Kenangan Silam : G-Force

img_3251

Sementara saya tak ada idea nak tulis pasal apa tentang larian, saya ingat ada baiknya saya mengimbau kenangan silam saya yang berkaitan dengan Jepun, demi menaikkan semangat untuk menghadapi cabaran Tokyo Marathon tahun depan.

Oleh itu, saya akan mula post idola-idola zaman anak kecil saya bagi mengisi kekosongan posting blog ini.

OK. First sekali yang saya teringat adalah G-Force. G-Force ini atau nama dia Gatchaman memang legend. Ia adalah sekumpulan superhero yang memakai baju burung yang boleh terbang. Apa yang paling best (yang saya ingatla) adalah setiap dari mereka memakai jam tangan atau wristband. Depa communicate tru jam ni sesama sendiri. Ala-ala Apple Watch. So masa kecik saya ada buat jam tangan sendiri daripada kertas dan pakai masa keluar bermain bila terasa nak jadi G-Force.

g-force_-_group_shot2
Line up G-Force

Ini pula adalah intro dan penutup G-Force. Gila. Saya ingat saya tengok kartun ni masa duduk di Cameron Highlands. Maksudnya saya umur dalam 5 ke 7 tahun. Tak ingat bila. La ni first time saya tengok balik, memang ada rasa nak terbang keluar rumah.

Bila saya search dan baca-baca, baru saya tahu yang depa ni sebenarnya Kumpulan Ninja Sains berteknologi tinggi atau dalam bahasa jepun, Kagaku Ninjatai Gatchaman. Ingatkan depa semua ni peminat burung macam isteri saya.

But anyway, kisah G-Force ini adalah sekumpulan 4 orang jejaka + 1 awek yang bekerja dengan Organisasi Sains Antarabangsa sebagai Gatchaman, menentang orang jahat yang bernama Galactor. Orang jahat ni sebenarnya Alien dan datang ke bumi sebab nak curi resources bumi. Biasanya dalam tiap-tiap episod akan ada raksasa besar berupa haiwan lawan dengan team G-Force. Salah satu skill depa ini adalah high speed running dimana boleh berlari dengan laju menewaskan orang jahat. Hmmm…. kalau kaji maybe boleh buat SUB 2 untuk next race ini. Lepas tu kapal depa bila laju gila jadi terbakar keluar api macam Phoenix.

Banyak yang saya nak kena catchup dengan G-Force ni sebab dah lama gila kut. Anyway, saya search kat youtube dan jumpa first episod. Boleh layan kat bawah ni. Bila US punya depa tukar title kepada Battle of the Planets rupanya dan panggil G-Force. No wonder bila saya cuba ingat balik tak pernah ada word Gatchaman dalam history otak saya.

Bila zaman berubah, banyak version. Yang ni tahun 2000 tapi taktau ada full animation ke tidak. Tapi kalau ada, agak layan jugak.

Lepas tu saya ada browse dan macam terjumpa 3D movie. Cool juga. Bila saya baca-baca rupanya yang animation ni cancel. Baru nak excited.

Last sebelum saya nak tidur, satu lagi baru saya tahu. Line up superhero G-Force ni burung dia adalah Helang, Condor, Swan, Swallow (kejadah burung apa?) dan burung hantu. Burung pipit tak ada. OK. Itu saja. G-Nite!

screen-shot-2016-11-25-at-1-29-45-am

 

img_3249

img_3248

Bacaan Lanjut
https://en.wikipedia.org/wiki/Science_Ninja_Team_Gatchaman
http://gatchaman.wikia.com/wiki/Gatchaman_Wiki
Script Gatchaman ada mamat tulis semula. Gilababi.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *