Kasut : Nike Pegasus 33 Pt 2

Hari ni jumaat. Saya masih lagi bercuti. Sebenarnya dah seminggu saya tak masuk ofis. Sebabnya isteri saya tak berapa nak sihat. So saya emergency leaves terus menerus dari hari isnin sampai ke hari ini.

Saya cuti sebab saya tak ada maid. So saya yang jaga anak saya EL LUKH. Seminggu bonding dengan EL LUKH nampak macam makin manja budak ni dengan saya. Atau, saya yang makin manja dengan dia?

Pagi tadi saya ke Subang Airport dengan EL LUKH untuk amik Mama saya yang fly dari Kedah. Mama akan berada di rumah saya dalam seminggu dua ini untuk jaga EL LUKH. So next week saya masuk ofis semula.

OTW balik dari Subang Airport hati saya berkata, “Hang pi singgah Sunway sekarang. Pi tengok kasut”. Maka saya pun akur dan singgah.

Hajat di hati adalah untuk beli Pegasus 32 sebab Pegasus 31 saya dah pencen. Seperti yang saya tulis sebelum ini, di Marathon Shop Sunway ada 50% discount. So mula-mula saya usha kat NIKE Sunway. Saya dapati yang Pegasus 32 dia ada last pair warna biru, 30% discount. Tak silap harga RM303. Saya then turun Marathon Shop untuk tengok Pegasus 32 tu dan saya dapati yang discount tu color dia orange dan kelabu. Agak tak mari. Orange saya dah belikan untuk isteri saya dulu. So saya pergi kedai-kedai sebelah dia tu ada Studio R dan Al Ikhsan. Malangnya tidak ada warna yang saya berkenan selain diskaun dia tak berapa power.

End up, saya naik balik NIKE Sunway dan……………..

OK. Asalnya saya nak beli Pegasus 33 ni kalau saya habis training #30hariabiangcuba. Namun, ada 3 sebab saya terbeli awal.

Pertama, saya nak beli Pegasus 32 tapi sebakan dah takda, alang-alang baik teruskan saja niat beli kasut tu cuma beli Pegasus 33.

Kedua, memang kasut training saya takda (tipu walhal masih ada lunar tempo ngan lunarglide ). Mungkin kaki saya memang serasi dengan model Pegasus gamaknya, so terpaksalah….

Ketiga, ahad ni race SCKLM. Agak maniskan pergi race paling besar di Malaysia dengan kasut baru…. 😀

So saya pun tanpa melengahkan masa terus saja beli yang warna hitam. Tapi ceritanya tak habis lagi.

Bila saya balik rumah, saya dapati yang size kasut Pegasus 31 saya adalah size 9 US. Manakala Pegasus 33 yang saya beli size 7.5 US. Patutlah isteri saya tanya apsal kasut macam kecik. Saya mula rasa cam Ahhh SHITTTT. Saya cuba google dan cari adakah lain model sama brand carry the same size. Malangnya tak jumpa.

Saya message En.Remin dan beliau kata tak semestinya sama walaupun same model same brand. Saya call NIKE Sunway untuk tanya, masalahnya NIKE Sunway pun tak tahu. So saya tanya depa boleh tak saya datang balik untuk tukar kalau salah size. Depa kata within 5 days of purchase.

Tanpa melengahkan masa lagi, saya pun drive semula ke Sunway tapi kali ni siap bawak stokin. Sesampainya di sana, saya try 2 size, size 8 dan 9. End up, saya amik yang size 9 iaitu sama dengan Pegasus 31 saya.

Menurut ahli NIKE Sunway, size kasut kalau US memang tak sama walaupun lain model. Ahli NIKE Sunway menasihatkan saya agak stick kepada size Euro sebab size Euro agak universal untuk semua model. Bila saya check, saya rupanya size 42.5 Euro.

Ahli NIKE Sunway juga ada bagitau yang kadang-kadang kita terbeli yang kasut pompuan instead of kasut laki. That’s why ada perbezaan size. So nak tau laki ke pompuan dia ada nombor siri dalam kasut tu dekat sizing.

Anyway, satu lagi benda baru yang saya belajar hari ini adalah ada tarikh keluaran untuk setiap kasut NIKE dan boleh rujuk pada sizing tu. Tarikh ni kira macam batch buat bila dan bila sampai Malaysia.

Dibawah ini adalah gegambar sebagai rujukan. Yang first ni adalah Pegasus 31. Size 9 US, Euro 42.5.

Screen Shot 2016-08-06 at 2.59.07 AM

Ini pula size 8 US, Euro 41.  Perasan tak ada 2 tarikh dalam kasut tu? Size 8 ni saya pakai cam ketat juga sikit bila dengan stokin. Tak best.
IMG_0986

Ini yang saya amik. Size 9 US, Euro 42.5

IMG_0987

Saya tanya ahli NIKE tu kalau saya nak beli Online macam mana? Tu dia kata, elok ikut size Euro. So, settle semua saya pun balik.

***

Kami, budak-budak shahpekan96 ada satu lawak yang kami kongsi. Biasa kalau buat job atau bisnes, keluar modal then buat keja last sekali dapat untung baru belanja. Tapi kalau budak shahpekan96 lain sikit. Belum apa-apa lagi baru bukak meniaga projek takde pun dah belanjakan profit. Saya ingat kes hari ini sangat tepat menggambarkan #braderhudtilljannah kami.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *