Kasut : NIKE Pegasus 31

Dalam keadaan ekonomi yang semakin merosot ini, dengan kadar wang ringgit yang semakin jatuh berbanding dollar amerika, lalu, kita telah mendapat petanda bahawa tahun ini kita harus simpan banyak wang untuk masa depan yang tak menentu.

Namun, walau bagaimanapun, menyimpan wang, tidak semestinya tidak berbelanja langsung. Kita, seharusnya bijak berbelanja dan mengurus kewangan kita dengan baik.

Lalu semasa saya collect race kit saya hari sabtu lepas, saya terbeli sepasang kasut lagi, iaitu NIKE Pegasus 31. Yesssslah.

10903732_404642583035032_735376024_n

Ada 3 sebab justification saya untuk kasut kedua dalam masa tempoh seminggu.

1. Tahun ni kan saya sembang kencang nak lari 999 KM, so kalau cuma satu kasut sahaja, of course takkan tercapai. Umum mengetahui, jangka hayat sepasang kasut adalah 600 KM – 800 KM sahaja.

2. Masa kat marathonshop haritu saya dah test Pegasus 31 ni cuma design yang saya berkenan takde. Tapi kat NIKE Sunway ni ada la pulak…..

3. NIKE bagi discount 20%

So, TERPAKSALAH SAYA BELI

Lalu, pada hari ahad lepas saya telah lari sejauh 7K dengan Pegasus 31 ni so overall saya sangat berpuas hati dan sangat selesa. Compare Pegasus dengan Lunar ni ada banyak. Tapi saya rasa tak berapa adil untuk saya tulis sekarang sebab total larian bagi kedua-dua kasut tak banyak lagi. Mungkin bila saya dah lari 100K untuk kedua-dua kasut ni baru saya tulis review dia.

Tapi setakat hari ini, saya puas hati. La ni kat rumah dah ada 4 kasut lari. Tak atlit sangatlah kan.

Kongsi di :