Kasut : Cara nak beli kasut percuma

Member yang lari dengan saya di Kuantan tempoh hari request agar saya belanja dia sepasang kasut larian baru. Saya cakap pada dia, kalau ko ni awek aku mungkin aku consider. Itu pun kalau bini aku bagi restu la. :P. So, untuk mengelakkan kami dituduh gayboy runners, instead of belikan dia kasut baru, saya bagi dia idea macam mana nak beli kasut dengan percuma.

Caranya mudah saja.

1. Usha kasut apa yang nak dibeli tu
Pergi kedai dan usha kasut mana yang nak dibeli. Bila dah confirm, nak beli, dapatkan harga kasut tu. Katakanlah minat gila kat Nike Pegasus 31. So check harga berapa, katakanlah harga kasut tu RM400.00. Balik, tulis harga kasut ni besar2.

2. Buka akaun ASB
Kalau takde lagi, boleh buka akaun ni. Start simpan sebulan RM400. Intead of beli kasut, simpan dulu. So kalau mula bulan Januari yang paling cantik. 12 bulan simpanan, means, 12 x RM400 = RM4800.00

3. Tunggu sampai hujung tahun
Yang ni sangap sikitlah. Nak beli kasut dengan free, so kena la tahan sabar sikit. So bila hujung tahun ASB bagi dividen. Kalau ikut dividen 2014, depa bagi 8.5%. Maka, 8.5% daripada RM4800.00 adalah RM408.

4. Keluarkan dividen dan pergi kedai kasut semula
So, withdraw RM408 tu dan pergi ke kedai untuk beli kasut idaman tu. Haaaa… nampak tak idea ni macam mana. Bersabar 12 bulan, anda akan dapat kasut baru dengan percuma dan anda ada simpanan RM4800.00. Best tak hikmah sabar?

Walau bagaimanapun, setiap perkara ada twist di akhir cerita. Ini biasalah. Twist boleh jadi Jackpot atau tak.

Tiba-tiba sebab dah tunggu 12 bulan, aleh-aleh pergi kedai tengok-tengok Pegasus 31 dah diganti dengan Pegasus 32. Haaaaa lagi baru, lagi canggih, lagi mantop. Untung tak untung tak?

Sekali lagi, best tak hikmah sabar?

Tapi kawan saya ada persoalan. Dah tu kalau nak tunda beli kasut baru sampai hujung tahun, sementara nak ada kasut tu kalau nak lari nak pakai kasut apa?

Saya bagi dua jawapan disini.

1. Pegi masjid, curi kasut orang. Tapi ko dosa masuk neraka la. Bila sampai neraka malaikat yang jaga situ mesti ketawakan kau sebab masuk neraka sebab curi kasut orang. Tapi itu pun kalau ada orang pergi masjid pakai kasut Pegasus 31. So jawapan ni tak berapa nak logik dan praktikal.

2. Jawapan kedua yang saya tengok muka dia tersenyum adalah : ko beli kasut tu RM400 bulan pertama, tapi start bulan kedua dan seterusnya, mula simpan RM450 sebulan dalam ASB. Kena top up sikit la RM50. By end of the year ko dapat simpan RM450 x 11 = RM4950.00 dan untung dividen sebanyak RM420.75 So ko untung RM20.75 sini dan dapat beli kasut on the spot tanpa tangguh. RM20.75 tu belanja aku minum.

Kadangkala dalam hidup kita kena hack sikit perspective kita tentang financial untuk dapat apa yang kita nak. Cumanya, sanggupkah kita disiplin untuk cover balik apa yang patut.

Kongsi di :

Comments 2

  1. mazni wahid June 18, 2015

    tahun 2014 sye prgi butik nike beli kasut nike pegasus31 harga RM409 tpi bila tibe thun 2015 sye pergi kedai tu lgi harga dh turun RM209 hahaha siott…tpi nike pegasus31 memang bestt

Comments are closed.