Kesan belanjawan 2019 kepada runner

Semalam Guan Eng membentangkan belanjawan 2019 negara. Sebanyak RM314.50 bilion diperuntukkan untuk hal ini. Saya hanya dapat mengikut sebahagian sahaja itu pun melalui radio di dalam kereta. Sepatutnya semalam hari saya ride #gerakansolo, tapi tiba-tiba ada meeting, maka otw keluar balik dari KL agak stuck dalam jem. Mujur Guan Eng menghiburkan saya. Paling terhibur, bila Guan Eng bagitau bajet untuk orang islam. Instead of syiar islam, Guan Eng cakap syair islam.

xMGF02112018_BELANJAWAN-2019_23-681x454.jpg.pagespeed.ic.QyTER8hpWM

Baiklah. Sekarang kita terus ke main point posting ini. Ia adalah kesan belanjawan kepada kita  sebagai runner. Saya terfikir hal ini pagi tadi masa makan roti canai. Sebab blog ni blog larian, so tak semestinya sembang pasal lari je. Kena ada sembang pasal benda lain tapi ada kena mengena dengan larian.

Sebelum nak proceed kepada kesan kepada runner, kita mesti dulu tahu kita ini kumpulan rakyat kategori apa. Maksudnya, sebagai seorang runner, kita jatuh dalam kategori rakyat yang mana. Baru senang nak faham. So, kategori rakyat di Malaysia, dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan ini adalah berdasarkan pendapat bulanan keluarga, bermaksud, pendapatan isi rumah.

Kalau kita dah kahwin dan pasangan kita bekerja, so pendapatan isi rumah kita adalah gaji kita dan pasangan kita. Kalau kita ada anak yang comel dan level instafamous, follower 5 juta dan anak kita ni dah ada income sendiri melalui tajaan susu review IG bagai, pendapatan anak kita juga dikira pendapatan isi rumah dan boleh kena tax. Kalau kita orang lelaki, bini ada 2 dan dua-dua bekerja, maka pendapatan kita dan kedua bini kita ini adalah pendapatan isi rumah kita. Maksudnya orang lain rumah satu, kita rumah dua. Tak boleh pulak nak asingkan pendapatan isi rumah 1 dan pendapatan isi rumah 2. Tak adil namanya tu. Kata kawin nak adil. So adil ni mesti senang sama-sama susah pun sama-sama. Baru adil. Eh eh.

Berapakah pendapatan keluarga (household) untuk menentukan kedudukan dalam kategori rakyat Malaysia ini? Menurut Jabatan Statistik Negara pada Oktober 2017, ini jumah pendapatan mengikut kategori.

T20 / Top 20 – RM13,148
M40 / Middle 40 – RM6,275
B40 / Below 40 – RM3,000

So maksud dia, kalau pendapatan isi rumah kita daripada 0 kepada RM3000, kita adalah golongan B40. Kalau dari RM3001 hingga ke RM13,148  kita adalah M40. Dan kalau lebih RM13,148 ke atas, kita sudah T20.

Ini screenshot buat rujukan.

Screen Shot 2018-11-03 at 1.35.07 PM

Now. Saya cuba susun faedah belanjawan negara kepada runner, mengikut kategori B,M dan T. Juga kesan langsung dan tak langsung kepada semua runner secara am. Ini bermaksud, apa yang belanjawan ini memberi faedah kepada kita sebagai runner. Mungkin tak banyak mungkin tak specific pun. Namun, at least, daripada apa yang dibentangkan, ada tak yang kita boleh manfaat sebagai runner. Ini yang saya faham la kalau ada yang termissed, boleh komen.

Runner kumpulan B40

Bagi runner yang B40, anda akan dapat Bantuan Sara hidup paling sikit RM500 dan paling banyak RM1000. BSH ini lebih kurang macam BR1M, dapat bukan tiap-tiap bulan tapi setahun sekali ikut fasa.

61541153371_freesize

So duit yang dapat itu bolehlah guna nak beli tiket race ke kasut baru ke apa ke kalau larian, adalah prioriti dalam hidup anda. Walaupun begitu, saya nasihatkan simpan paling sikit 20% untuk kegunaan akan datang. Mana tahu emergency ke apa. Simpan dalam ASB sebab situ bagi pulangan 7% – 8% sambil kita duduk goyang telur atau tetek masa lari kalau tak pakai sport bra atau seluar burung.

Bila boleh dapat duit BSH ni? Jun tahun depan.

Runner yang Kakitangan Awam

Ramai kawan runners saya merupakan kakitangan awam. Bagi mereka (saya kakitangan sendiri), bonus 2019 adalah RM500 berbanding bonus 2018 RM1000. So kalau sebelum ni bajet nak guna bonus untuk perbelanjaan larian misalnya nak tambah duit untuk beli jam baru, nampaknya dah berkurang separuh. Ini adalah infographic dari Malaysia kini tentang bonus dari tahun dulu hingga tahun depan.

Screen Shot 2018-11-03 at 2.18.48 PM

Runner yang bawak motor / kereta

Kalau anda runner yang pergi training petang-petang bawak motor, ini berita baik. Namun begitu, tengok motor apa yang anda bawak. Kalau bawak Ducati tak yah sembang la. So ini bagi mereka yang mempunyai motor 125 cc kebawah. Anda akan dapat subsidi minyak 30 sen seliter untuk 100 liter petrol RON95 sebulan. Itu pun kalau memang anda cuma ada motor sahaja sebagai kenderaan tunggal. Kalau anda ada motor 125 cc dan ada kereta kebal, tak valid.

Begitu juga dengan kereta. Kalau kenderaan tunggal anda kereta bawah 1.5 cc, dapat juga.

Basically anda jimat 30 sen seliter. Orang lain bayar lebih. Bulan ini, bulan november, harga seliter RON95 adalah RM2.20. Katakan harga ni tak berubah sampai tahun depan, orang lain bayar RM2.20, anda bayar RM1.90 untuk satu liter.

Screen Shot 2018-11-03 at 2.54.24 PM

Untuk tengok sama ada manfaat dia besar atau tak dan boleh diagih penjimatan ini bagi membantu karier larian anda, anda kena buat kiraan matematik sikit. Sebulan berapa liter anda pakai untuk minyak motor?

Untuk ini saya buat sedikit temubual dengan kawan saya yang kacak juga seorang runner, yang pakai motor sebagai kenderaan tunggal. Menurut beliau, duit minyak motor beliau adalah RM5 seminggu. Beliau guna motor untuk pergi kerja. So sebulan kos minyak untuk motor adalah RM20 sebulan. RM20 ini maksudnya motor dia pakai 9 liter sebulan jika minyak RON95 adalah RM2.20.

Maka, bila jimat RM0.30, sebulan boleh ada lebihan RM2.7. Hmmmmmmmmm… apa yang boleh guna RM2.7 untuk perkembangan karier larian kita?

Screen Shot 2018-11-03 at 3.07.10 PM

Sebulan RM2.7, setahun RM32.40. So dengan penjimatan ini, boleh beli :

a. 21 air tin 100 plus 325 liter atau lebih kurang 1.75 tin sebulan
b. Tiket race? haram tak dapat
c. 3 helai Seluar burung brand kalenji  dari dechathlon

dan lain2 fikir sendiri. Apapun itu untuk motor. Kalau anda berkenderaan tunggal kereta, penjimatan anda lebih besar sebab anda pakai lagi banyak liter dari motor.

Oh ya satu lagi. Kalau anda runner dari Kedah / Penang yang ulang alik naik motor pi kerja yang menggunakan jambatan Pulau Pinang sama ada yang baru atau lama, tol bagi motor dah takda. So tol ni kalau tak silap RM1.40 rasanya, maknanya, kalau sebulan kerja 20 hari, jimat RM28 sebulan atau RM336 setahun.

Kalau average harga tiket race adalah RM60, dengan penjimatan ini, anda boleh masuk at least lagi 5 race setiap tahun. Kalau anda race setiap bulan sekarang ( 12 race setahun) so anda dah boleh race 17 race setahun.

Juga kepada runner yang bawak motor guna Second Link di Johor. Semua ni start 1 januari tahun depan, dan berita baik dia, kali ni tak kira berapa cc motor anda. Ducati pun boleh senyum.

Runner yang suka minum air gula tinggi

Alang-alang sebut pasal air tin 100 plus, bagi runner yang suka minum air bergula tinggi sebagai air untuk kasi tenaga agar lari power dan akhirnya PB lalu boleh IG untuk inspirasi mahupun riak, kita kena tambah RM0.40 seliter bagi setiap air gula yang kita minum.

Dalam erti kata lain, harga air bergula basically akan naik. Mungkin instead of dapat 21 tin hundred plus sekarang ni mungkin tahun depan kurang kepada 18 tin.

Contoh sekarang, air 100 plus 500 ml adalah RM1.82 (dari jusco web). So kalau cukai 40 sen seliter, untuk 100 plus kelak harga dia akan naik 20 sen (setengah liter) so harga mungkin baru adalah RM2.02.

Screen Shot 2018-11-03 at 3.58.00 PM

Kalau sekali training beli sebotol air 100 plus, seminggu training 5 kali dengan 2 rest day, peningkatan perbelanjaan adalah RM0.20 x 5 = RM1. So 52 minggu punya training, naik RM52 ringgit.

Dalam erti kata lain, elok-elok boleh race 12 kali setahun, terpaksa buang satu race sebab RM52 tu dah boleh dapat satu tiket untuk race.

Sebagai pedoman berapa harga air bergula tahun ini, saya screenshotkan agar tahun depan kita boleh review sama2 berapa harga dia naik. Mata nak kena helang sikit tengok screen shot ni atau pergi sini.

Screen Shot 2018-11-03 at 3.08.40 PM

Bila cukai air gula ni naik? 1 April tahun depan. Makanya, kalau nak beli buat stok, baik cepat. Kalau tak bancuh air gula sendiri la atau bila ada majlis kawin kengkawan, tapau air kenduri bawak balik rumah. Tak pun paling nak jimat, masa lari esok bawak botol air 3 biji. Sampai kat water station boleh tadah simpan untuk kegunaan training. Gila kalau anda buat macam ni saya tatau nak respect atau apa.

Oh ya…. satu lagi kesan akibat cukai air gula ini saya rasa akan datang sponsorship untuk air gula mungkin berkurang atau tak ada terus bagi race yang kecik-kecik. Ye la… air mahal kut. Sila expect untuk sampai di water station dan minum air kosong.

Runner yang suka race oversea

Bagi runner yang berkemampuan untuk lari race di oversea, ini memang ada direct effect. Kalau anda suka nak pergi lari race Jakarta ke Bali marathon ke…. setiap kali anda fly anda kena tambah RM20.

Kalau anda merancang untuk Tokyo Marathon 2020, anda kena tambah RM40. Cukai ini akan bermula 1 jun. Kalau tanak bayar RM40 ni ada cara sebab melalui bacaan saya, cukai ini berkemungkinan hanya kena pada pengembara udara / air travellers.

Ini bermaksud, kalau anda race kat Thailand naik Ford Ranger dari sini mungkin anda tak kena. Saya rasa la. Tapi kalau nak lagi jimat confirm tak kena, pegi race ikut sungai la. Pegi berenang. Boleh training cardio sekali sebelum race. 😀

Untuk fahaman lebih, RM20 adalah cukai ke negara Asean manakala RM40 negara lain.

Runner yang emmm… ah ni kira cukai online service

Yang ni saya suka. Memang patut pun. Jilake punya Facebook, Spotify, Netflix, korang hangguk duit rakyat Malaysia masuk ke negara korang lepas tu korang tak bayar tax balik ke Malaysia. Banyak cantik korang punya muka. Dah makan duit kita bagi la balik sikit. Dah la collect data kita macam tadah air. Jangan lupa seekor lagi Google. Seekor lagi Grab. Jangan ingat Grab ni Malaysia punya. Singapore punya.

Scenario dia begini. Selama ni, depa bagi servis kat kita, kita pakai. Ada yang free, ada yang bayaq. Yang bayaq ni misalnya nak buat Facebook Ads untuk jual tiket lari. Duit yang penganjur bayar ni keluar buta-buta ke Facebook, dan Facebook tak bayar satu sen pun kepada kerajaan Malaysia.

Dalam erti kata lain, kerajaan Malaysia yang sebelum ni mungkinterlepas pandang atau tak ada orang bagitahu. Imagine macam company saya sendiri main Google Ads sebulan mencecah RM15 K, satu sen pun tak pulang balik pada kita? Canne?

490484

So kerajaan akan kenakan Service Tax pada depa tapi tak didetailkan lagi macam mana. Tax ini namun mungkin effect dia harga servis yang kita guna tu akan naik. Misalnya sekarang tengok Netflix bayar sebulan RM36 tak silap saya so mungkin lepas ni akan naik harga in case Netflix nak pindahkan pulak tax ni pada user semula.

Fikir-fikir balik bila ada tax ni ada kemungkinan rakyat Malaysia yang sendiri bayar, last sekali jilake balik ke kita. Unless kerajaan kita bijak. Dia kena bagi syarat freezekan harga service depa maybe selama 3-4 tahun ke so depa yang bayar instead of kita.

Apa kena mengena dengan larian? Saya amik contoh yang saya pakai. Misalnya Strava. Untuk Strava ni saya bayar yang premium. Harga dia yang saya baru renew hari tu adalah RM239.33. So kalau kerajaan Pakatan Harapan sekarang kebijaksanaan dan pengetahuan dia tinggi dalam hal ini, silap-silap Strava pun kena tax. Kita tengok nanti harga subscription Strava ni naik ke tidak tahun depan.

Spotify tu pun saya rasa banyak juga kena mengena dengan runner. Asal nak lari mesti mau dengar lagu semangat. Apa barang download zaman ni. Semua streaming beb.

Tax ini akan start 1 januari 2019.

Kementerian Belia dan Sukan

Bagi merancakkan arena sukan negara ( mmm tak pasti pernah ada initiatif untuk runner atau tidak selama ni), Kementerian Belia dan sukan diperuntukkan lebih kurang RM 1 billion daripada jumlah RM314.5 billion. Berapa percent tu? Tak banyak la kesimpulan dia.

belanjawan_belia

So kalau berangan nak ada satu initiatif khas untuk runner rakyat macam kita ni, which saya pun tak ada idea lagi apa (takkan nak ada balapan khas sejauh 42km kut apa ke gila), rasa macam mmmmmmmmmm well….

Tokyo Olimpik 2020

Bila kita menang gangsa baru ni dalam marathon sukan sea, so harapnya atlit marathon kita dapat manfaat ini untuk Tokyo Olimpik kelak. Walaupun direct effect belanjawan sebanyak RM100 juta ini tak kena pada kita sebagai runner rakyat, at least harapnya ia akan membantu atlit marathon kita untuk naikkan lagi nama.

Tapi saya tak pasti la pulak nanti Olimpik kita hantar atlit marathon ke tidak tapi kalau ikut logik, kita mesti mau hantar sebab kita at least sukan sea dah dapat gangsa. Hantar memang bukan untuk menang pingat tapi at least hantar sebagai kemenangan yang lebih global kepada runner rakyat, inspirasi beb.

Namun itu kalau ikut logik la cuma realiti hidup ini bukan setakat memerlukan logik, malah memerlukan kelayakan. Bagi acara marathon, masa kelayakan adalah 2 jam 19 minit untuk lelaki manakala untuk perempuan, 2 jam 45 minit.

Screen Shot 2018-11-03 at 3.35.16 PM

Tapi ini kelayakan yang diumumkan oleh team USA. Persoalannya, berapa masa kelayakan untuk team marathon Malaysia?

Anyway, sedikit untuk nak kasi panas pasal olimpik ni, Atlit Leo pecahkan rekod kebangsaan untuk marathon di Tokyo Marathon 2018 dengan catatan masa 2:25:32. Walau bagaimana pun rekod ini tak diiktiraf sebab Leo tak buat ujian dopping sebelum lari. Baca sini untuk detail.

Screen Shot 2018-11-03 at 3.41.37 PM

Untuk rekod kebangsaan perempuan, ini screenshot dia.

Screen Shot 2018-11-03 at 3.41.59 PM

Kesimpulan dia, kalau kita nak hantar atlit marathon untuk Olimpik Tokyo, kalau nak ikut standard USA, jawapannya memang kita tak hantar lah. Sebab qualification untuk itu bagi team USA adalah 2 jam 19. Kita punya hero malaya baru 2 jam 25 minit. Beza 6 minit tu. 6 minit ni untuk pro atlit kira 2 KM jauhnya kalau congakan saya tak silap.

Hari tu masa olimpik rio, Malaysia hantar 32 atlit untuk 10 sukan. Marathon kita tak hantar. Cuma bahagian olahraga, ada 2 atlit. Tak menang pingat apa pun.

Screen Shot 2018-11-03 at 3.27.25 PM

Boleh baca sini untuk detail.

Bangunan Sultan Abdul Samad

Ada peruntukan untuk memajukan dan merestorasi bangunan Sultan Abdul Samad sebagai pusat seni, budaya dan warisan. Saya tak sure berapa tapi effect dia pada dunia larian memang ada.

Sebagai contoh, SCKLM, starting dan finishing adalah di Bangunan Sultan Abdul Samad. Kita sedia maklum bahawa SCKLM ini adalah #1 marathon Malaysia. Bila dah no 1 tu maksud dia yang datang lari untuk SCKLM ni bukan orang Malaysia saja malah orang oversea. Dalam ertikata lain, SCKLM adalah sport tourism yang menjana ekonomi negara.

Maka, kalaulah ada something yang dibuat di bangunan Sultan Abdul Samad ini, boleh benefit dan tarik duit orang asing ni kira bagus juga. Kalau nak fikir memang banyak, tapi setakat yang saya terfikir secara spontan,

a. Premium Room – Bilik premium dalam bangunan ini macam hotel untuk orang duduk sebab esok pagi nak pergi race SCKLM. Bilik kat sini tak banyak sebab bukan hotel. Tapi takkan tak ada bilik yang boleh convert jadi macam hotel. Dapat 5 – 10 jadi la. Sebab tu premium.

Alah macam kat mekah la…. duduk kat hotel clock tower. Bukak tingkap boleh nampak orang tawaf. Ni kat Malaysia, sebagai runner, bukak tingkap boleh nampak orang beratur kat starting line. Indah woooo.

Atau kalau tak bilik premium pun boleh buat bilik style backpackers pun ok. Lagi ramai runner boleh lepak. Untung bertemu jodoh inter-nasional.

b. Runner Cafe / Restaurant – Jangan lupa, bukan setakat SCKLM je start finish kat sini, HSN pun start sini dan beberapa race lain lagi so kalau ada Cafe Runner yang ada juadah fokus pada makanan carbo loading atau post race pun bagus juga untuk tarik duit. Hari minggu block jalan kat sini bagi orang lari so orang datang bukan setakat masa race tapi juga minggu biasa. Nak arts dan culture, letak la info – info lari apa kesetan. Boleh je kalau nak buat.

Lain-lain saya dah tak boleh fikir dah. Anak saya EL LUKH ni dah macam gila dok kacau saya menaip. Saya kira itu sahaja yang saya terfikir kesan belanjawan untuk runner seperti kita, jika anda ada idea lain, boleh tinggalkan komen di post. Ada masa, saya boleh update artikel ini.

Bacaan Lanjut

Laman rasmi belanjawan : http://www.treasury.gov.my/
Statistik dari Malaysiakini : https://pages.malaysiakini.com/budget2019/my/charts/

Kuiz kesan belanjawan kepada anda sebagai rakyat : https://pages.malaysiakini.com/budget2019/my/quiz/

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *