Kasut : Nike Pegasus 33

Siapa yang membesar dengan Pegasus rupanya dah 33 tahun umur dia. Berbanding saya, baru 3 tahun. Jauh lagi perjalanan larian ini.

Apapun, ini adalah video Pegasus 33. Nampaknya muzik memainkan peranan penting untuk connect kita dengan masa silam.

Ini pula review kasut yang pertama saya tengok. Basically review ini banyak yang sokong.

OK. So dengan keluarnya Nike Pegasus 33, kalau anda berminat nak tapaw Nike Pegasus 32, boleh pi themarathonshop sunway. Kelmarin saya tengok depa bagi 50% diskon.

Personally, saya memang sedang pakai Pegasus 31 dan antara yang lain yang ini yang selalu saya pakai kat kaki. Last time saya ingat nak upgrade Pegasus 32, tapi end up saya belikan isteri saya Pegasus 32.

Saya sempat tengok Pegasus 33 ni kejap je tapi the first contact saya dengan kasut ni adalah “kemas” dan ada rasa nak cuba. Itu pasallah saya jadikan reward kalau saya setel #30hariabiangcuba habiskan training plan untuk FM.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *