Kasut : Bila tanda-tanda nak kena tukar kasut baru

Dalam quran ada sebut tanda-tanda nak kiamat. Maksudnya, sesuatu yang nak berlaku tu, ada patern dia. Begitu juga dengan kasut. Kalau dah ada patern atau petanda dia, nampak macam nak kena tukar dah kasut tu. Namun begitu, apakah tanda-tanda kiamat (tanda kasut dah nak kena tukar) bagi sesuatu kasut?

Ada dua petanda. Pertama, pada kasut itu sendiri.

1. Bila distance kasut dah mencecah 500 km – 750 km

Bila distance dah banyak untuk sesuatu kasut tu, maknanya dah nak kena tukarlah. Walaupun kasut tu nampak ok, tapi yang kita tak nampak adalah dalam midsole kasut tu. Entah macam mana dah level absorbance daya dia kita pun tak tau, so cara paling selamat adalah melalui distance kasut.

Macam mana kita nak tahu distance kasut kita? Takkan nak kena ada buku nota, berapa jumlah km kasut-kasut saya? Dah la nak kena ada buku, nak kena tulis pulak tu?

Itu pasal la kalau serius lari kena ada Strava. Dalam strava boleh add kasut, setiap kali lari, pilih kasut mana so automatik jumlah distance kasut tu ada. Boleh juga letak reminder atau notification bila kasut saya mencecah 500 km, hello saya.

2. Bila outsole, tercabut.

Outsole ni tapak atau layer paling bawah. Bila dah tercabut, tu tanda nak kena beli baru la. Eh, tak boleh ke saya gam je. Boleh. Tapi kalau dia tercabut lagi, ko gam la balik. Tapi kena rajin gam la sebab nak tunggu 500 km – 750 km. Ko jangan lepas tu main gam lak…. sedap bau dia.

3. Bila dah basuh, masih lagi ada bau busuk

Ni satu petanda lagi dimana ko dah rendam dalam baldi campur bedak, perfume bagi, tapi bila jemur, time nak pakai, bau busuk kasut masih ada. Agak-agak la, islam kan pentingkan kebersihan… beli la baru dik. Kang buatnya time ko lari ada awek follow, siannnn awek tu. Aware skit aware plis.

4. Bila cucuk jari kat dalam kasut, rasa cam nak tembus

First pastikan yang ko bukan level Bruce Lee yang boleh buat 1 finger push up. So bila dah comfirm, ko amik kasut tu, ko cucuk kat belah dalam dia. Satu tangan lagi letak kat tapak. Boleh juga buat terbalik, dimana cucuk dari tapak bawah. Tak kisahla mana-mana.

Tapi kalau ko boleh rasa macam jari ko tu macam nak tembus, maksud dia getah kasut ko tu dah expired la.

5. Bila ko tengok tapak dia dah haus

Bila kita tengok tapak kasut tu dah haus, kalau tak tukar jugak tatau la. Haus macam mana ni? Haus yang bila hati kita cakap, eh ni macam dah haus ni….

6. Bila pakai kasut tu, rasa cam keras

Rasa cam keras ni maksud dia selama ni pakai rasa lembut. Tapi kali ni pakai cam watpe aku rasa cam pijak lantai simen je pakai kasut ni. So basically sponge kasut tu dah keras dan dah tak bouncy atau kusyen dia dah out la. Orang melayu kata, getah dia dah mati.

7. Bila ko pulas kasut tu, senang gila

Pulas kasut ni maksud dia ko twist kasut tu. Pegang kat depan, then satu lagi belakang. Twistkan. Kalau mudah je bukan tanda bicep ko mantap tapi kasut ko dah nak meninggal. Dah tak awet muda la….

8. Bila upper kasut tu cam dah tak stim

Upper adalah bahagian atas kasut tu so selama ni kita tengok dia keras semacam je. Dah lama tu terperasan apsal upper kasut aku ni cam lemah syahwat je?

9. Betul ke distance 500 km ke 750 km? Saya baca ada kasut yang boleh sampai 900 km?

500 km – 650 km sekadar rules of thumb kedai kasut bagitau. Kalau dia bagitau ko boleh pakai kasut sampai 1000 km, rugi la dia dik oiii. Dah la time covid ni business slow. So basically, ikut suka ko la nak pakai sampai berapa pun asal ko happy. Kalau injured padan muka.

Now kedua, bila kasut tu dah tak tahan asyik kena lanyak pastu dia dah bagitau boss saya ni dah tua ni, saya nak kena berehat atau saya nak kembali ke alam recycle ni boss, so….. kasut tu mula nak memberontak

1. Bila lepas lari, tetiba ada cam sakit pulak kat kaki selama ni takde

Tak kisah la kat kaki atau kat lutut ke pinggang ke, biasa lari tade hal tapi tetiba lari ada new pain. Barangkali kasut tu dah hantar signal. Kusyen dia dah barai dik, so effect dia kena ke kita.

2. Kaki mula nak melecet sebelum ni tak pernah

Pun sama. Maybe kasut kita tu dia punya form atau shape dah berubah, so geseran terus menerus menyebabkan kaki kita melecet lalu luka. Kasut makan tuan dik. Ni sangat bahaya. Makhluk-makluk yang kita ada ni jangan sampai dia makan kita. Tak bagus untuk kesihatan aura dan sebagainya.

3. Bila kawan running ko tanya, apsal hari ni i nampak u macam pendek sebelah?

Ni maksudnya kasut kita tu dah tak sama level atau aras tapak dia, salah satu dah haus gila so kita pakai tetiba kita rasa cam tempang.

4. Bila ko pergi kedai kasut, ko pakai kasut baru ko rasa best gila ni.

Ye la sebab kasut ko dah lama sial. Adoiiiiii….. maafkan abiang sebab mencaruti.

5. Bila kasut yang ko ada tu, dia punya jarak version dengan kasut jenis yang sama lebih dari 3

Ni contoh kasut Nike la. Senang cite amik kasut Pegasus. So Pegasus sekarang dah 37. So kalau kasut kita pegasus 34, tanda kasut kita dah nak kena tukar la. Take note macam Pegasus dia punya launch almost every year. Dulu 2013 saya pakai 31. Sekarang 2020 dah 37. 2020 tolak 2013 , 7 tahun. So 31 + 7, lebih kurang la…

6. Bila ko pakai kasut lari ko pergi masjid semayang jumaat, balik tengok kasut ko ada lagi

Dah dah la tu…. pergi la beli kasut baru. Tolong la.

KESIMPULAN

Jangka hayat kasut sama ada sebab rupa dia dah jahanam bukan macam asal, atau kalau nampak masih steady, tapi sebenarnya dalaman dia dah rosak. So pakai mata je tak boleh tahu, kena pakai fakta juga iaitu distance kasut tu, selain dari “feel” masa kita spend dengan kasut tu.

 

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *