Kasut : Memahami anatomi sebuah kasut

Kasut lari memang ada beza dengan kasut nak bawak pergi kebun, mahupun kasut nak pergi ride motor. Saya tahu ni sebab saya ada semua. Tapi yang saya tak tahu sangat adalah detail tentang anatomi kasut larian. Saya tahu gitu-gitu je. Asal kasut tu design nampak cak ngan pakai sedap, oklah. So dah bertahun lari ni saya kira ada baiknya saya baca tentang anatomi kasut agar saya lebih faham.

Banyak rajah anatomi yang saya tengok kat internet. Banyak juga bezanya. So nak ingat semua memang letih la kita bukan nak masuk exam anatomi kasut. Baik study anatomi lain yang lebih nikmat. Jangan ingat benda lain lak, maksud saya otak ke…………….

So, saya fikir ada baik saya simpulkan atau simplified terus agar matlamat dia, len kali kalau nak beli kasut kita tau apa yang kita nak kena tengok. So untuk kajian ni, kita akan tengok pada kasut-kasut Nike.

1. Bawah kasut : Tapak

Tapak ada tiga. Outsole, Midsole dan Insole.

OutsoleTAPAK KASUT, atau layer paling tapak sekali, paling bawah sekali. Layer yang kena dengan ground masa kita lari. So, kegunaan dia adalah nak make sure traction masa kita lari tu sedap. Kalau outsole bodoh, dia licin. Atau masa hujan, dia licin. Takde grip tu bangang namanya (contohnya hampir semua kasut timberland yang saya ada kalau hujan, simen, kena awas tapi ye la timberland bukan kasut lari, contoh kasut grip bangang tapi saya beli jugak).

Outsole penting nak bagi feel masa lari tu kasar atau smooth. Banyak sangat bunga boleh jadi kasar. Kalau patern outsole ni bodo, lekat pulak tanah. So itu sebab outsole kasut trail ngan maratahon berbeza.

Satu lagi saya perasan, ada kasut lari yang outsole dia cepat gila haus. Contohnya kasut Nike Lunartempo 2. Ni salah satu kasut saya pakai sampai 399 km. Anyway….

Biasanya material dia outsole adalah getah. Ni contoh Nike Zoom Fly 3, Outsole.

Ni contoh Nike Pegasus Turbo 2, Outsole.

Ni contoh Nike Pegasus 36 Trail.

Contoh brand lain, misal adidas, Outsole dia pakai getah tayar continental beb… paling racing tu.  Adidas Adizero Pro. Tak sure feel pakai dia sama macam bawak kereta ke tak sebab saya tak pernah ada kasut Adidas.

Next,

Midsole – KUSYEN TAPAK KASUT,  yang ni tengah-tengah antara tapak, dengan kulit kasut, tapi masih lagi dalam group tapak. Melekat dengan Outsole. Ini adalah teknologi kasut paling penting dimana, fungsi dia adalah untuk absorb hentakan, provide cushion, dan untuk pronation control, iaitu bentuk tapak kaki kita.

Material dia ni banyak. Ada yang plastik campuran, ada yang foam la, getah itu ini. Basically ini adalah tempat dimana nak bagi pakai kasut tu sedap gila sambil kurang letih etc etc. Makanya midsole ni jadi main point jualan untuk brand kasut nak achieve matlamat, less energy is needed to run marathon, kalau lu pakai kasut gua. So depa gebang midsole depa ni energy return dia tinggi. Lagi banyak ko pijak, lagi banyak ko save. Cam tu la.

Contoh kasut nike, dia punya gebang dia. ZoomX la, Zoom la….  Ni contoh midsole kasut yang sama, Nike Zoom Fly 3.

Ni contoh midsole teknologi ZoomX yang pertama kali diperkenalkan pada kasut Nike Zoom Vaporfly Elite 4% (rujuk gambar kasut oren merah bawah). Dia punya sembang foam ni dulu guna dalam aerospace punya innovation haaaa amik kau. Neil Amstrong ok. Cerita dia nak bagitau paling ringan la kusyen dia sebab nak pergi space ni mana boleh bawak benda berat. Pegi gym boleh la. Oh ya, satu lagi, dikatakan juga ZoomX ni energy return dia 85%. Tak sure banyak ke tidak tapi range 85 ni dulu kat sekolah sapa dapat kat kertas add math dia kira power bakhang.

Now, kalau minat kat foam angkasawan ni tapi bajet sikit boleh try Nike Pegasus Turbo. Rasanya tak lama lagi keluar turbo 3, so lepak jap jangan terbeli turbo 2.

Berbeza dengan zaman dulu, midsole ni makin lama makin tebal. Zaman dulu, midsole nipis. Dulu orang ingat, lagi nipis kasut tu lagi laju. Tapi sekarang zaman dah terbalik. Lagi tebal midsole, lagi laju. Kenapa jadi gini? Dulu material midsole takde teknologi. Sekarang material dia dah makin lama makin hebat. So depa dah jumpa jalan macam mana nak buat midsole tebal tapi ringan. Itu pasal sekarang design kasut lari banyak yang tebal macam terompah.

