Kasut : Trail Running

choose_trail_shoes_flickr_gore-tex_products_i

Disebabkan saya dah ter-masuk trail run tadi, so saya kenalah buat kajian kasut trail yang sesuai. Takkan nak lari pakai Pegasus 31. Melecur kaki kena tanah. Makanya, ini thread kajian saya tentang kasut trail terbaik untuk kaki saya.



Tujuan Pencarian Kasut Trail
1. Stability : Agar larian stable
2. Traction : Meningkatkan grip kepada tanah
3. Protection : Perlindungan kaki dari batu

Faktor pemilihan kasut
1. Cara larian : Tengok sama ada anda heelstride atau forefoot. Kalau hellstride cari yang tapak belakang tebal. Forefoot, cari yang minimalist.
2. Keadaan permukaan tanah / trail
3. Selalu pakai atau jarang pakai untuk trail run : Kalau kadang-kadang main trail, pilih kasut yang banyak ciri-ciri keselamatan sebab bila jarang main trail nampaknya tak skillfull la sangat. Kalau selalu, dan memang nak sprint laju, pilih kasut yang ringan. Tapi biasanya kasut yang ringan banyak hal lain sacrifice.

Kenali element Kasut Trail
1. Outsole : Tapak – dimana layer paling bawah defence kaki dengan tanah, dan untuk grip agar tak licin
2. Midsole : Getah Tengah – Untuk kusyen dan support, menambah protection dan stability pada permukaan tanah yang ganas. Juga terdapat Stiff Plate untuk pertahanan takut tersepak kayu / batu dan Shank untuk genggaman pada kaki dan tambahan stabiliti
3. Upper : Surface kasut overall – yang memegang kaki dalam kasut, biasanya ringan tapi keras / padat

Lugs / Bunga kasut
1. Dalam, luas : Sesuai untuk larian berlumpur agar tapak kasut tu tak lekat lumpur
2. Kecil : Untuk larian trail kering agar lebih grip
3. Getah bergrip : Untuk Traction pada batu agar tak licin

Fahami Heel to Toe Drop atau Offset kasut untuk cara larian
1. Offset adalah ukuran, beza antara Heel Stack Height ( ketinggian kusyen tumit kasut ) dengan Toe Height (jarak tanah ke jari kaki)
2. Kalau beza besar (lebih 10mm) adalah untuk heel stride, manakala beza kecil adalah untuk forefoot. Dalam erti kata lain, kalau kasut ni kusyen belakang tebal, ia adalah kasut untuk heel stride.

Screen Shot 2015-03-22 at 1.49.18 AM

Kenali permukaan trail
1. Technical Terrain – super ganas dalam hutan yang tak terpredict bagaimana surface dia. Boleh jadi akar, batu etc, cari kasut yang structure kuat, support kuat, protection banyak.
2. Less Technical – Pasir, gravel, so bunga kecik.
3. Kering – Bunga kecik
4. Basah, berlumpur – Cari yang bunga dia luas sebab bunga luas lumpur tak lekat.

Elemen lain pada kasut trail yang sangat membantu
1. Permukaan kasut berlapis / berlidah pada ruang atas kaki- untuk elak debris masuk kasut
2. Tali kasut single policing – Untuk senang ikat / adjust , sekali tarik (tali kecik yang ada macam komponen zip, tapi bukan zip)
3. Waterproof Membrane – untuk bagi kalis air / lumpur

Dalam video ni pulak encik ni suggest yang jangan pakai kasut yang longgar sebab bila lari trail, sudden change of direction atau movement sangat banyak. So kalau kaki longgar dalam kasut, boleh menyebabkan terpeleot.

So idea dia adalah “good fit” iaitu snug everywhere, tight nowhere. Ngam-ngam pegang kaki, dan boleh wiggle jari-jari kaki. Mengelakkan blister (melecet) atau jari kaki bengkak.



Bacaan Lanjut
http://www.rei.com/learn/expert-advice/trail-running-shoes.html





Kongsi di :