Kenangan Silam : Slamdunk

Slam_Dunk_(Jump_Comics)

Masa saya sekolah menengah dulu, selain dari mengumpul Pedang Setiawan dan berangan nak buat tendangan angin puyuh sewaktu cubaan main bola (saya kaki bangku), saya ada mengumpul komik Slamdunk oleh Takehiko Inoue.

Takehiko_inoue
Saudara Takehiko Inoue

Komik ini mengisahkan sekumpulan anak muda yang bermain Basketball dari sekolah tinggi Shohoku. Hero dia adalah Sakuragi Hanamichi yang berambut merah serta sangat ghairah, dan seorang lagi Rokawa Kaede yang sangat cool.

892afc8741e5bda3ccab554dffc0e4ce7367f80e_hq

Kisah dia Sakuragi Hanamichi masuk team basketball semata-mata nak mengorat awek bernama Haroko. Sakuragi memang langsung haram tak ada bakat main basketball berbanding Rokawa yang dah memang star sejak sekolah rendah. So, melalui usaha keras dan semangat juang yang tinggi dicampur dengan motivasi cinta kwatt, Sakuragi akhirnya berjaya menjadi salah seorang pemain basketball yang hebat juga.

5f15d0db71b709e4297febacf92f1e48.jpg
Haroko, adik Akagi aka Orang utan

Mengikut fakta, komik ini terjual lebih 120 juta copy hanya di Jepun pada tahun 2012. Ini menjadikan ia mangga terhebat di Jepun dalam sejarah. Komik ini mempunyai 31 jilid kesemuanya dan mengumpul Slamdunk dari no 1 – 31 antara kejayaan hidup saya yang paling saya bangga tak sangga.

03
Ini translation Indo. Yang malaysia pun tak jumpa

Seingat saya, selain daripada komik, saya ada poster dia (nanti lepas ni nak cari dan tampal dekat rumah) dan juga jigsaw puzzle poster yang adik saya dah rembat letak kat rumah dia. Saya ada satu buku art Slamdunk. Dalam dia semua lukisan-lukisan dan sketches kalau tak silap saya.

Slam-Dunk-Full-Players[1]
Poster

Slamdunk juga telah diadaptasi menjadi animation. Tapi tak pernah tengok animation dia kat TV Malaysia ni. So macam tak ada memori sangat pasal animation ni. Namun dengan adanya youtube, boleh tengok sebahagian dari klip-klip animation dia.

Saya ada juga jumpa DVD set Slamdunk ni ( hmmmmmmmmmm ). Ada 5 keping box set.

Screen Shot 2017-02-02 at 12.59.47 AM

Bila dah jadi kartun, banyak pulaklah hasil dari kartun dia. Misalnya action figure.

Free-Shipping-5-PCs-Slam-Dunk-Anime-Action-Figure-Toy

5-pieces-lot-Anime-Slam-Dunk-PVC-Action-Figures-Toys-Boys-Basketball-font-b-Birthday-b

ac8d7caa9c1727a7f09ec791fa99b26e
Oh my God, please give me a lot of money by jackpot so that I can buy this toy for my son EL Lukh AMIN

By the way, komik Slamdunk ni memang kelakar gila sebenarnya. Seingat saya, memang kalau baca kalau tak ketawa memang tak sah. In fact, dalam buku sekolah yang kuta bawak balik rumah tu, (annual book) saya menggunakan kata-kata Sakuragi sebagai kata-kata quote yang semua budak kena letak dalam biodata diri.

“Kekuatan, Kekuatan”

Punyalah pengaruh Slamdunk kuat dalam hidup. Itu masa form 5 dulu.

Tapi sekarang saya dah lupa ending dia macam mana tapi saya ingat sebelum pi Jepun ni saya nak habiskan 31 episod dia tiap-tiap malam. Harap dengan semangat Slamdunk dapat menguatkan semangat saya untuk menghadapi cabaran Tokyo Marathon.

Anyway, TQ saudara Takehiko Inoue for such a great masterpiece. Saya harap awak mencapai ketenangan hakiki dan menemui tuhan didalam komik yang anda sendiri cipta.

3e240ec812740c76c9a1a74f2a9f9165

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *