Kasut : Asics Gel Nimbus 19 Pt 1 – First impression

Screen Shot 2017-04-04 at 1.02.52 AM

OK. Ini review tadak tipu punya. So saya akan tulis review seikhlas mungkin. Tapi sebelum apa-apa, perlu anda tahu bahawa ini kasut Asics pertama saya dan sebelum ini semua kasut saya adalah Nike dan untuk trail Salomon. Kira pengetahuan Asics saya adalah level Basic, namun, itu tidak bermakna perasaan saya tentang kasut ini adalah tidak benar. Jiwa mesti mau dalam. Kalau jiwa tak dalam, hati tak power kata nenek jiran saya.

OK. First masa saya buka kasut ni masa gelap. Masa tu senja. So tak berapa nak perasaan lagipun dalam keadaan cepat nak buat video. Boleh tengok video ini dibawah. Sorry agak kelam kabut sebab anak nak menangis la itu la ini la. Tapi kalau tak buat, nanti tak real sebab dah buka dulu baru nak buat video.

Lepas habis buat video tu saya masuk dalam mandi bagai kasi perut kenyang dan kemudian baru saya tengok balik kasut ini dengan teliti. First masa saya pegang kasut ni ntah kenapa terpancar wajah Edan Syah. Sapa kalau lari kat Malaysia ni tak kenal Edan Syah tak taulah nak kata apa. But it’s OK. Edan Syah adalah antara elite runner Malaysia atau lebih dikenali sebagai “Citizen Runner”, iaitu runner yang bukan professional tapi ada kerja selain dari menjadi runner. Boleh pergi FB beliau disini. Edan Syah ni kira legend la dalam scene larian Malaysia. PB FM dia 2:35:05 di Gold Coast Airport Marathon 2016. Ni gambaq dia bakhang. Kancis angin kaki dia. Tengok kasut apa dia pakai tu.

10694411_1477124762570757_5472720202586504643_o-2

Edan adalah runner yang Asics sponsor. Untung bakhang. Tapi tak sure sama ada Edan pakai Gel Nimbus 19 ke tidak yang tu kena siasat lain hari.

Now, berbalik pada kasut tadi.

Screen Shot 2017-04-04 at 1.02.17 AM

Secara visualnya, kasut ni memang cantik. Material kasut ni first time mengingatkan saya kepada suit Spiderman Andrew Garfield. Betul tak tipu. Dia punya skinning terutama bahagian depan kasut ni ala – ala betul. So feel dia tu terasa aura nak melekat je.

andrew-garfield-spiderman-suit-wallpaper-1

Combination kain dengan material plastic yang menjadi corak atas kasut ini sangat detail dan saya ingat bukan setakat corak sahaja bermaksud, made for purpose. Corak plastik ni bagai nak menghalang dari air masuk ke kaki kalau lari dalam hujan. Overall bahagian permukaan atas kasut ini adalah cuma satu layer sahaja. Stripe plastik kat depan (upper) tu macam 3D print atas kain kasut ni. Secara keseluruhannya, stripe plastik dan belang benang hitam-merah memberi feel ada depth pada kasut ni maksudnya tak ada la rasa flat atau kosong sangat. Terma teknikal dia adalah FluidFit Upper dengan Gradient Jacquard Mesh. Berbelit lidah nak sebut wei.Screen Shot 2017-04-04 at 1.27.11 AM
Pada lidah (tongue) kasut ni ada logo silver Asics. Lidah dia macam plushy sikit, gemuk-gemuk gitu tapi sangat lembut. Begitu juga dengan tempat nak masuk kaki (heel collar). Span dia agak tebal dan bila masuk kaki dia pegang firm kaki kita.

Screen Shot 2017-04-04 at 2.06.42 AM
Ini pulak side profile. Logo signature Asics kiri dan kanan sangat menyerlah. Ada tulisan Gel Nimbus kecik kat tepi bawah lubang tali kasut.

20161202141800_asics_gel_nimbus_19_t700n_9023

 

Ini wajah kasut Gel Nimbus 19 dari depan. Dekat tengah ada tempat tali kasut nak masuk tu ada tulis 19. Tali kasut warna hitam, kira yang saya dapat ni ada kombinasi 3 warna je. Merah, hitam dan putih untuk tapak. Dari certain angle buat kasut ni nampak berkilat lain macam. Selain dari feel baju spiderman, feel kulit biawak pun ada jugak tapi itu tandanya ganasss….. Saya ingat ni yang dikatakan 3M Reflectivity. 3 layer reflect dalam gelap cahaya yang terpantul tu lagi mencerahkan keadaan.

Screen Shot 2017-04-04 at 2.00.14 AM
Ini pulak dari belakang. Kat tengah antara bahagian atas dan bawah (heel counter), ada clip plastik hitam dengan lambang Asics. Plastik ni pegang kaki belakang dari bergegar kuat. Ada tulis 19 kat tepi kat tingkap plastik hitam ni. Bahagian dalam tingkap ni reflective bila malam so in term of security sense ada kat belakang kira ok lah tak kena langgar dek motor kalau lari dalam gelap.

Tapak dia senget-senget selang-selang antara gel dan getah kasut. Yang merah terjuih sikit tu teknologi Gel dia (nanti detail saya tulis post lain)

T700N_9023_0010291322_BK_AEB

Overal dari segi ghupa, dengan ilmu design yang saya belajar 4 tahun kat MMU dulu, boleh saya katakan ini adalah sebuah kasut yang agak kacak juga. Sebelum ni saya tak berapa minat sangat Asics sebab design dia beria dan over bagi saya. Tapi bila saya tengok yang Gel Nimbus 19 ni saya rasa acceptable design dia. Combination color dia boleh terima akal dan corak yang ada pada kasut ini menyerlah kegarangan kasut ini. Isteri saya ( yang juga belajar design 4 tahun kat MMU ) first time tengok pun dia kata cantik.

Ada berapa warna semua Gel Nimbus ni? Ada 5. Biru, Kelabu (carbon / silver ), Hitam, Merah dan kuning. Mana yang paling cantik? Mana yang hang suka la.

Screen Shot 2017-04-04 at 1.41.59 AMScreen Shot 2017-04-04 at 1.44.28 AM Screen Shot 2017-04-04 at 1.44.04 AM Screen Shot 2017-04-04 at 1.43.49 AM Screen Shot 2017-04-04 at 1.43.15 AM

Ok. Bila saya angkat kasut ni saya rasa macam agak ringan. Oleh kerana saya tak ada penimbang kasut kat rumah dan kalau nak timbang atas penimbang kek isteri saya, mau gelora rumah tangga. So saya baca-baca, didapati berat kasut ini adalah : 315 g. Saya baca lagi, yang Gel Nimbus 18 lagi ringan iaitu 306 g. Kira 19 berat sikit dari 18.

Makanya, 315 g untuk kasut larian, ringan ke berat? Gel Nimbus 19 bukan kategori kasut yang ringan gila sebenarnya. Maksudnya kalau nak kasut ringan untuk tujuan rempit, ini bukan kasut pilihan. Maksud yang lain lagi, bila ia tak ringan, ia bukan untuk race. Gel Nimbus 19 ni kepakaran dia adalah kusyen. Kusyen dia lembut.

Memang tak dapat dinafikan, bila saya first time pakai kasut ni saya memang ada rasa cam, wow, lembut gila. Cam selesa jugak. Kaki saya fit dengan kasut ni ngam-ngam. Tak longgar tak ketat. Just nice. Feeling tu… tengah-tengah, tak lebih tak kurang. Snug dia mmmmm…. sedap.

Namun bila saya picit-picit ibu jari saya, saya dapati yang ada banyak ruang kosong kat depan ibu jari kaki. Cam kosong sikit kat depan.

So kasut yang kusyen best ni untuk apa? Pendapat peribadi saya, untuk training jawapan dia. Sebab training tiap-tiap hari. Bila tiap-tiap hari lari, so kaki kena jaga jangan cedera. Bila tanak cedera, kena pakai kasut yang kusyen dia tip top.

Boleh pakai untuk HM atau FM? Of course boleh, tak ada masalah. Kusyen yang best support kaki pada satu tempoh yang lama. Memang semua orang naklah. Cuma, sacrifice dia adalah kasut ni bukan untuk lenjan speed maut. Itu kena ingatlah.

OK. Next saya akan tulis posting saya selepas saya lari dengan kasut ini. Sebelum tu boleh layan kempen iklan Asics, Want It More. Kalau translate kira cam “Saya nak lagi” atau “Wa mau lebihhhhhhh”…….

 

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *