Kasut lari terbaik?

Masa on the way balik dari Penang Bridge Marathon 10K last year, masa singgah makan kat RNR Tapah. Saya kebetulan entah macam mana bertegur sapa dengan seorang runner yang memakai t-shirt finisher 42K. Semuanya bermula dengan seekor kucing yang mencari makan. Banyak yang kami bualkan dan akhir sekali sampailah ke bab kasut.

Runner ni beritahu saya yang budak sekolah saja pakai Nike. Saya tersenyum lalu saya tanya beliau kenapa? Dia kata sebab Nike terlalu fashion dan hanya budak sekolah saja yang minat dengan fashion. Anyway, saya tak bagitau dia pun yang saya waktu tu pakai Nike Flyknit 3.0 untuk 10K. Waktu itu juga saya tak tahu lagi yang kasut yang saya pakai tu sebenarnya bukan untuk long distance.

Bila saya tanya dia apa brand yang paling power untuk running, dia kata pada saya Brooks.

Kami berbual lagi dan akhirnya bertukar namecard. Masing-masing balik dan meneruskan kehidupan masing-masing. Hari tu banyak benda baru yang saya belajar dari dia. Mungkin satu hari nanti saya akan tulis pasal ini kalau saya ingat balik.

banner_kitabkeviktor3
Iklan : Larian May di tanah Australi – kitab bercampervan bersama famili. Selain larian untuk perlumbaan, ini adalah siri catatan pengembaraan 17 hari dari Melbourne ke Great Ocean, dan kembali Melbourne. Baca

Masa baru habis Bukit Jalil Maratahon 21K minggu lepas, waktu saya sampai ke garis penamat dengan kaki yang cramp bagai, seorang runner membantu saya untuk stretching hingga cramp saya hilang. Bila kaki dah lega kami lepak-lepak dan berbual lalu sampai masuk bab kasut. Dia tengok saya pakai Nike Pegasus 31. Saya tengok dia pakai Asics warna pink tapi saya tak pasti siri apa. Personally, dia bagitahu saya yang dia pernah cuba Nike namun tak sesuai dengan profile kaki dia. At last dia endup dengan Asics setelah cuba pelbagai jenis kasut.

So sekali lagi kasut Nike memang tak bagus untuk runner masuk ke telinga saya. Waktu itu saya terfikir, dulu Flyknit 3.0 menyebabkan kaki saya sakit bila lari lebih dari 5K. Sekarang Pegasus 31 mungkin menyumbang kepada kaki saya cramp. Tapi, Lunarglide 6 hari tu tak ada masalah pun masa saya lari 21K werunkl. Hmmmm….

Kami pun balik dan masing-masing meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Screen Shot 2015-03-15 at 12.13.09 AM

Kawan saya pernah tanya saya, kenapa pakai Nike untuk lari? Saya cakap kepada dia, kasut lari lain design dia macam kuih raya. Colorful bagai. Design tersangat beria dan tak simplified. Dia hanya ketawa. Hakikatnya, boleh jadi kerja saya sebagai seorang Designer menjadi faktor pemilihan kasut saya yang lebih kepada rupa, namun tidak kepada praktikaliti.

Saya rasa, kasut yang terbaik bukanlah berdasarkan brand semata-mata. Saya rasa, kasut yang terbaik, adalah kasut yang memberi keyakinan dan keselesaan untuk runner menghabiskan larian. Memang benar, faktor kasut adalah sangat penting dalam membawa seorang runner lari lagi jauh. Saya mungkin akan cuba kasut brand lain satu hari nanti. Tapi saya tak rasa hari itu akan sampai buat masa sekarang. Tahun ini saya akan belasah ketiga-tiga kasut saya ini dalam misi mencapai 999 KM setahun. Bila masing-masing dah nak lunyai dan sudah expired distancenya, mungkin waktu itu baru saya akan cari the next kasut yang terbaik untuk saya berlari.

Setakat yang saya pakai 3 ekor Nike ini, masing-masing telah didesign ikut spec yang tertentu. Lalu, kesimpulan pra matang yang boleh saya katakan adalah begini :

Kasut yang terbaik adalah kasut yang kita tahu kenapa dan bila ia paling sesuai dipakai. Kerana itu, saya menyusun semula priority kasut saya mengikut kesesuaian larian.

Anyway, dibawah adalah kasut yang mula-mula saya pakai sebelum 3 yang atas tu. Kasut ni isteri saya belanja. So far, inilah antara kasut terbaik yang pernah saya ada.

Nike-Free-4.0-V2-Men-Running-Shoes-Black-Green

Kongsi di :