Kasut : Nike Pegasus 32 Pt 3

Tadi pergi tengok Star Wars kali kedua. Tapi kali ni bawak isteri saya dan adik ipar saya yang form 3 tu. Hari tu tengok dengan Rozaidi adik ipar saya masa opening. Anyway, mak mertua saya ada di rumah, so boleh la tinggalkan El Lukh dengan tok ma dia hahahhahaha.

IMG_3808
Tok ma baru balik vietnam, so duduk sini sampai New Year. Sejak Tok Ma mai ni El Lukh asyik lepak dengan Tok Ma dia je dah tak kenai bapak ngan ibu dia dah

So lepas tengok Star Wars tu saya singgah kedai sukan kat ground level ioi mall. Isteri saya nak beli kasut nak buat aerobik dalam rumah katanya. Al maklumlah. Lepas bersalin kena la kurus sikit. So tengok punya tengok sekali rupanya Nike Pegasus 32 dah turun harga.

Dulu saya tengok harga dia RM499 kalau tak salah. Tadi saya tengok RM260. Apa lagi, tanpa berbelah bagi saya sambar satu untuk isteri saya. Instead of dia nak beli, saya belikan dia. Untunglaaa dapat husband yang suka beli kasut macam saya.

Anyway, kalau anda mengidam Nike Pegasus 32 inilah masanya. Cepat ke store Nike atau seumpama sebelum habis stock. Depa tengah nak habiskan color2 season lepas. Kalau color baru masih lagi RM499. Kelmarin saya tengok kat Nike The Curve pun lebih kurang harganya.

FullSizeRender 5
Isteri saya ni kuat terpengaruh dengan video aerobik rupanya. Siap tapau headband tu ni mesti nak pakai kat kepala feeling instructor. Sangat Flash Dance. Tapi apa salahnya kalau lepas tu dapat body macam instructor tu Mmmmmmmmmmmm nice. #bukanabiangtakpayung #sisconcern

Kongsi di :