Kasut : Kasut Nike mana yang nak beli ni? Nama cam haram susah nak ingat.

Posting ini adalah lanjutan dari posting hari tu. Tapi kali ni instead of anatomi kasut which is kita dah khatam, kita nak tengok kalau kita pergi kedai Nike (sorry brand lain saya tak mahir), maka kasut Nike mana yang kita nak beli?

1. Saya nak lari laju gila macam Master Eliud dan cuba buat PB breaking 2 untuk FM saya.

Nike Air Zoom Alphafly NEXT%
Kategori : Racing

Kasut ni release pada market lepas Master Eliud break FM Sub 2, 1:59:40 masa Ineous. Development dan research kasut ini adalah sejak 2017 masa kempen Breaking2. Kata Master, “I think this shoe will be part of my legacy”

Upper : AtomKnit

Midsole :
ZoomX Foam
Carbon Fiber Plate
2x Zoom Air Pods

Ini kasut paling up top of the range of the world of the universe Nike sekarang ni. Hot gila. Tapi kalau ko pegi butik dia tak jual. Ko kena beli online. Online kat Malaysia ko kena jadi member tapi malangnya walaupun ko member, kasut ni dah sold out.

Last abiang tengok ko kena beli online dari Nike Australia. AUD370.

Apa beza dengan ZoomX Vaporfly Next%?

Kasut ni dia punya ZoomX Foam lagi responsive dan lightweight dengan tujuan lebih kusyen dan untuk additional impact protection. Now, sebabkan dia ada tambahan 2 Zoom Air Pods dan midsole yang agak tebal, depa cipta kulit baru untuk upper dia – Atomknit. Asal usul Atomknit ni adalah flyknit yang kena steam dan di stretch untuk kasi total weight kasut lebih ringan selain dari bagi sense of breathing untuk kaki. Satu lagi benda, size carbon plate dalam kasut ni tak sama untuk lain size sebab depa nak maintain snappy sensation yang sama untuk si pemakai. Kira, carbon plate dia custom untuk each size.

Kesimpulan satu ayat untuk kasut ini adalah, “Kasut untuk break limit manusia” – AJ.

2. Kalau gitu, saya tanaklah sebab takut salah size, beli online takleh try. Bawah sikit dari kasut ni oklah. FM tak breaking 2, sub 3 pun jadilah.

Nike ZoomX Vaporfly NEXT%
Kategori : Racing

Upper : VaporWeave

Midsole :
ZoomX Foam (kurang sikit dari Alphafly)
Carbon Fiber Plate (kecik sikit dari Alphafly)

Kasut ni lebih tua dari Alphafly, which mean, dia lahir dulu baru Alphafly keluar. Asalnya kasut ini adalah dari prototype yang Master Eliud pakai masa kempen Breaking2. Kira ni version Alphafly yang awal la.

Ini kasut pun kira top range Nike jugak, cuma dia tade Air Pods tu. Kulit dia lain sikit nama dia VaporWeave, dia macam plastik skit. Tujuan dia untuk kalis air selain of course ringan, so boleh bawak kasut ni lari masa banjir.

Masalah nak cari kasut ni pun susah. Online Malaysia, sold out. Australia ada, AUD320.

Kesimpulan satu ayat untuk kasut ini adalah, “Kasut untuk break PB saya” – AJ.

3. Susah jugak? So bawah dia pulak apa? Ini macam FM saya sub 4 pun oklah.

Nike Air Zoom Tempo NEXT%
Kategori : Training, Speedwork

Upper : Flyknit

Midsole :
ZoomX Foam
Carbon Fiber Plate
2x Zoom Air Pods

Ada Carbon Fibre, dan sebab nama dia ada Air kat depan, so dia ada 2 Zoom Air Pods macam Alphafly. Midsole dia ZoomX Foam. Upper dia technology lama iaitu Flyknit, biasa Flyknit ni macam stokin la untuk grip kaki ketat-ketat. Anyway ini pair dengan Alphafly tapi hat tu buat race hat ni buat training.

Kalau abiang, abiang tak beli kasut ni.  Sebab dia abiang ada trauma pengalaman ngeri ngan Flyknit. Tatau bila nak recover. Tapi kasut ni Online tak de lagi. Coming soon.

Kesimpulan satu ayat untuk kasut ini adalah, “Kasut training saya, untuk break PB saya” – AJ.

4. Pun tade? Hmmm… nampak gaya FM Sub 4:30 la….

Nike Zoom Fly 3
Kategori : Racing

Upper : VaporWeave

Midsole :
React Foam
Carbon Fiber Plate

Basically ini kasut yang ada semua latest technology Nike tapi dalam versi entry. Ada carbon fibre plate macam Alphafly, so kalau mengidam rasa nak rasa canne lari pakai kasut ada besi, ini antara best options yang paling murah. Kulit dia sama dengan Vaporfly, iaitu VaporWeave.

Downgrade dia, midsole bukan ZoomX dan tidak ada Zoom Air Pods. Satu lagi kalau nak buat kasut racing, ni antara kasut racing terberat.

Ini kasut walk in butik ada.

Kesimpulan satu ayat untuk kasut ini adalah, “Kasut race saya yang macam Alphafly + Vaporfly tapi versi kancil turbo” – AJ.

5. Jap. Saya sebenarnya jangankan 4:30, Sub 5 pun belum tentu. Tapi saya cuba la so saya nak kena banyak training. Anyway, kalau nak training kasut apa bagus?

Nike Air Zoom Pegasus 37
Kategori : Training

Upper : Engineered Mesh Upper

Midsole :
Zoom Air

Ni kasut yang material dia semua takde langsung warisan dari Alphafly, Vaporfly, Fly 3. Dia level dia sendiri, standalone. Yang dia ada cuma Zoom Air tapi dalam bentuk pad, bukan pod.

Pegasus ni kira kasut lama, tapi bukan maksud lama tu tak bagus. Dia kasut yang dah matured sebab nombor dia dah sampai 37. Dengan nama jolokan “peg” (bukan pig ya), memang ada peminat tersendiri untuk kasut ni. Basically fokus kasut ni adalah untuk training. Sir Mo Farah pakai kasut ni, infact, antara yang dia paling suka all time is Pegasus, boleh check video youtube dia. Itu sebab banyak iklan Pegasus, Abam Mo hero dia.

Abiang dah pakai sejak 31, second 33, sekarang yang third abiang pakai 37. Akak pulak 32, 34, 36 ada dua sebab abiang sayang dia. Tapi kalau dia bagi abiang nikah sorang lagi, abiang belikan dia Nike Air Zoom Alphafly NEXT% Madu.

Kasut ni berlambak kat butik. Takyah beli online. Ko pejam mata masuk kedai mesti ko jumpa.

Kesimpulan satu ayat untuk kasut ini adalah, “Kasut training saya yang telah wujud sejak zaman moyang pompuan saya lari kejo moyang laki saya sebab kantoi ada moyang muda” – AJ.

6. Hmmmm semua kasut racing tapak tebal je cam terompah. Ada kasut racing yang nipis sikit tak?

Nike Zoom Streak 7
Kategori : Racing

Upper : Flymesh

Midsole :
Zoom Air pocket
Pebax Plate ( lebih subtle dari carbon fibre )

Dulu kasut ni popular la sebelum Alphafly. Sekarang dah kena dump dik. Kira sebelum zaman Alphafly, ini kasut yang depa pakai bawak racing. Antara sebab kena dump kasut ni kalau ko ingat ada satu race Master pakai masa lari (tak silap Berlin 2015), insole dia terejakulasi dari kasut. Senyum awal sangat kasut ni…… ghairah sangat tak terkawal.

Tapi kasut ni gain semula maruah dia tak klimaks awal sangat bila Master pakai kali kedua masa London Marathon 6 bulan lepas tu. Master nyaris nak buat world record, miss a few second je.

Zoom Streak 7 punya konsep adalah ringan dan flat. Kalau nak feel B2B dengan jalan tanpa kusyen tebal, ini kasut yang bagi kepuasan maksimum. Kira dia betul-betul bagi feel larian tanpa effect bouncy atau snappy springy bagai. True sensation yang ikhlas dan jujur. Selain tu toebox dia agak luas so selesa pakai.

Sedap kasut ni. Nipis. Kat Tokyo abiang pakai Zoom Streak 6 siap beli version Tokyo Marathon. Abiang buat PB walaupun kaki cramp last minute. Basically kalau tanya abiang apa kasut Nike yang design dia paling cantik, jawapan abiang kasut ni la. Design balance, well composed, tak macam kasut alien, tapi kasut perform.

Kasut ni kena beli online. Kat butik tade.

Kesimpulan satu ayat untuk kasut ini adalah, “Saya mungkin PERnah disayuri tapi bila saya buat comeback, itu jam baru u menyesal” – AJ.

BERLIN 2015

LONDON 2015

LAIN-LAIN KASUT NIKE

Ada satu, Nike Pegasus Turbo 2, tapi dah tak jual, so maybe nak keluar 3. Yang ni untuk training jugak tapi speedwork. So training easy run pakai pegasus 37, nak laju Pegasus Turbo. Tak silap saya dia kusyen ZoomX.

Lain dari yang saya sebut ni saya tak dapat nak tulis lah sebab rasanya yang saya tulis kat atas ni kira yang terbaik dari Nike in term of technology dia. Lagipun yang lain saya tak minat sangat pastu tade backstory cam Master Eliud / Sir Mo pakai ke (atau saya yang taktau). Hat tu hangpa search sendiri la no. Kalau rajin email kat saya, saya buh dalam ni sama2 kita baca.

KESIMPULAN 1

So ranking Kasut Nike latest tahun 2020 adalah seperti berikut,

#1 Alphafly NEXT%
#2 Vaporfly NEXT%
#3 Tempo NEXT%
#4 Fly 3
#5 Pegasus 37, Pegasus Turbo 2 (atau 3 akan datang?)

KESIMPULAN 2

Basically kalau ko level lipas kudung keting belah angin tak kisah kasut apa pun boleh buat PB. Yang penting jantung kuat, VO2Max power, pastu lari level zen boleh rendahkan heart rate lepas tau tau curi tenaga alam Eh bukan curi, pinjam.

Kasut ni mebi boleh tambah la kearah PB sikit sebab teknologi dia berkesan. Banyak saya tengok yang pakai Alpafly memang ada improve speed dia. Yelah. Contoh mudah kalau kita bawak porsche lumba dengan kancil, memang la porsche kedepan dulu walaupun driver dia terlebih sihat.

Kedua, ikut suka ko la nak pakai kasut apa. Ko nye duit, ko ada bajet, kasi puas hati. Tak semestinya pakai kasut alphafly nak buat sub 2 FM. Mebi sebab idola kita Master Kipchoge so ini adalah antara support dan terima kasih kita pada Master sebab Master dah inspired manusia untuk break 2 FM. So masing-masing punya tujuan.

Yang penting bagi saya adalah kita tahu kenapa kita beli kasut tu dan tujuan dia apa. Jangan jadi macam saya masa mula-mula lari dulu. Tengok Nike Flyknit 3.0 macam cun pastu stylo, last-last beli buat sakit kaki. End up kasut tu bawak pergi kedai mamak, minum ngan kawan-kawan. Tapi nak habiskan jugak dia punya KM kasi cantik, saya pakai jugak la kadang-kadang buat easy run sambil melafaz kata sumpah laheeenats.

Nike Flyknit 3.0 – zaman struggle nak buat 10K sub1, last sekali tuko kasut lain baru dapat.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *