Kasut : Teknologi – Nike Flywire

Fa15_RN_Zoom_Family_W_03_original

Saya tanya amoi kat The Curve hari tu, kenapa semua running shoe Nike yang baru semua ada tali lebih? Biasa tali untuk ikat kat atas tapi sekarang sudah ada tali dekat tepi?

So amoi tu jawab macam ni.

“Tali tepi ni kasi pegang you punya kaki. So you punya kaki grip. Bila you lari, kaki you maintain pada tempat yang sepatutnya. Kaki tak lari. Nama dia Flywire”

Dalam hati saya, “kaki tak lari? Habis sapa yang lari?”

Anyway, anda patut faham apa yang amoi tu cakap. So saya google untuk baca lebih lanjut apa benda Flywire ini. Saya jumpa ini.

Screen Shot 2015-07-23 at 1.47.09 AM

Bila saya cari di youtube, rupanya Flywire ni dah lama. Depa dah pakai pada kasut bola. Saya tak main bola. So saya tak tahu. Tapi kesimpulan yang boleh saya katakan, tali kasut sekarang dah ada dua. Satu atas, satu tepi. Satu kena ikat, satu ikat kaki kita.





_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Comments 2

Comments are closed.