Apakah Heel Drop?
Ukuran sejauh mana tinggi tumit berbanding tapak kaki depan. Atau, beza tinggi antara tumit dengan tapak kaki depan.
Apakah nama lain Heel Drop?
Drop, offset, ramp angle. Heel Drop juga singkata “Heel to toe drop”
Ada gambar tak lagi nak faham?
Boleh jelaskan tak secara pengiraan?
Kalau kasut tu tumit dia tebal 16 mm, forefoot dia tebal 10 mm, maka heel drop dia adalah 6 mm. Kalau kasut tu tumit dia tebal 10 mm, forefoot dia tebal 10 mm, maka heel drop dia 0 mm (zero drop)
So heel drop berapa yang bagus?
Bergantung pada cara larian anda. Kena tahu sama ada anda Forefoot atau Midfoot atau HeelStrike. Baca :
Lari : Forefoot vs Midfoot vs Heelstrike
Apa ukuran yang sesuai untuk setiap jenis larian?
0 mm – Midfoot / Forefoot. Bila pijak tanah flat tapak kaki. Heelstrike haram pakai.
4 mm – Midfoot. Heelstrike haram pakai.
8 mm – Midfoot. Heelstrike boleh cuba.
12 mm – Moderate Heelstrike.
16 mm – Heelstrike
Ada sumber lain juga dan boleh tgk sendiri bawah ini.
Apa masalah kalau salah kasut sebab heel drop tak sesuai dengan kaki?
Risiko kecederaan kaki.
Ada tak pendapat lain yang bertentangan?
Ada. Ada yang kata heel drop ni hanyalah gimik marketing dan sebenarnya takde beza pun sangat. Wallahualam.
Ada video tak nak layan?
Ada.