Kasut : Saya menyampah la dengan Nike. Kasut lain yang ada Carbon Fiber Plate ada tak abiang?

Abiang pun kengkadang nyampah gak tapi tu la, dah tua-tua nak experimen brand lain cam seram lak… ye la buatnya tersilap kang injured, lama nak baik tu, tulang dah reput. Takpelah, now hari ni kita nak tengok kasut-kasut lain yang ada Carbon Fiber Plate. Abiang cuba tulis sebaik mungkin melalui pembacaan abiang. So kalau salah tolong betulkan ya saya budak baru belajar pasal kasut.

Asics

Asics punya carbon plate adalah ASICS Metaracer. 

Matlamat depa design kasut ni adalah untuk nak make sure runner sentiasa fresh, walaupun berlari jauh dalam marathon. So untuk achive ni ada 3 ramuan utama iaitu teknologi kasut : Guidesole, untuk efficiency dimana mengurangkan movement joint ankle, so runner tak letih. Benda ni menyebabkan instead of kasut ni control movement kita, kasut ni bantu untuk push kita. Kedua kusyen dia iaitu flytefoam, kusyen teringan Asics setakat ini maka tak penat lari jauh. Terakhir of course, carbon plate.

Ini dismantle graphic untuk kasut ni, tapi tak pulak ditunjukkan carbon plate dia kat mana.

Boleh beli kat web Asics Malaysia. Boleh tahan hensem gak kasut ni. Tak tebal, tak nipis. Sedang-sedang. Tapi rupa carbon plate dia bentuk bintang ninja ke bulat ke apa tak dapat dikenalpasti.

Adidas

Kasut Adidas yang ada carbon fiber plate adalah Adidas Adizero Pro.

Kalau tengok kat web Adidas Malaysia dah ada, so boleh beli online. Butik tatau sebab tak pernah singgah.

Nama carbon plate dia Carbitex Carbon Fibre. Depa kata depa letak plate carbon ni senget 30 darjah sebab ini yang bagi impak maksimum pada atlit. Saya cuba cari gambar xray Adizero Pro ni tapi tak jumpa.

 

Basically saya rasa, banyak-banyak kasut carbon fiber plate, selain Asics, Adidas punya pun hensem sebab midsole tak macam terompah, which is masih lagi macam kasut running zaman sebelum ni. Hensem la. Just nice design. Lawo.

Now, bila saya google balik, patutlah kasut ni hensem. Designer yang buat kasut ni bukan sebarang. Nama dia Toshiaki Omori, designer kasut legend tersohor dari Jepun. Basically kita tau bahawa designer ni kalau buat keja mesti mau ada falsafah. Misalnya dalam bab kasut ni, Tuan Omori kabo dia nak achieve ultimate symbiosis relationship antara kasut dan kaki dengan menggunakan simplicity.  Baca sini.

Ok. Kasut yang kedua dalah Adidas Adizero Adios Pro. Yang ni dah naik level terompah cam Nike gak. Kalau orpen (orang pendek) cam saya ni pakai mesti nampak tinggi dan bertenaga.

Now, carbon plate dia pendek tak macam Nike panjang. Tapi dia combined dengan Energyrods, which is carbon infused rods yang support tulang kaki.

So basically idea dia rod ni compliment dengan carbon plate tadi. Ada gambar xray yang menjelaskan hal ini. Hat ni Greys Anatomy sure nangis tengok gambo ni.

Ini video pasal Adizero Adios Pro, dia punya dismantle graphics.

OK. Dah boleh beli ke belum kasut ni? Kat web Adidas malaysia tade lagi, tapi oversea, US dah ada.

Saucony

Saucony punya adalah Saucony Endorphin Pro.

Tagline kasut ni, “You, but faster”. Now, depa punya falsafah pasal kasut ni adalah korang kalau nak buat PB tak yah usaha keras, kasut ni boleh roll korang kedepan. Ini, menggunakan teknologi depa panggil SPEEDROLL. Kusyen dia ultralight dan springy, PWRRUNPB  campur dengan plate carbon fiber dia bagi fair play antara runner biasa ngan elite kat starting line. Nama carbon plate dia S-Curve.

Satu lagi teknologi upper dia (saya agak la), nama FORMFIT, hat ni nak make sure kaki selesa dan fit in lock dalam kasut.

Ini dia punya dismantle graphic. Boleh nampak carbon plate dia bentuk curve kalau guna mata hati. Anyway kalau saya boss budak yang buat graphic ni saya sebat dia. Ko dah tau kan kita nak jual kasut carbon fiber, yang ko letak background warna sama ngan carbon fiber ni dah kenapa? Mental duduk rumah sebab MCO?

Ini video pitch dia. Tapi mamat dalam video ni saya rasa dia ni dulu kerja burn mp3 lagu dalam cdrom. Approach video agak something dan berani berbanding brand lain. Asics misalnya pakai doktor. Maksud dia apa? Yang genius pakai kasut dia. Adidas, yang design dia sapa? Legendary designer yang dah makan garam bertahun, maksudnya pengalaman kita jangan nak argue dia punya design instinct. Tapi Saucony lebih berani dan out of mind. Why work harder? Asas falsafah kasutnya terjemah dalam video.

Brooks

Brooks Hyperion Elite.

Kasut ni dia punya propaganda agak gempak berbanding brand lain. Dia bagi pakai kat elite runner dia Des Linden pada di Boston 2018, tapi kasut dia all black atau term dia blackout. Orang cam, siut la kasut apa ni. Ni paling prototype ni cam level kereta baru spyshot. Pulak tu elite runner dia menang, lagi la up orang nak tau kasut apa.

Anyway, carbon fibre plate dia pun lain sikit dimana lebih tebal di tengah berbanding hujung, so ketebalan dia ada variation dan bukan flat.

Ini video pitch dia.

Skechers

Skechers lak, Skechers GOrun Speed Elite. Dikatakan ini speed demon sebenar.

So Sketchers ni matlamat dia simple. Kasut untuk compete dan menang race. So kasut mesti ringan, laju, feel easy. Ini adalah lambang kasut performance Sketchers. Kasut ni research dia 2 tahun, konsep racing flat, dengan berat kasut 170 gram! Upper dia tak banyak benda, simple, cuma corak upper dia tu agak…….

Now, untuk carbon plate, dia punya approach pun berbeza. Kasut-kasut lain carbon plate dia macam besar tapi Sketchers punya paling minimal. Instead of sekeping, panjang atau dalam bentuk pad, dia punya kiri kanan macam line je. Dan depa kata plate dia 40% lebih ringan dari carbon plate lain. Tapi kalau saya tengok dan fikir balik, patutnya kalau dah bentuk line macam ni rasa kalau ikut saiz, saiz dia dalam 30% je dari size carbon plate lain which mean, patutnya dia ringan level 70%. Maybe sebab size dia sangat sikit so dia kena buat berat kut? Entah.

Anyway kenapa carbon plate dia sikit? Sebab nak make sure kasut confirm ringan! Prinsip dia, nak menang race, kasut mesti mau ringan.

Ini video tapi tak sure official ke tak.

Hoka

Hoka punya kasut carbon plate, HOKA ONE ONE Carbon X.

Hoka punya carbon plate  nama dia Carbon X, kedudukan dia agak unik. Depa kata dia dekat paling bawah, paling rapat dengan outsole sebab depa nak maximum underfoot cushion. Gambar carbon plate secara detail, tidak diketemui. Tapi rasanya setakat ni, ini lah satu-satunya kasut yang boleh nampak carbon plate dia kat bawah tapak. Rujuk 4 plate warna hitam tu.

Now, interm of research depa nak buat kasut ni, depa buat khas untuk  Jim Walmsley nak PB ultra 100K punya rekod, so bayangan dia kasut ni ko nak lari tak stop 18 hari pun macam ok.

Ini video dia.

New Balance

Partner business saya Jon Z suka New Balance. Walaupun beliau tak lari, beliau pakai kasut ni pergi ofis, meeting etc. Tapi yang saya heran, bila beliau pakai kasut ni, tak pula beliau kelihatan Azman. Cam kena je. 

Anyway, untuk New Balance, kasut carbon plate dia New Balance FuelCell TC

Ini gambar dismantle carbon plate dia.

KESIMPULAN

Ada berlambak pilihan brand lain kalau nak merasa kasut plate carbon fiber. Pulak tu ada macam-macam bentuk plate carbon fibre. Dan dalam banyak-banyak brand, ada yang memang beria gila kata plate carbon fiber nilah yang buat runner jadi laju gila break limit. Ada pulak brand yang fokus untuk canne walaupun kita integrate carbon plate, kasut kita masih ringan? Ada yang up lagi the game. Kita bukan setakat plate carbon saja ya, kita ada benda lain lagi yang compliment plate kita. Ada yang, ko nak sangat carbon fiber nahh… ko boleh tengok dan ko boleh rasa dengan jari tak pun nga lidah. Ada yang sembunyi carbon fiber dia misteri tatau canne sampai kiamat kecuali kita potong kasut dia. Ada yang macam tak ikhlas letak plate carbon fiber pun ada jugak, ok orang letak, so kita pun letak tapi bila orang nak cari info pasal carbon plate kita haram kat web langsung takde sebab pada kita carbon fiber ni tak penting mana pun tapi teknologi existing kita dah memang power.

So basically, nampak gayanya plate carbon fibre ni dah jadi trend terkini dalam kasut lari, dan kehadiran plate carbon fiber ni nampaknya semua nak bagi runner boleh buat PB.

So ini mengingatkan saya kepada cerita The Incredibles. Rasanya yang no 2 kut. Yang budak kecik tu idola Mr. Incredible tapi Mr. Incredible tak layan dia. Dia bengang, last-last dia guna tech untuk jadi superhero.

Matlamat dia simple. Kalau semua orang boleh jadi superhero, so takdelah superhero dah.

Ni sama macam kasut plate carbon fiber. Kalau semua kasut dah ada carbon fiber, so apa yang istimewanya kasut-kasut ni pada runner?

Jawapan dia ada pada anda sendiri kerana andalah yang istimewa sebenarnya. Bukan kasut. Kasut ni alat je untuk kita mencapai matlamat.

Apa matlamat anda? Kenapa anda, lari?

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *