kasut tu banyak pergerakan kaki la untuk senaman kasut baru ni. Saya tak amik video pulak canne senaman tu tapi the idea is, bila pakai kasut tu, anda buatlah senaman apa pun untuk familiarize kaki dengan kasut. Jogging setempat ke, then lompat-lompat setempat ke, then silang-silang kaki ke. Ikutalah. Janji senaman tu melibatkan kaki, dengan kasut. Bukan senaman tangan ya.

Kedua, adalah tips untuk macam mana nak tau yang kasut baru ni sesuai dengan size kita. Coach cakap (kalau saya tak silap dengar), bila kita pakai kasut tu, kita boleh letak satu jari kita kat belah depan kasut tu dan make sure dia kosong. Kalau jari kaki kita ngam-ngam sampai ke depan, means kasut tu ketat untuk kita. Sebab dia bila kita lari nanti, ada potensi kaki kita bergerak dalam kasut. So kalau ibu jari kaki dah cium bahagian dalam kasut belah depan, maknanya ketatlah tu. Nama undang-undang kasut baru ni adalah One thumb rules for sizing.

Selain dari itu, make sure tapak kaki kita bahagian bowl tu selesa bila pakai kasut. Sebab dia ini adalah kawasan majority yang akan kena pada kasut. Bowl ni ada dua, satu belah depan dan satu belah belakang. Bagi yang kaki dia normal, cuba pijak air, dan kendian pijak atas lantai. Anda boleh lihat bowl ni atas dan bawah kaki dari kesan pijakan yang kena air tu.

Ketiga, ikatan tali kasut. Coach bagitau yang kalau ikat tali kasut tu kalau panjang sangat, ikat 2 kali. Tak salah pun dan bukan berdosa besar masuk api neraka (saya nasi tambah). Biasa kita ikat sekali, so kita boleh ikat dua kali sebenarnya. Dan bila ikat tu jangan macam ikat tangan awek lak, tapi ikat kena kuat dan ganaslah agar tak tercabut. Undang-undang ini dinamakan, double lacing.

IMG_1187
Tali kasut pun ada cara nak ikat

Ikatan tali kasut ni pun mesti sampai ke lubang paling last kat paling atas kasut tu. Ada tujuan dia lubang dia banyak. Antara sebab dia adalah selain dari ikat kaki dalam kasut, ia juga untuk ikat angkle kita pada kasut. So jangan biarkan kasut anda berlubang tanpa tali esp. untuk larian. Kalau ada 365 lubang tali kasut, make sure semua 365 lubang ni ada tali (sekali lagi saya nasi tambah).

Selepas tips pasal kasut ini, Coach mengajak kita semua untuk buat senaman ringan. Senaman pemanasan badan atau warming up sebelum lari dinamakan Dynamic Stretching. Senaman ini banyak menggerakkan bahagian badan kita termasuk tangan dan kaki. Berbeza dengan senaman selepas lari, atau warming down yang lebih kepada Static Stretching, dimana kurang pergerakan bagi tangan dan kaki.

Coach bagitau yang sebab dia adalah lepas lari darah dah banyak turun atau menjalar dalam badan so thats why ada beza antara dynamic dan static. Melalui penerangan Coach Edan ini saya rasa Coach Edan memang orang yang berilmu. Dia ada ilmu, dan mampu menerangkan dengan jelas kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Sesetengah orang mungkin boleh bagitau WHAT tetapi tak boleh explain WHY.

IMG_1260

Oh ya, satu benda lagi, saya baru teringat. Yang ni sebab saya pun jarang buat. Sebelum lari tarik nafas hembus 3 kali. Nanti dah lari, tarik nafas hembus pun 3 kali. Sebab dia apa? Ye lah, nafas ni kan penting. Yang ni coach tak cakap sebab apa atau saya tak dengar sebab dok amik gambar, tapi pada pendapat saya, nafas ni adalah punca segala.

Selain dari punca nyawa dan punca cinta, nafas ni mesti stabil dalam setiap masa. Bila nafas tu stabil, semua benda dalam dunia yang huru hara akan jadi tenang. So amik nafas sebelum lari tu tanda kita bersedia. Ambik nafas lepas lari tu tanda kita nak stabilkan balik nafas kita. Ye la masa lari kan nafas yang panjang jadi pendek.

Sebelum lari kami semua bergambar beramai-ramai kenang-kenangan. Siap memasing angkat kaki show off kasut baru. #untunglaaaa….

IMG_1263

Now, masuk bab seterusnya, bab larian.

Larian ni tak jauh mana pun, adalah satu pusingan tu saya ingat adalam 250 m kut. Tapi sebab masing-masing cam tak puas lari, ulang 2 kali, jadilah 500m. Larian pace santai bukan pace nak lumba dengan Coach. Sapa berani potong Coach Edan. Itu menderhaka namanya.

IMG_1266IMG_1268IMG_1190

Ini adalah screenshot larian bersama Coach Edan. Bila fikir balik menyesal saya tak potong Coach Edan. Inilah masanya nak potong dia. Bila lagi? At least seumur hidup pernah menang lumba lari ngan Coach Edan 😀

Screen Shot 2017-08-24 at 7.59.18 PM

Lepas habis lari tu ada warming down. Then ada sessi soal jawab dengan Coach. Sapa-sapa ada kemusykilan ke apa ke. Tak silap saya ada 3 soalan je. 2 tu basic saya tak ingat apa, tapi soalan dari Majalah Maskulin agak informative juga jawapan Coach Edan.

IMG_1270

Majalah Maskulin tanya, apa pendapat coach pasal lately banyak runner yang dah mula masuk ultra 100K. Sebabkan malas nak taip dan kebetulan saya ada amik video, so anda boleh layan video kat bawah ni.

Saya kemudian menyelfie sekali ngan coach, sebelum saya tanya soalan pulak. So sebabkan panjang citenya, Coach Edan kata sambung kat atas lah lepas ni. OK Coach. Jumpa diatas.

IMG_1202

***
Credit Gambar : ada yang daripada Maisarah. Terima Kasih.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *