Kasut : NIKE Pegasus 32 Pt 2



30 June hari tu saya ada pergi KLCC. Balik meeting saya singgah Nike shop. Saya tengok NIKE Pegasus 32 dah sampai. Tapi corak yang ada cuma corak Mat Bunga. Boleh tengok gambar dibawah ini.

11420783_503139926517256_410726039_n

Agak tak tergamak lagi nak pakai corak macam ni. Belum bersedia. 5 hari lepas masa round-round Sunway Pyramid cari baju raya, saya singgah NIKE situ pulak. So saya dapati ada 2 corak Pegasus 32. Satu merah satu biru. Yang biru ni saya ada amik gambar. Harga dia saya lupa pulak berapa. Tapi rasa macam 400 lebih.

11325284_942601949136862_1132361747_n

In term of material dia saya tengok dia macam dah nak sama dengan flyknit, tapi keras lagi. Kalau flyknit macam lembut sangat. Yang ni macam kanvas tak kanvas. Tapi style la. Tapak dia saya tengok macam sama je dengan Pegasus 31. Nanti esok bebila saya nak beli saya buat kajian lanjut.

Saya rasa macam nak jual NIKE Lunarglide 6 saya. Ada sapa nak beli boleh PM. Kasut tu baru saya pakai dalam 100KM je. Size 7. Ada orang ejek saya Robocop sebab pakai kasut tu. Saya tak tahan kena ejek tu la sebab saya nak jual. :p

Update ***
Semalam saya pergi The Curve beli barang. Saya singgah NIKE store situ. Berikut adalah harga kasut yang saya tengok.

1. Pegasus 32 – RM429
2. Pegasus 31 – RM409
3. Lunarglide6 – RM429






Kongsi di :