Kasut : MetaRun | Prestazioni Sotto Controllo (IT)

Hooha ada hantar video ini dari Youtube. Ini adalah kasut terbaru dari Asics. Mengikut runners senior yang saya pernah berbual, 3 brand yang paling banyak runners pakai adalah Asics, Brooks dan Adidas.

3 tahun lepas saintis di Asics diberi tugasan khas untuk mereka cipta sebuah kasut long distance paling power. Hasilnya, Meta Run dilahirkan. Sekali imbas, kasut ini :

FlyteFoam: newly patented, midsole paling ringan ASICSĀ denganĀ organic fibers cushioning, 55% lebih ringan dari kasut kasut sedia ada di pasaran. Organic fibers ni fungsi dia menyebabkan kasut ini kembali ke bentuk asal selepas runner pijak tanah.

AdaptTruss: newly patented and revolutionary carbon reinforced adaptive stability system. Kat bawah kasut ni ada grip carbon fibre untuk beri stability dan flexibility masa lari. Tujuannya adalah mengurangkan daya hentakan kaki ke tanah / jalan waktu lari.

Metaclutch : X hitam belakang kasut untuk pegang ankle kaki.

Optimized Upper: featuring a glove-like, one-layer Jacquard Mesh and MetaClutch exoskeleton external heel counter with built-in memory foam. Yang ni depa kata pakai kasut macam pakai glove tangan. Maksudnya fit ke kaki paling selesa dan penting untuk breathability.

X-GEL hybrid high-tech gel. Yang ni untuk serapan hentakan.

12232678_1641857349436771_3691114144942590296_o

Screen Shot 2015-11-18 at 6.17.26 PM

Anda boleh pilih 2 warna, gold dan bronze. Kasut ini akan berada di pasaran USA by 28 November ini dengan harga sekitar USD250. Manakala di Malaysia pula hmmmm saya tak pasti sebab kat FB depa orang tanya depa pun tak jawab setakat saya baca.

Dibawah ini adalah review tentang kasut tersebut. Mengikut kata encik dalam video ini kasut ini sangat ringan.

So. Komen saya. Mmmm… saya bukan fans Asics sangat sebab design dia meriah sangat so saya nak komen lebih-lebih pun tak guna. Saya pun tak pernah pakai kasut Asics, so lagilah apa yang saya cakap tak boleh pakai.

Tapi yang saya boleh komen, so far design dia agak “mari” jugak berbanding dengan kasut Asics lain yang biasa saya tengok. Yang Bronze tu mantap. Meta Run ni boleh kata satu level upgrade dalam design untuk kasut Asics.

Bacaan Lanjut :
http://www.asics.com.sg/metarun/

Kongsi di :