Oleh kerana midsole ni dah makin tebal dan ringan, so depa tambah lagi benda lain, dalam midsole tu.

Terkini adalah Carbon Plate. Apa tujuan carbon plate ni? Kita dah tau bahawa Midsole ni adalah untuk serap hentakan, so tambahan carbon plate ni adalah untuk effisienkan lagi Midsole tu. Ada orang kata dia bagi lebih spring untuk kasut. So bila lari, kita guna less energy sebab carbon plate bantu lonjakkan kita. Ni contoh carbon plate dalam Nike Air Zoom Alphafly NEXT%.

Carbon plate mula-mula digunapakai dalam Breaking2 oleh Master Eliud. Lepas Nike pakai, brand lain mula pakai. Now, biasa kasut yang ada carbon plate ni memang mahal, in fact nak beli pun kena beli online (kalau Nike la), so apa entry level untuk carbon plate kasut nike? Nike Zoom Fly 3.

Brand lain yang pakai carbon fibre, ASICS Metaracer, Saucony Endorphin Speed dan adidas Adizero Pro, atau boleh check sini. Maafkan saya sebab brand lain saya tak berapa familiar so takut salah info kang malu je. Tapi kalau anda familiar dengan brand lain boleh chip in content. Tadahal.

Now, selain dari Carbon Plate, apa lagi dia letak dalam Midsole? Benda-benda ni dikira benda lain yang fancy dan specific pada brand kasut. Contoh Nike, dia ada Air pod. Fungsi dia sama je, nak kasi lebih energy return. Ni Nike Air Zoom Alphafly NEXT%, yang ada carbon fiber gak tu. Basically ni kasut yang break 2 kempen ineuos. 1:59:40.

Murah sikit, boleh tengok Nike Air Zoom Tempo NEXT%. Ada air pod jugak.

Atau lagi murah, dalam Pegasus 37, dia ada macam air pod ni tapi bentuk lebih leper instead of bulat.

Ketiga adalah Insole. Yang ni dalam kasut, satu layer kadang masa basuh kasut boleh bawak keluar, kadang melekat terus. Benda ni layer getah atau macam sponge keras, nak kasi kaki comfortable. Selain dari tu fungsi dia nak kasi warm, dan juga bagi kaki kita fit in. Kalau takde benda ni kira kita pijak midsole terus la gila kau melecet kaki. Insole ni selain kasi sedap ia juga bertindak menyerap hentakkan minimal tapi tak sepower midsole. Lebih kepada tujuan comfort, sebab insole ni dah bersentuhan dengan tapak kaki kita yang busuk tu.

Satu lagi tambahan, insole juga ada yang berteknologi melawan bakteria dan bau. So penting la kaki tak bebas kuman. Saya ingat kalau nak spray perfume, sini la tempat dia.

2. Atas Kasut : Upper 

Habis tapak sekarang kita masuk atas dia atau Upper. Upper ni dalam bahasa melayu kira bahagian atas la, nak kata badan pun ye atau apa bahasa melayu dia? Atas kasut? Kira surface kasut yang membungkus kaki kita la. Selain dari midsole, outsole, itu adalah Upper.

Now upper, ni material dia atau kulit kasut ada macam-macam. Kat sini gebang dia material dia kalis air la, breathable la, rasa cam pakai stokin la. Ringan satu lagi.

Satu benda lagi upper ni penting untuk protect kaki kita dari pasir ke batu kecik ke yang merecik.

Contoh kulit kasut ni kalau Nike, paling famous adalah Flyknit. Dia cam stokin. Sembang dia cam dia kait benang jadi satu bentuk untuk kaki.

Dulu mula-mula serius lari saya pakai Flyknit 3.0. Masa tu struggle nak buat 10K sub1. Habis lari je sakit kaki. Habis lari sakit. Last-last saya tukar kasut ok. Rupanya Flyknit memang tak sesuai dengan kaki saya sebab dia cengkam ketat sangat.

Btw, kalau suka flyknit, yang baru ada pada Nike Air Zoom Tempo NEXT%. Sumpah saya tak beli kasut ni.

Upgrade dari flyknit ni nama dia Atomknit. Yang ni dia kabo, Flyknit yang steamed & stretch menyebabkan dia kalis air yang flyknit tade. Korang kalau tade bajet boleh cuba kat rumah la. Beli flyknit, kendian try streka tengok dapat tak effet Atomknit.

Lain contoh material upper, Vaporweave, contoh Nike Zoom Fly 3 atau Nike ZoomX VaporflyNEXT%.  Material macam plastik bajet ringan gila, kuat gila, dan bajet lari dalam hujan kaki tak basah. Kalau Flyknit lencun bak hang.

Tapi ni personal opinion saya la. Banyak2 kulit kasut Nike ni, last sekali Pegasus jugak saya suka. Engineered Mesh Upper. Simple, setel. Maybe satu lagi sebab kasut Pegasus first saya pakai Pegasus 31, so cinta pandang pertama la kut kat kulit dia. Memang saya suka. Effect dia canne ntah. Stim gila. Ni bawah ni. Tapi saya punya tapak oren. Ni hijau.

Now upper ni adalah combination beberapa benda iaitu,

Heel Counter – Belakang kasut

Heel counter ni ibarat tulang belakang kasut. Dia pemegang upper dari belakang, dan melekat dengan midsole. Belah dalam biasa ada kusyen keliling.

Tujuan dia nak lock kaki kita supaya kaki tak terseliuh atau terpeleot. Secure heel fit, excellent cushioning, dan rotational control. Kalau orang kata snug ke tak inilah antara faktor dia. Ngam ke tak pakai kasut, ke cam londeh je.

Satu lagi nak kena tengok dia tinggi ke tak. Tinggi sangat macam dia kepit belakang kaki kita. Rendah sangat cam terjuih pulak belakang kasut.

Juga bertujuan mengurangkan injury Achilles tendon. Satu lagi kalau kasut beria sangat ada heel counter ni sebab nak selesaikan masalah pronation.

So dalam kes kasut Nike, paling senang nak kenal Heel Counter ni adalah pada Nike Lunaglide 7. Hat oren belakang tu macam petir tu.

Selain dari heel couter, ada  Heel Collar – Lubang kasut. Alah, sama macam baju la. Baju ada collar, so tu lubang nak masuk kepala. Ni lubang nak masuk kaki.

Ini yang paling penting tengok kusyen keliling dia tu. Biasa kalau kusyen cam sial keras sanngat kaki mula nak melecet. So instead boleh pakai stokin rendah kena pakai stokin tinggi. Kadang stokin nipis pun boleh melecet kaki.

Next,

Toe Box – Yang ni tempat jari kita placing, ruang atau platform paling luas nak pegang kaki kita. Biasa sama ada luas atau ketat, benda first yang tangkap kaki kita bila kita pakai kasut. Kadang-kadang kita tengok certain orang dia tak pakai kasut brand tu tapi pakai brand ni. Tu bukan mengada nama dia. Dah memang kaki dia tak sesuai dengan kasut tu. Maybe toebox dia tak kena.

Kata orang pakai kasut cam pakai glove. Jangan ketat sangat. Kalau rasa jari-jari kaki terkelepet, toe box tak kena la tu.

Orang kata, kasut yang paling selesa, adalah bila toebox dia paling tepat dengan kita. Boleh dikatakan inilah antara faktor terbesar dalam pemilihan kasut. Kalau toebox tak sesuai, dah la pakai tak sedap, malah boleh menyebabkan injury sebab kena ingat, kita lari lama.

Tongue – Ni lidah kasut. Yang terjelir keluar kalau kita bukak semua tali. Kenapa kena ada tongue? Sebab nak protect surface atas kaki kita dari bergesel ngan tali kasut. Luka beb kalau tade tongue ni. Berbelang surface atas kaki kita.

Satu lagi tongue tujuan dia senang kita nak keluarkan kaki kita dari kasut, setelah kita longgarkan tali kasut. Bayangkan kalau takde tongue. Lepas lari FM kaki melekat dalam kasut.

Lace – Tali kasut, nak ikat. Tali biasanya ada jenis yang cam sial kalau ikat tak kemas manjang nak terbukak. Tapi ada yang hebat, ikat sekali terus ngam. Ni nasib la. Tak sure canne nak tau mana yang ok ke tak. Saya rasa kalau material dia licin semacam ada potensi nak tercabut sokmo.

Kenapa nak kena ada tali kasut? Tak boleh ke kita cipta kasut yang takyah ada tali? Bascially tali kasut ni fungsi dia adalah untuk bagi kita custom atau adjust ketat mana kita nak pakai kasut tu. Ada orang pakai stokin tebal masa lari. Ada orang tak pakai stokin. So kalau tak leh adjust level comfortable pakai kasut, susah tu.

Eyelet – Lubang nak masuk tali kasut.

KESIMPULAN

Kadang-kadang lain kasut lain term dia, tapi basically ini yang saya ingat paling penting. Yang lain tu kalau tulis semua dah macam encyclopaedia posting ni. Btw kalau posting ni ada salah boleh top up kat komen dibawah ya. Saya bukan pernah kerja kat kedai kasut.

So itu jelah. Harap lepas ni beli kasut tau la apa nak tengok. Yelah… lari kat treadmill dah lama ni. Banyak kasut dah nak expired. 😀

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *