Kasut : NIKE Lunarglide 6

10932334_839386816122416_303683092_nNIKE Lunarglide 6

MUKADDIMAH

Tahun lepas saya menghadiahkan diri saya sepasang kasut NIKE Flyknit atas kejayaan mencapai Top 10 dalam ranking Taman Rekreasi Bukit Jalil kategori 3.2KM. Untuk turut serta dalam challenge ini pada segmen yang sama, boleh lihat sini. Tapi sebelum tu, kena la join strava dulu.

Anyway, ada juga segmen 3KM kalau tak larat nak sprint lebih 200 meter. Boleh lihat sini.. Untuk baca tentang kasut NIKE Flyknit 3.0, boleh click sini.

So, relationship saya dengan NIKE Flyknit 3.0 sangat indah sekali. Pertama kali saya guna dalam Race IMU 7K. Oleh kerana saya mencapai keselesaan dan keyakinan tinggi terhadap kasut ini, maka saya telah membuat declaration bahawa ini adalah kasut official untuk saya masuk race competition.

Hingga pada satu hari selepas menonton filem Interstellar yang hebat itu, saya telah berkeputusan untuk membuat eksplorasi seluruh jalan di Taman Bukit Jalil. Tidak ada jalan yang saya tidak masuk dan akhirnya, saya telah berlari sejauh 13.87 KM. Ketika itu, saya telah merasakan sesuatu yang tidak kena dengan kasut NIKE Flyknit ini. Hati saya memberitahu, sesuatu yang saya tidak mahu dengar.

Anyway, boleh baca tentang explorasi selepas Interstellar itu disini. Untuk lihat rekod Runkeeper, boleh lihat sini.

KAKI SAKIT

Terus terang saya katakan bahawa saya mula merasai kesakitan apabila lari lebih jauh dengan NIKE Flyknit. Area atas kaki saya terasa sakit dan saya tidak tahu apa faktor sebenar atau punca kesakitan ini berlaku. Dan, kesakitan hanya berlaku pada kaki sebelah kanan sahaja.

kaki_sakit

Lalu saya melawat NIKE Store dan cuba mendapatkan penjelasan dari pekerja kedai berkenaan. Masa tu saya pergi NIKE Midvalley. Lepas saya discuss dengan budak NIKE tu baru saya diberitahu yang NIKE Flyknit adalah untuk larian sprint, atau short distance. Agak tidak sesuai untuk distance lebih 5KM.

Saya macam tanak percaya cakap budak ini lalu saya memilih untuk pergi ke Marathonshop Sunway Pyramid. Disitu, saya bertemu dengan En. Tam, seorang pakar kasut yang juga pernah bekerja dengan NIKE sebelum ini. Melalui penjelasan saintifik beliau, akhirnya saya terpaksa akur bahawa saya telah tersalah membeli kasut. Ini semua adalah gara-gara awek NIKE yang cun yang saya temui dulu. Muka cantik tak semestinya otaknya geliga. Dan saya terpedaya dengan kecantikan, lalu saya hancing terkena kencing.

Lalu saya memberitahu En. Tam yang saya akan datang kemudian hari untuk test kasut mana yang sebenarnya sesuai untuk long distance. Beberapa minggu berlalu, akhirnya saya kembali dengan suit larian saya. En. Tam mencadangkan saya memilih antara dua, sama ada NIKE Pegasus 31, atau NIKE Lunarglide 6.



Setelah mencuba kedua-dua kasut ini, saya membuat keputusan untuk membeli Lunarglide 6.

Berikut adalah faktor yang membawa kepada keputusan itu.

1. Comfortable :Kedua-dua kasut memang selesa dipakai. Bezanya Pegasus 31 agak mencengkam kaki sikit means bila pakai tu lebih kemas dan grip kaki berbanding Lunarglide 6 yang sedikit longgar di bahagian depan. Oleh kerana nak lari jauh, so saya berpendapat, kelonggaran ini boleh membantu kaki untuk bernafas lebih baik dalam waktu yang lama.

2. Design : Warna Pegasus 31 yang saya nak habis size. Yang ada cuma warna kelabu hijau. Agak skema pulak design dia so saya ada markah tambahan untuk Lunarglide 6. Warna Lunarglide 6 yang saya ambil itu saya boleh terima, tapi overall design dia agak spaceship. Since kita ada lagi 5 tahun untuk 2020, so saya boleh accept. So, kalau Lunarglide 6 design spaceship, Pegasus 31 design dia adalah Boeing 777.

3. Harga : Sebenarnya saya terlupa berapa harga kasut – kasut ini. Tapi tak silap saya kedua-duanya 4 ratus lebih. Yang saya confirm, lebih murah dari Flyknit 3.0 tu.

4. Lain-Lain : Kedua-dua kasut ini boleh pergi 42K sebab sistem cushion dia agak tebal. Bila tebal, dia menyerap hentakan yang berlaku ketika kita berlari, lalu mengurangkan force yang naik ke atas badan. So sangat sesuai untuk long distance. Means, kalau cushion dia nipis, kita boleh cepat letih la dan lagi cepat sakit pinggang bagai.

10899319_638474266274944_2053802914_nCubaan larian kasut atas treadmill

10899276_1524942571107522_1733759492_nEn.Tam membuat analisis cara larian saya.

10899165_707216626042212_1838255028_nPemenang hari itu.

So saya akan cuba pula Lunarglide ini dan kalau saya berjaya mencapai target saya untuk lari 999 KM tahun ini, maka dalam quarter 3 saya dah kena beli kasut baru dah. Masa tu nanti mungkin saya boleh test Pegasus 31 pulak.

Anyway, experience membeli kasut di Marathonshop lebih meaningful dan kadar transfer knowledge dan experience sangat tinggi. Terima kasih kepada En.Tam atas nasihat dan saranan. Kalau kena kencing jugak lagi, saya akan lari pakai terompah selepas ini.



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_