Kecewa menjadi Ultraman

Adoi la. Maaf semua. Lama gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak update blog ni. Hari tu ada masalah sikit dengan wordpress, lepas tu down sebab tak bayar server. Hari ni dah ok. Setel semua masalah, now blog ini kembali bertugas.

Actually sebenarnya dan sebenarnya saya kehilangan “mojo” untuk berlari. Ini sebab last year saya gatal buat target hilang akal (mengikut umur saya). Last year saya target nak buat SUB2 untuk HM. Last-last bila race ultimate untuk achieve target ni saya kantoi. Itu yang saya kecewa.

HSN21km 2017-1300
Larian HSN 2017, penat sampai tertido.

Rupanya bila saya kecewa, “mojo” larian saya terus mula hilang. Saya berhenti lari. Dan badan mula gemuk dengan lemak yang berdosa. Last-last fitness level saya kelaut, akhirnya saya balik kepada kehidupan malas menonton Netflix dan Hulu.

Bahaya kecewa ni rupanya. Yalah. Bila kita dah usaha gila babeng, semangat anjing semua nak achieve, tiba-tiba tuhan tak izinkan kehendak kita. Kita gagal. Dan kita menerima kegagalan tu dengan sangat berperasaan. Akhirnya makan diri, dan kita kembali barai seperti dulu.

Kekecewaan sebenarnya bagi saya memang banyak kali saya kena. Paling awal dalam kehidupan, saya ingat masa saya umur 4 atau 5 tahun. Waktu tu abah bawak pergi jalan ke Ipoh. Masa tu shopping mall of the world paling gempak adalah Super Kinta. So dekat bahagian mainan, ada topeng ultraman.

Oleh kerana Ultraman adalah cita-cita saya masa tu, mempunyai sebuah topeng ultraman adalah kejayaan hidup paling ultimate untuk seorang budak berumur  4 – 5 tahun. So saya dan adik saya yang berumur 2 tahun, saya amik 2 topeng ultraman untuk saya dan adik saya. Dengan harapan, abah akan beli. Bila abah beli, cita-cita menjadi ultraman akan menjadi kenyataan. Bayangkan, dengan sebuah topeng ultraman di wajah, petang hari saya akan berubah menjadi indah dan lebih adventure.

Malangnya tuhan bekerja dengan misteri. Lagi malang, bila tuhan bekerja dengan cara misteri, abah saya secara misteri tidak membeli topeng ini. Saya tahu abah saya bukanlah orang yang kaya raya, dan bukanlah jua seorang abah yang suka membeli mainan. Namun, untuk tidak membeli mainan di shopping mall of the world paling gempak Super Kinta untuk 2 orang anak adalah sangat zalim dan tidak patut. Berapa kali sangat setahun kami dapat mainan?

Sebagai tanda protes, saya dan adik saya (yang tak tahu apa-apa) duduk di tangga Super Kinta merajuk tanak balik. Biarlah apa nak jadi pun, kalau abah nak kami balik, abah mesti beli topeng Ultraman.

Tidak saya ketahui bahawa jiwa abah saya sedikit komunis. Ketegasan dia jangan gatal nak lawan. Saya tak ingat macam mana tapi end up akhirnya saya balik hampa. Saya kira, inilah kekecewaan pertama saya dalam hidup. Menerima kekecewaan pada hari itu adalah baru. Namun sebagai budak berumur 4 – 5 tahun, kekecewaan kita tidak bertahan lama. Esoknya dah lupa.

Berbanding dengan bila kita dah dewasa, atau bagi saya ini orang yang dah tua, kekecewaan, rupanya makan masa untuk padam. Di ambang veteran ini, kekecewaan perlukan masa. Dealing dengan kekecewaan, memakan banyak tenaga.

Oleh kerana kecewa tak dapat SUB 2 HM last year, saya pilih untuk berhenti lari. Tidak saya ketahui, keputusan saya itu, membuatkan blog ini sepi.

SCKLM sudah tinggal hanya beberapa hari lagi. Semua orang yang dah mula training plan pasti dalam beberapa minggu ini sudah yakin boleh dapat PB atau mencipta rekod yang lebih baik. Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kali ini. Tahun lepas saya masuk 10K dan menang kategori media dapat kasut. Tahun ini saya gatal amik HM dan berharap untuk ulang kejayaan yang sama.

Saya fikir, sebagai manusia, kita memang boleh berharap. Walaupun usaha kita kelaut, yang tidak mati adalah harapan. Kali ini saya berharap. Usaha saya tidak sepower last year. Setiap kali nak training ada saja halangan. Untuk itu saya decide SCKLM kali ini adalah larian yang saya akan enjoy tanpa pressure. “Mojo” larian saya, baru nak dipupuk ada semula.

s-l225 (1)

Kepada anda yang bakal menjuarai SCKLM secara PB, saya dahulukan dengan ucapan tahniah. Jangan sampai kecewa seperti ibarat tidak dapat memakai topeng ultraman. Seseorang pelu kecewa untuk dia menjadi lebih baik, dan agar hidupnya, lebih bermakna.

Kongsi di :

Comments 13

    • Ultraman Taro April 7, 2018

      Belum buat ultra, dah kau ucap tahniah… murah sangat tahniah kau ni… tunggu dia habis race ultra dulu, baru ucap tahniah… buang masa ajak dia… lebih baik ajak KJ lari sama… dapat la gak insta-famous jap… 😏

  1. nuar March 30, 2018

    tq .kerana menulis lagi..setiap tulisan menjadi inspirasi..😊….saya dulu tengok org joging..sekarang dah jadi kaki joging..kipidap bro👍

  2. Ultraman Taro April 7, 2018

    Tips untuk dapatkan SUB2 untuk HM… Jangan pakai topi, semak jer… botakkan kepala, macam Mamat Kenya… cukur misai, macam Mamat Ethiopia… pakai contact lens Korea yang ada warna, cermin mata membosankan… pakai baju ketat, tayang 6 pack… pakai seluar ketat, biar terbonjol kejantananmu… pakai kasut bawah 150gram, ringan nak angkat kaki bila dah lenguh lari jauh… posisi larian badan 70 ke 80 darjah ikut graviti… carbo loading 2 hari dengan pisang kampung sebelum race… makan supplement sebelum race, bcaa untuk kuatkan kelelakianmu dan beta-alanine untuk panjang, keras serta tahan lama… jangan lupa sapu kaki dari betis ke paha dengan minyak lintah untuk melancarkan peredaran darah sepanjang larian jenis dayungan atau kuak lentang… pastikan tiada aktiviti “make love” dekat nak race sebab akan mengakibatkan kehilangan protein dan tenaga batin… bawa portable torch-light dengan kuasa 1000+ lumens sebagai senjata untuk melemahkan musuhmu, sasaran pada mata mereka, gerenti “mojo” mereka masuk longkang… lari pakai topeng Ultraman untuk elakkan daripada dicam, dekat finish line nanti boleh campak topeng kat memana… nak kalahkan Mamat Afrika? Senang jer… lari dekat mereka dan jerit kekuat, wrong way… that way… sambil tunjuk arah laluan salah… gerenti “mojo” mereka balik Afrika… 🤣

  3. speedee April 19, 2018

    Terbaik Bro, saya memang suka baca blog berkenaan larian, tapi blog ni seperti ada aura yang membuatkan saya sentiasa menunggu kemunculan artikel terbaru. Cara susunan dan pengolahan ayat yang simple serta tidak terlalu formal dan tidak terlalu ‘pasar’dan ada di selitkan unsur-unsur jenaka, membuatkan saya ketawa sendirian (mcm dedulu baca majalah humor gelihati atau gila-gila),sangat menghiburkan sambil tambah ilmu pasal larian.Good job bro, teruskan berblog kerana saya yakin ramai runner-runner di luar sana yang sentiasa menunggu artikel terbaru dari blog ini. Selamat berblog dan berlari….dan jangan stop lagi blog ni lama-lama yer …tak larat tunggu…hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *