Kasut : Asics Gel Kenun Pt 4 – Design Kasut

IMG_1218

Lepas lari tu saya naik atas semula. Ya lah, nak sambung persoalan dengan Coach Edan Syah pasal #memecahkebuntuan2 saya. So masa kat atas tu bila saya sampai saya tengok ada brader dok interview Coach Edan. Punya la lama, so saya amik peluang untuk meninjau Gel Kenun ni.

IMG_1215

IMG_1204

Ok. Untuk Gel Kenun ni ada 2 warna yang saya tengok ada kat store. Hitam tapak hijau. Hitam tapak ungu. Hijau tu untuk lelaki. Ungu tu untuk fomfuan.

IMG_1205

Bila tengok gabungan hijau dan ungu ni teringat saya pada Incredible Hulk.

Hulk_(comics_character)

Teringat juga satu kisah dulu masa saya present website dekat satu kementerian ni. Masa tu saya buat website tu warna hijau – ungu untuk color palette dia. Bila present biasalah. Dalam meeting bila panggil ramai-ramai tu mula nak komen bukan-bukan. Kalau komen membina takpe tapi komen nak tunjuk bagus ni yang saya panas. Masa tu darah muda, level artis buat website masih tinggi. Sekali ada Dr. ni komen dia kata tengok combination color hijau dan ungu ni pelik. Tak pernah dibuat orang. Warna buruk gila untuk sebuah website malah siap tanya mana saya belajar.

Saya dengar berdesing telinga. Rasa nak tinju penjejak awan je Dr. macam bagus ni. Bagi komen tu berhemah la sikit. Tak payah la nak kutuk-kutuk. Ntah macam mana, nak dijadikan cerita tetiba dapat idea. Saya bagitau Dr. tu minta maaflah kalau combination color yang saya pilih untuk web ni salah. Tapi idea saya pakai color ni sebab saya follow buah manggis. Color dia kan hijau dan ungu. So kalau combination color yang tuhan dah bagi contoh ni salah, saya tak tau la nak guna color apa lagi. Semenjak hari tu, dalam meeting Dr. ni diam dan tak pernah bersuara pun.

Berbalik pada Gel Kenun.

Ini adalah gambar yang lebih dekat bagi kedua-dua kasut.

IMG_1211
IMG_1209

Ini pula untuk fomfuan.

IMG_1216IMG_1217

Option color lain macam saya tak perasan. Tapi kalau google kat web dia, ada lagi few option lain. Ni saya screenshot dari Asics Global punya web. Banyak juga warna lain, tapinya tak sure masuk Malaysia ke tidak, nanti hang pi check sendiri kalau minat warna lain.

Screen Shot 2017-08-25 at 12.41.14 AM

Screen Shot 2017-08-25 at 12.41.30 AM

Now, mari kita inspect dengan lebih detail lagi.

Berbanding dengan Gel Nimbus 19 yang saya dapat sebelum ni, permukaan Gel Kenun ni feel dia macam kain sulam. Kalau Gel Nimbus 19 macam baju spiderman, saya ingat Gel Kenun ni feel dia lebih minimal, lebih simplified, tidak berlayer dan straight forward.

Walaupun begitu, kalau tengok dengan lebih detail, ada geometric pattern atau corak disebalik surface yang minimal tu yang membentuk keseluruhan tekstur kasut ini. Kasut ini boleh dijadikan ujian untuk mengenal pasti sama ada anda seorang yang bermata helang atau sekadar bermata burung tiong.

Screen Shot 2017-08-25 at 12.51.45 AM

Ini adalah pandangan dari atas. Molek je design dia. Kemas. Kat lidah dia ada logo Asics penuh tapi warna dia tak striking dan tak obvious sangat.

1C502C850463EE0375463681A3AD41D2

Ini pula pandangan sisi. Seperti biasa, ada stripe Asics tapi tak obvious macam nampak tak nampak. Stripe Asics ni material dia sebenarnya macam kebalduan sikit. Kebalduan askar. Samar-samar…. bebayang-bayang…..

T7C4N_9590_0010298546_RT_1280x1280PNG

Kira kalau nampak awek tengah jogging pakai kasut ni, anda boleh simpan pickup line siap-siap kalau malu nak approach direct.

Cam, “Maaf, boleh tanya, eh… cantiknya kasut u pakai ni kasut apa ya?” (ye la sebab stripe Asics tu tak berapa nak nampak). Awek mesti jawab, “Ohhh kasut Asics ni… Gel Kenun”… Then bersiap untuk reply, “Tapi I ingat, you lagi cantik selembut awan sirus.”

Kalau awek tu IQ kucing dia mesti cam malu-malu kucing la bila cakap camgini. Tapi kalau awek tu pernah baca pasal Gel Kenun atau pernah duduk kat jepun lagi la up markah anda. Sebab ada ayat Awan Sirus (kenun). Mamat ni bukan setakat tau berbahasa jepun, malah mempunyai pengetahuan kasut yang pintartics ( Pintar + Asics ).

Tapi kalau awek tu berpendidikan tinggi lagi berdegree, mesti dia bengang. Ada ke nak compare muka dia dengan kasut. Hilang akal apa. Agak-agak la nak bagi pickup line pun. So, awas kalau nak guna pickup line cenggini. Fikir dalam-dalam agar ayat tu tak menyebabkan hati terluka.

