Kasut : Asics Gel Nimbus 19 Pt 2 – First Run

Screen Shot 2017-05-01 at 3.06.01 PM

Sebelum ke Tokyo, saya sempat lari 10K dengan Asics Gel Nimbus 19. Cadang asal nak lari 5K je tapi ntah kenapa terlajak sampai 10K. Baca sini untuk review first impression.

Kasut : Asics Gel Nimbus 19 Pt 1 – First impression

Sebelum apa-apa, untuk info, kasut Gel Nimbus 19 baru berada di pasaran. Tak silap saya dia baru keluar pertengahan Januari 2017. Tapi untuk keluarga Gel Nimbus yang dah sampai no 19, basically siri kasut ini dah 7 tahun lamanya di dunia. Pertama kali diperkenalkan kepada runners pada tahun 1999.

Brand lain yang compete dengan kasut ini adalah Nike Zoom Vomero dan Adidas Energy Boost 3.

Now, berbalik kepada first drive test kasut ini.

Mula-mula saya sarung kasut ini dan pakai untuk lari beberapa KM yang pertama, saya dapati yang tapak getah kasut ini macam ada feel pelocok sinki tu. Jangan salah faham pulak ingat saya nak kutuk kasut ni, maksud saya konsep tapak dia tu.

Bila pijak tanah dan angkat kaki, getah dia tu macam ada melekat sikit dan menyerap something. Mungkin sebab itu saya terbayang pelocok sinki. So bila saya lari lagi dan minta gerak feel yang lebih senonoh, saya terbayang pulak seorang lelaki sedang berlari menaiki tingkap bangunan. Kaki dia ada kasut ini dan larian dia melekat di bangunan tanpa mengalami masalah licin atau membuatkan dia jatuh kebawah.

Bila saya dah baca dan study pasal FlyteFoam, baru saya faham kenapa feel dia begitu. Masa kita pijak tanah, getah dia macam melembek untuk adapt pada tanah. Dalam masa yang sama, beban hentakan tu diserap dengan baik sekali. Bila kita angkat kaki dimana kasut dah terpisah dari tanah, getah dia kembali kepada bentuk asal, menyebabkan mungkin beban yang diserap tu dilepaskan ke alam mana ntah.

Boleh baca detail pasal teknologi FlyteFoam disini untuk lebih faham. Yang ni saya dah tulis panjang lebar macciam khutbah jumaat.

FlyteFoam oleh Asics

Satu lagi saya perasan ialah oleh kerana getah FlyteFoam ini, setiap kali pijak tanah dia ada keluarkan bunyi. Bila saya tanya En. Remin, dia pun bersetuju. Memang Asics ada satu bunyi khas dan ini dikira sound branding. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal sound branding boleh tengok kereta Audi. Semua iklan dia ada bunyi khas yang sama, termasuk music yang digunakan.

ASI5910_1000_2
Keseluruhan tapak Gel Nimbus 19

So kalau telinga peka dengan bunyi, kita boleh tahu runner tu pakai kasut apa. Bunyi ini pun main faktor juga. Bunyi + Getah FlyteFoam memberikan effect “spring” sewaktu berlari, macam…. ada bantuan tolakan tanah untuk tolak kita lebih kedepan.

Bila saya fikir balik, bunyi ini sama ada sebab FlyteFoam atau sebab GEL, itu saya tak pasti. Tapi untuk kasut teknologi GEL, basically memang ada macam GEL dalam kasut ini. GEL ini bukan la dalam bentuk cecair tapi dalam bentuk GEL PAD. Perasan yang merah senget terjuih tu? Depa panggil Visible Rearfoot & Forefoot Gel.

T700N_9023_0010291322_BK_AEB

Apa tujuan GEL ini? shock absorption & protection. Kiranya Asics Gel Nimbus 19 bukan setakat ada FlyteFoam, tapi ada GEL yang keduanya memang untuk protect kaki gila-gila. Setiap kali kaki hentak ke tanah, beban yang naik semula ke badan melalui kaki adalah 3 – 5 kali berat badan. Dengan adanya GEL ini, beban tu dapat dikurangkan.

Screen Shot 2017-05-01 at 3.53.39 PM
Kedudukan Gel Pad dalam kasut Asics Gel Nimbus 19, sama dengan Gel Nimbus 18.

forefootgel
Salah satu bentuk Gel Pad

Ini pula video untuk lebih faham lagi teknologi Gel Asics.

So saya lari lagi dan minta gerak lagi.

Next saya perasan yang lidah kasut ni macam gemuk sikit dan tebal. Dia bukan beri ketidak selesaan tapi dia beri kekemasan pada bahagian kaki belah atas. Namun oleh kerana tali kasut Asics ni agak panjang (bagi saya berbanding Nike), ikatan dia tu kena make sure kemas sebab kalau tercabut, kadangkala tali yang panjang ni sama ada buat lagi cepat kita ikat atau buat lagi lambat kita ikat. Dan tali yang panjang ni memberikan feel annoying sikit rasa macam lari nak terpijak tali tu pulak walhal dah ikat. Ini semua syaitan punya hasutan so jangan amik port sangat.

Walaubagaimanapun, oleh kerana tali dia panjang, ikatan tali dia tu lebih kemas. Ikatan sebenarnya tak perlu ketat gila pun bila tali panjang rupanya. Effect dia, lidah kasut tu ngam-ngam dan ini beri lebih ruang untuk kaki bernafas, atau breathable.

Adakah saya rasa longgar dengan kasut ini? Tidak. Kasut ini fit sempurna pada kaki. Bahagian belakang kasut ini (heel) macam menolak kaki kita, lock. So kaki tak longgar dalam kasut memberikan larian yang selesa dan sempurna.

Satu lagi hal saya perasaan yang kasut ini agak ringan sebenarnya. Bila saya baca balik, ini ada kena mengena dengan teknologi FlyteFoam. Satu lagi sebab kasut ini ringan adalah kerana faktor Trusstic System. Apa menatang ni? Benda ni mengurangkan berat kasut. Dia macam design tulang sikit dan saya rasa ini adalah rangka yang menyebabkan kasut lebih ringan. Maksudnya, instead of semuanya tapak getah, campuran rangka ini membuatkan kasut lebih ringan dan struktur kasut tu lebih kuat. Boleh rujuk gambar.

g_asics-Propulsion-Trusstic-System-yellow-2011

Ini contoh Trusstic System yang ada pada Gel Nimbus 17. Sama je dengan Gel Nimbus 19. Material dia plastik. Selain dari mengurangkan berat kasut, tujuan utama dia adalah untuk menyalurkan beban larian dan membuang ke hadapan. Maksudnya energy dari tanah tu ditranslate kan ke depan agar runner lebih tersupport untuk moving forward. Mungkin sebab itu rasa ringan tu tinggi. Macam ada orang kenit tolak kita kedepan dari bawah.

840_asics-propulsion-trusstic-system-intergration-laufsohle-2011-12

So, dalam pada mintak gerak feel, sedar tak sedar 10 KM saya dah lari first time pakai kasut Asics Gel Nimbus 19 ni. Overall kaki tak sakit pun dan sebenarnya bila saya tanya kasut ni Hang nak kata apa lagi kat aku ni? Dia kata, abiang ada rasa macam lari atas tilam tak? Saya terpaksa mengangguk tanda setuju.

Ini ada satu video saya jumpa kat youtube yang bagi info berguna pasal Gel Nimbus 19, ringkas tapi padat. So boleh layan kejap. Basically rupanya design kusyen dia ada specific gender, untuk awek lain, dan untuk balak lain sikit.

Saya akan tulis lagi satu post untuk LSD dengan kasut ni sejauh 30 KM. Yang tu tunggu la beberapa hari lagi.

Seperti biasa, ini satu lagi video penutup untuk posting ni, #WantItMore.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *