Kasut : Jenis Stokin

nike-SX3606-149-zoom

Saya tak pasti sama ada saya poyo lebih atau memang benar berlaku. Semalam masa lari 10K di Putrajaya route Jalan Lurus, ada sedikit “amaran” berlaku pada kaki saya. Pada saat hampir tamat lari, saya terasa macam jari-jari kaki saya sedikit melecet. Tidak pasti effect kasut baru saya atau sebab stokin, dan saya akan menyiasat perkara ini.

Pada hari itu saya tibai stokin pergi kerja. Maksudnya bukan stokin sport. So saya rasa ini ada beri kesan geseran yang kuat lalu membuka peluang kepada jari-jari kaki cuba melecetkan diri. Saya akan cuba elakkan pakai stokin kerja dan saya akan cari stokin khas untuk larian.

Saya check dekat decalthon.my ada 2 jenis stokin. Pertama yang low cut tu dimana cutting pendek tak tinggi macam stokin budak sekolah. Kedua pulak stokin kalis tergeliat siap ada structure bagai. Tapi stokin ni habis stok pulak.

Screen Shot 2014-09-09 at 1.43.27 AM

Screen Shot 2014-09-09 at 1.43.12 AM

Kalau pergi kat Nike.com, yang dibawah ini pula featured list stokin Nike. Design memang charalah tapi tak check lagi kat Malaysia berapa harga.

Screen Shot 2014-09-09 at 1.48.23 AM

Melalui bacaan saya, dapat saya simpulkan, bila nak cari stokin lari, kita kena cari yang :

1. Cepat Kering / Dri Fit – so kaki tak berpeluh, sentiasa kering masa larian
2. Kontur – ada bahagian tertentu stokin yang lebih tebal dari bahagian yang lain untuk minimumkan impact hentakan kaki. Dalam erti kata lain ada effect kusyen pada stokin. WOW. Satu lagi ada pad bahagian atas kaki untuk protect permukaan kaki dari grip yang kuat oleh tali kasut.
3. Flexibility – Material stokin yang flexible, mudah regang dan mengecut sesuai dengan perubahan otot di kaki sambil membaluti kaki. Ini satu lai WOW. Stokin responsif. Macam web pulak.
4. Ringan – so tak menambah berat, dan bila ringan ia membantu pengudaraan.
5. Design untuk specific kaki kiri dan kanan – means, pair yang tak sama saiz. Ikut kaki yang mana satu. Sebab kaki kita besar “sikit” sebelah.
6. Material yang lembut – agar bila geseran tu kaki tak melecet.
7. Jahitan Y – Ini katanya untuk elak dari tergeliat kaki.

Minggu ni saya akan pergi cari stokin satu sebelum race IMU.



Kongsi di :