Dari sisi belakang pula, kalau tengok betul-betul, ada text “Gel Kenun” yang tersembunyi dalam terang. Text ni warna hijau, ikut warna tapak belakang dia. Tak pasti pula kalau text ni reflective masa dalam gelap sebab store tu terang menderang.

Namun yang bulat-bulat putih belah atas tu confirm reflective bila disuluh lampu. So nak pakai kasut ni waktu malam tadehal. Manakala part hijau tu seperti biasalah. Itulah Gel dia. Kalau perasan, ada tulisan Gel kat situ.

Screen Shot 2017-08-25 at 1.01.51 AM

Ini pula tapak dia. Tak complex mana pun, basically agak basic. Bila tengok tapak cenggini saya ingat ni kasut memang antara tujuan lain dia nak gi mengorat ni.  Sebab jalan atau lari lembut-lembut teliti gitu… romantik-romantik je.

Namun Guidance Line dia tu tetap ada. Maksudnya weii… ko ingat aku lembut ke aku berprinsip ok. Ada logo Asics kat tapak ni belah atas. Lambang “a” huruf kecil.

T7C4N_9590_0010298546_BT_1280x1280PNG

 

Ini adalah screenshot untuk keseluruhan teknologi Asics yang ada pada kasut ini.

Screen Shot 2017-08-25 at 1.27.50 AM

Manakala ini pula adalah detail dia.

Screen Shot 2017-08-25 at 1.30.17 AM

Kesimpulan dia, pendapat peribadi saya, design kasut memang cantik dan sesuai untuk apa jua acara dan tak terhad pada larian sahaja. Maksudnya kalau nak melaram kasut ni pergi Gym, memang hang paling kacaklah. Atau nak pakai kasut ini untuk majlis pelancaran album ke apa ke, semua ocassion sesuai. Anda tak akan dicop “Azman*”. Design dia seamless, dimana cantuman dan material yang digabungkan menjadi keseluruhan kasut tu macam tak banyak, macam semuanya sama dan satu.

6

Maka persoalan terbesar dia : Apa kaitan kasut ini dengan Awan Sirus / Kenun?

Ok. Ini pendapat saya la kalau salah sorry ye Asics. Pertama nak kena tau dulu Awan Sirus ni apa kejadah. Dalam kasta awan, Awan Sirus ini adalah awan yang paling tinggi. Atas sekali. Awan Sirus biasanya awan yang nipis.

So kehadiran Gel Kenun ni, dari makrifat saya, Asics nak bagitau yang sekarang design kasut Asics dah makin up dah. Kalau dulu orang kata design Asics macam kuih raya warna warni bagai tapi sekarang, hello…. kita pun sudah ada kasut untuk youngsters yang hip maaaa… design kita sekarang sudah up to date dan dah mula pandai main minimalist.

Awan Sirus ni sebab dia kat tempat paling tinggi, so suasana kat atas tu sejuk. Awan Sirus ni terdiri dari kristal-kristal ais. So elemen ni diterjemah pada design atau surface kasut ni tadi yang saya kata geometric design tu. Kalau tak nampak kristal pun tak apalah sebab kristal yang saya maksudkan ini adalah zoom pakai microscope. Tapi kalau dari mata kasar, nampak geometric design ni macam Awan Sirus jugak. Berbelang-belang atau berjalur.

awan-cirrus

Awan Sirus ni pulak, kalau dia menebal, dia akan block cahaya matahari. Akibat block ini terhasilnya biasan. So sebab tu saya ingat tulisan Gel Kenun kat belah belakang tu macam nampak tak nampak. Bias terbias. Macam dah kena block dah dan hanya boleh nampak melalui renungan tajam. Begitu juga dengan Logo Asics di tapak dan tulisan gel dibelakang tapak. Semuanya ada tapi macam tak ada.

So mungkin sebab itu kasut ini dipanggil “Kenun” atau Awan Sirus, selain ia sebuah kasut yang agak ringan macam awan walaupun tapak belakang dia tu nampak macam tebal gila.

Kasut ini saya kira sebahagian daripada alat kacak kategori sporty dan aktif, yang anda perlukan terutamanya kalau anda adalah jenis runner yang lebih banyak workout di Gym lari atas treadmill bagai daripada lari di atas jalan.

Atau, nak guna kasut ni pegi travel pun ok sebab design cantik, tapak tebal, kaki sure tak sakit dan lenguh bila banyak berjalan.

Next saya akan tulis pula untuk testing kasut ini dalam latihan 10K saya.

***

*Azman adalah terma yang diberi kepada lelaki berbadan sasa seperti polis atau askar, yang memakai seluar jeans, mempunyai beg pouch di pinggang (Wajib), memakai cap, dan memakai kasut larian. Semua combination warna daripada cap, baju, seluar, beg pouch dan kasut mesti meriah tip top. Ini bukan saya yang kata ya, tapi ada kawan saya yang bagitau saya. Saya cuma menyampaikan sahaja.

 

 

Kongsi di :

Comments 2

    • khairulazizi August 26, 2017

      Azman yang pertama patut diberi penghormatan atas keberanian trend setter beliau. Saya diperkenalkan kepada Azman oleh kawan saya tu… nanti saya siasat lebih lanjut tentang hal ini 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *