Kasut : Asics Gel Nimbus 19 Pt 3 – Long Run

Ok. Saya dah lari 10K dengan kasut ni. Saya dah juga lari 5K di Jepun masa sejuk dengan kasut ni ( tapi tak tulis lagi ) dan saya dah lari 30.99K untuk Long Run dengan kasut ni, termasuk lari pecut dari anjing masa LSD yang sama. Basically saya dah lari hampir semua kut. Apa lagi? Lari dalam banjir tak pernah la sebab walaupun hujan hampir setiap hari, tapi air tak naik-naik jugak.

Now. Sebelum ni saya banyak tulis pasal teknikal dan rupa, kali ini saya akan tulis apa feel sebenar saya dengan kasut ini, which mean #perasaanku. Tapi sebelum tu, ini route LSD & data yang saya lari dengan kasut Asics Gel Nimbus 19 ini.

Screen Shot 2017-05-04 at 11.56.58 PM

OK. Sejujurnya saya suka kasut ni. Walaupun semua kasut saya sebelum ini adalah NIKE, tapi saya kira, kasut ASICS ni memang selesa dan comfortable gila. Untuk sebuah kasut yang harga dia RM649, boleh saya katakan Asics Gel Nimbus 19 ni kasut yang menjalankan tugas dia dengan baik.

Memakai kasut ini, feel dia ibarat memakai sebuah kasut yang agak berisi. Terasa kedebapan memegang kaki kita dengan firm lagi tegas, namun bukan pula lemak compress yang keras menekan kaki yang boleh menyebabkan sakit, tapi lebih kepada plushly feel – seperti, ada span-span tebal yang meraikan kaki kita untuk berlari. Namun walaupun begitu, ia bukanlah kasut yang berat sebab feel ringan dia memang ada dan sangat benar. Saya boleh jamin, first time anda sarung kasut ini anda akan rasa senyum dan terbayang keriangan seperti berlari atas tilam.

Larian dalam tempoh masa yang lama, menyebabkan saya lupa yang saya lari memakai kasut. Memijak jalan yang keras, berulang kali, beribu tapak pun, tidak menjadi masalah bagi kasut ini. Memang betul dia punya FlyteFoam tu ada effect dan mungkin juga dengan bantuan Gel dalam tapak kasut.

So kalau sampai terlupa pakai kasut tu maksudnya kasut ni tak beri masalahlah pada saya. Lain la cam tengah lari tu tetiba rasa cam kaki kena gigit ke atau lepas pakai tu kaki melecet ke so semua tu tidak ada.

Saya telah mengambil keputusan untuk menjadikan kasut ini kasut training saya. Tapak dia yang baik, pasti mengurangkan risiko untuk kaki saya injured. Saya akan pakai sampai 600 KM dan lepas tu saya akan letak gambar tapak dia dalam blog ini. Mungkin by Aug atau Sept, kasut ini akan mencecah 600 KM berdasarkan jadual harian saya yang ketat dan padat.

Tapi kalau anda tanya saya apa benda yang saya rasa tak berapa best tentang kasut ini adalah bunyi tapak dia. Saya rasa bunyi dari tapak dia agak kuat berbanding kasut saya sebelum ini. Ini bukan big deal sangat sebab kalau anda lari dengar lagu atau lari dalam race, anda akan dengar lagi banyak bunyi tapak kasut dari kasut anda sendiri.

So, kalau anda nak try kasut ini, silalah ke Store Asics yang berhampiran. Paling baru buka, ada di Midvalley. Selamat mencuba. Boleh add komen anda di bawah ini kalau anda memakai kasut yang sama. Oh, sebelum habis, seperti biasa, kempen WantItMore, video paling lengkap dia untuk tatapan anda semua.

Terima kasih kepada team Asics kerana sudi menjemput dan memberi saya kasut ini untuk review.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *