Kasut : Berapa set kasut lari yang kita nak ada?

Berapa jumlah kasut yang kita nak ada pada satu-satu masa, atau paling ideal level tak membazir dan tak jugak kemut. Take note ini adalah sekadar cadangan sahaja dann we can agree to disagree.

1. Saya nubis, saja-saja nak try lari. Bukan serius pun.

Kalau anda baru nak mula lari, maksud dia, dalam hati bukan nak lari sangat pun just saja suka-suka, maka jumlah kasut yang dicadangkan adalah cukup satu sahaja.

Cari kasut yang tebal midsole dia supaya tahan lama, sebab mungkin anda nak lari seminggu sekali je atau sebulan sekali. So kalau getah kasut tu tak tercabut dengan sendiri (kasut lari berpotensi untuk bunuh diri kalau tak digunakan sebab merajuk), maka maybe kasut anda boleh tahan 3 – 4 tahun.

2. Saya memang minat lari, saya dah start dari 5K pergi 10K. Target long term saya adalah nak pergi 21K next nak buat FM. 

Ini tandanya anda mula nak serious lari dan menjadikan larian satu rutin untuk kesihatan, mahupun untuk mencapai sesuatu yang tidak pernah anda capai. Tahniah kerana berani keluar dari comfort zone anda. Bukan ramai yang sanggup, malah ada yang lari, melarikan diri dari larian dengan 1001 alasan.

Dicadangkan anda mempunyai 2 pasang kasut. Kenapa? Anda boleh rotate dua kasut ini maksudnya time anda training tu katalah consistant sehari lari sehari rest day, berterusan sampai bila-bila.

So faedah mempunyai dua kasut adalah jangka hayat kedua kasut itu dipanjangkan lebih lama sebab gilir-gilir. Ala macam kawan saya, ada dua bini. So gilir-gilir hari-hari.

Berapa jarak ideal kita pakai kasut ni? Satu kasut boleh sampai 500 KM ke 750 KM. So kalau ada dua kasut, anda boleh lari sampai 1200 KM dalam masa setahun.

1500 KM setahun lari tu banyak ke sikit? Boleh kira banyak tu. Kalau anda selang sehari rest, anda lari at least 8 KM sekali lari. Sekali lari 8 KM, banyak ke sikit?

3. Saya lari dalam kepala mesti nak PB. Kalau tak PB saya tanak update IG saya 2 minggu.

Anda kategori memang takde kompromi dengan doing the best. Bukan level just do it. So bila mindset memang nak PB, maksud dia anda dah level kena ada 2 jenis kasut.

First kasut race, khas untuk racing sahaja sebab kasut race ni lagi ringan la, ada carbon fibre la, so dicipta khas untuk speed agar membantu runner untuk PB.

Second, adalah kasut training. Kasut training pulak biasanya midsole tebal sebab nak lanyak hari-hari tapi sekarang tade beza sangat dah sebab teknlogi foam (rujuk posting semalam). Tapi kasut training takyahla beria sampai ada carbon fibre sangat sebab biar kasut training tu biasa je. Kita push hard time training tapi bila race, kasut power so ada bantuan tambahan.

So paling minimum anda kena ada 2 pasang satu race satu training. Kalau anda nak rotate kasut training, anda kena ada 3 pasang. 1 race, 2 training.

3. Tapi saya kat rumah ada treadmill pulok, dah accane?

Kalau anda seorang yang pemalas, anda kena beli satu lagi kasut training khas untuk treadmill so total kasut anda adalah 4 pasang (1 race, 2 training luar, 1 treadmill).

Tapi kalau anda seorang yang rajin, anda boleh cuci kasut training tu, gilir-gilir buat pakai kat atas, atau satu kasut training khas untuk luar dan satu khas untuk treadmill (ni jimat sepasang la so maintain 3 pasang sahaja).

Maintain 3 pasang walaupun ada treadmill ok, tapi kalau ada bajet gatal nak khaskan untuk treadmill, silakan.

1 race, 2 training luar, 1 treadmill, total 4.

4. Tapi, tapi, saya ada pergi gym jugak canne?

Kalau rajin boleh guna kasut treadmill tadi bawak keluar masuk dalam beg untuk pergi gym, tapi kalau malas, beli satu lagi. Hamboi kau, mewah betul. Nak keluarkan kasut dari beg dari kereta pun malas. Kau tau tak kau dah ada 5 pasang kasut?

1 race, 2 training luar, 1 treadmill, 1 gym, total 5.

5. Tu la abiang, saya malu nak kata. Saya kadang-kadang lari trail jugak.

Apa nak malu dik, kau bukannya takde idung. Anyway, kalau anda lari trail, anda wajib ada kasut trail khas sebab trail ni surface dia memang lain dari road, so banyak faktor yang kena ambil tahu misalnya nak elak injury, nak elak tersungkur makan tanah etc etc.

So bila dah main trail, memang wajib kena ada satu kasut lagi iaitu kasut trail.

1 race, 2 training luar, 1 treadmill, 1 gym, 1 trail, total 6.

6. Enam pasang???? MAK AII tu dah berapa ringgau tu dah bang?

Kalau average sepasang kasut RM400, so kalau 6, minimum RM2400. Dik, main golf lagi mahal dik. Satu set kayu golf dah berapa? Tu belum membership… Hari tu abiang dengo kawan abiang bayar RM200 K untuk membership club abiang kata ko gila ke apa? Kalau nak murah ko tukar game, main catur tak pun main kerem.

By the way, bear in mind, kalau mula nak lari, tak perlu pun 6 pasang, boleh rujuk no 1 ngan no 2. Yang level 6 pasang ni biasa sebab dah lama lari atau hobi dia kumpul kasut. Bab hobi ni takyah nak bertekak la dah hobi dia gitu. Ada orang hobi dia kumpul stem. Ikut dia la nak kumpul apa. Kawan abiang hobi kumpul nombor. Nombor apa abiang tatau la.

Bear in mind juga, larian adalah satu sukan yang paling murah sebenarnya. Kasut je investment kita. Baju seluar jam tu kira lain la, tapi maksud dia, untuk keluar lari, kasut je dah memadai.

KESIMPULAN

Berapa kasut yang kita perlu adalah sebenarnya ikut keperluan kita. So kalau kita memang perlu sampai 6 kasut, carry on la. Tade sapa nak marah. Tapi kalau keperluan kita sekadar 2 pasang, pun ok. Tapi kalau kita memang jenis keperluan tu ada, tapi kehendak pun sama tinggi ngan keperluan, ada bajet, carry on. Niat tu nak membantu ekonomi negara so spend banyak sikit dari biasa pada saya OK. Duit hang, bukan duit abiang.

Yang penting kita tahu kenapa kita ada kasut tu dan sebab apa kita ada kasut tu. Cuma untuk posting ini, jumlah yang paling ideal untuk seorang runner yang serius kategori marathon (tanpa trail), pada saya adalah 3.

1 race, 2 training.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *