Kasut : Lama tak shopping bak hang

Sebenarnya lama tak shopping beli kasut. Yelah. Beli nak buat mende. Tada tujuan. Tapi sebab kehadiran treadmill tu kena la beli jugak. Kasi semangat sikit.

Mula-mula saya belikan kasut baru untuk bini saya. Sebab dia, sebelum ni bini saya cuma ada dua kasut sahaja. Yelah beliau bukan beria lari cam saya. Tapi kadang-kadang ada juga masuk race.

Kasut lama beliau yang dua tu pertama Pegasus 29. Kendian Pegasus 32. Dua-dua ni sebab lama tak pakai maka tercabut tapak. Bila tengok dia lari atas treadmill pelapap pelepuk saya kata ini tak boleh jadi. So esoknya kami ke Sunway Pyramid untuk tangkap satu.

So hajat di hati nak sambarkan Pegasus 37, tapi malangnya masa pi tu Pegasus 37 tak sampai lagi. Budak keje tu bagitau mebi lagi 2 minggu baru sampai. Semuanya sebab shipment lambat akibat MCO.

Tengok punya tengok belek punya belek, last sekali end up dengan Pegasus 36, special edition.

Ini kasut dia. Detail boleh tengok sini.

Kenapa asyik Pegasus je?

Pertamanya memang saya suka design Pegasus ni. Dia simple & just nice. Dan lagi satu kasut lari saya yang first masa mula-mula berkecimpung dalam larian sampai tulis blog adalah Pegasus 31. So continue je lah.

Kedua pulak sebab Pegasus ni kuda zaman tuhan Zeus. Saya memang seekor kuda jadian campur manusia. Bintang saya Sagitarius. So itu sebab saya memang ada sikit connection poyo dengan Pegasus ni.

Tapi sebenarnya Pegasus ni dia untuk everyday training. Kusyen dia tu tak tebal sangat malah tak pula nipis. So memang sedap bak hang. Maknanya takat nak guna untuk lari tiap-tiap hari atau bila dah follow training plan, kalau minat NIKE, inilah kasutnya. Tapi kalau nak jimat, nak bawak race pun tadehal kasut ni. Tapi dia design bukan untuk racelah kalau kita betul-betul particular pasal kasut.

Beberapa minggu lepas tu….

So bila ada kasut baru ni bini saya pun semangat dia lain macam la. Level semangat dia sekarang Sabrena9 (bagi yang tahu, dia tahulah kenapa). Hari-hari lari atas treadmill. Pantang EL ngan Nia tidur. Ok la tu. Saya tak zaaabar nak tunggu investment dia :D.

Tapi baru-baru ni kami ada pegi taman bukit jalil. Lama tak pergi situ lepas tu pulak EL nak main basikal baru. So sekarang ada sedikit issue sebab kasut bini saya ni dah la satu je. Putih pulak tu. Saya memang suh beli putih hari tu sebab nak guna kat rumah atas treadmill. Sekarang dia pegi lanyak pulak kasut putih ni kat luar. Lepas tu esok nak pakai balik kat atas treadmill. This is cannot be. Dah la nanti nak bawak naik turun kasut dari bawah ke tingkat 3 repeatedly consuming, so saya decide untuk belikan kasut satu lagi. Maka, last weekend, kami ke Mitsui.

Bala 45 minit

Sampai Mitsui kami lunch dulu kat Dome tu. Fav saya sup minestrone (first time makan masa lepas first FM saya kat bali ngan Remin ngan Udey ). Tapi malangnya sup ni dah tade dalam menu. Bila tengok menu ni dah berubah saya dah agak dah mesti hari ni ada hal lain punya. Yelah. Sebab apa yang kita nak macam tak dapat je hari ni. Ni cam petanda awal dah ni.

Habis makan, kami ke NIKE. Tu dia. Orang beratus lapan juta lapis belang. Gila ramai. Apsal semua orang tetiba nak pakai NIKE ni? Saya lain la memang saya pakai NIKE dari dulu. Sebab ramai sangat dan malas tunggu kami pusing-pusing dulu.

Saya lalu kat kedai Adidas kat bawah tu saya tengok memang macam kat syurgalah feel dia. Orang tak ramai, kosong je. Masuk pun tak yah beratur. NIKE dah macam neraka. Nak masuk kena ikut turn.

Pusing lagi tengok benda lain last sekali sampai balik kat NIKE. Sebab dah sampai, nak tanak beratur jugaklah. Tu dia tunggu punya lama. 45 minit tu memang betul sama ikut dia punya poster kat luar. Paling jujurlah padaku radja.

Dipendekkan cerita, kami pun dapat masuk kat dalam. So saya pun tak buang masa terus straight to the point. Memula kami pegi bahagian kids. Nak beli sorang sepasang sebab EL pun banyak kasut lama dia tak muat. Asyik belasah satu kasut je. Nia pulak kasut ada banyak. Tapi kasut riadah ngan jalan dia bebalik kasut tu je. So memasing saya amik satu. EL size 10C, Nia size 7C. So lepas ni nak pi main beskal dah ada kasut lain, nak pegi jalan dah ada kasut lain.

Then saya ke bahagian women. Tengah termenga-menga nak cari mana Pegasus ada adik NIKE kedai datang bawak beg sebab maybe dia tengok saya pegang 2 kotak kasut tu cam susah. Saya pun apa lagi. Dik, pegasus 37 pompuan kat mana?

“Kat butik je bang ada. Sini semua yang lama.”

Lega. Dah agak dah. Mesti ada benda lain punya hari ni. Saya pun kata ke adik tu. Penat abang beratur 45 minit dik. Takde rupanya. Adik tu senyum je. Manisssssss….

Now, sebab tak ada so end up saya amik juga Pegasus 36 juga tapi kali ni warna hitam. Ni kasut dia. Detail tengok sini.

 

Satu hal yang saya baru perasan adalah, walaupun dua-dua ni Pegasus 36 women, tapi yang putih tu bini saya pakai size 7 manakala yang hitam ni size 8. Maknanya, walaupun kasut design yang sama, sebab yang putih tu special edition (lidah dia memang lain dengan yang hitam ni) so ada perbezaan size. Maknanya kalau nak beli online ni memang kena make sure pernah pakai dan test. Jangan main beli ikut agak size berapa. Tak sure kalau beli online kalau silap size boleh pulang atau tidak. Tapi kalau kat Nike store, dia ada tempoh dia kita boleh pulang balik kasut tu kalau salah size dengan syarat2 tertentu.

So, kasut anak dah, bini dah, kasut abiang accanne?

Sebenarnya saya memang tade plan nak beli kasut baru sebab banyak kasut saya mileage masih rendah. So kalau saya beli agak membazir. Tapi sebab marah punya pasal kena tunggu 45 minit, saya decide alang-alang mandi biar basah, elok bawak balik pegasus 37 satu.

So saya pun tanya adik tu tadi. Pegasus 37 lelaki kat mana dik? Adik tu ulang script yang sama. “Kat butik je bang ada. Sini semua yang lama.” Tapi ada tambah sikit lagi. “Lelaki yang ada Pegasus 34 je kat sini.”

YES. Allah Ta’ala memang bantu saya dalam memastikan agar saya tidak jatuh ke lembah syaitan yang suka membazir. Kena bersyukur banyak tu sebab kita diingatkan agar tak over.

KESIMPULAN

Saya rasa dunia ni mathematical conceptual dia adalah, kalau kau tak perlu, Dia tak bagi. So takyah nak fight. Saya rasa dengan jumlah kasut yang saya ada sekarang dan kalau saya rajin training, maybe next kasut saya adalah Pegasus 39.

Dem. 39 tu cam nak masuk veteran dah. Eh… bukan memang dah veteran ke?

Kesimpulan kedua, kalau nak beli kasut baru tak payah buang masa cari kat Mitsui. Terus pergi butik. Tapi musim MCO ni adalah lebih baik sebelum datang tu call dulu. Tadek nak buang masa in case bila sampai kasut masih atas kapal laut la apa la.

Dah tua ni time memang sensitive. Masa macam makin kedekut. Tatau pasai apa. Penyakit kut. Ntahlah.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *