Kesan lama tak training

maxresdefault
Nak minum air pun malas

Lepas werunkl hari tu memang saya tak turun training langsung. Rasa macam dah retirement dari larian pulak. Hari-hari balik kerja layan main dengan anak then makan then layan Hulu.

Saya ingat, ada dekat 16 hari saya bersantai hidup senang lenang.

So sekarang saya nak tulis 10 kesan dalam kehidupan bila dah lama tak turun training larian.

1. Makin gemuk
Saya rasa badan saya dah naik 20 kilo ni. Macam nak lari pun mengah kut. šŸ˜€

2. Makin malas
Saya perasan yang saya sejak akhir-akhir ni makin malasssssssssss je. Salah satu buktinya, nak update blog ni pun malas.

3. Lesu
Mungkin ini faktor kepada kemalasan tu. Badan rasa lesu betul. Lemah tak bermaya gemalai inang-inang.

4. Cepat mengantuk
Dah la lesu, rasa macam nak tidur je. Hari tu saya balik rumah mak abah saya di raub, saya telah mencatatkan rekod peribadi baru tidur malam pukul 10 sampai subuh esok, then pukul 9 pagi saya sambung balik tidur sampai tengah hari. Then lepas tengah hari saya tidur lagi sampaiĀ petang. Gila.

5. Tak fokus
Saya perasan yang saya bila nak start buat kerja je macam tiba-tiba terlayan youtube la. Bila tersedar then baru nak buat kerja balik tiba-tiba saya termain instagram lah…. macam-macam

6. Lemah tenaga batin
Oh ni tipu je. :D. Tak logik langsung. Agak-agakla. Kemonlah…

7. Mimpi lari
Yang ni betul. Tiba-tiba mimpi nak masuk racelah. Mimpi pergi jogginglah. Mimpi pakai kasut running. Mimpi pergi shopping baju lari. Aneh betul.

8. Bila fikir something, rasa cam lembab
Biasa kalau fikir laju je ini bila badan tak cergas, nak congakĀ 6 x 8 pun macam amik masa siap nak kena buka apps. Gila cam system fikir nak render jawapan tu slow betullah.

9. Kurang selera makan
Saya ni kategori tak lah gemuk tapi tak lah kurus kering. Biasa bila turun training, selera makan saya bertambah. Makan mesti tambah 2 kali esp. kalau isteri saya masak. Bila tak training ni cam nak habiskan nasi punyalah siksa.

10. Jiwa tak tenang
Rasa cam berdebar-debar tiba-tiba. Rasa cam tak cukup nafas. Rasa cam, eh ada benda aku kena buat ni tapi aku tak buat. Rasa cam … asal nih? Boleh jadi rythm atau rutin hidup terganggu.. biasa badan dah dipupuk dengan aktivitas tertentu…. bila hilang tu dia rasa cam tak betul navigation jiwa dia.

***

SO, apa yang saya nak kena buat untuk delete semua hal-hal negatif ini? Saya ingat ada 3 benda saya nak kena buat sikit lagi (malam ni jugak)

1. Update blog ni (agar kembali kepada rutin menulis seterusnya berlari)
2. Layan Youtube video-video lari (agar semangat larian tu terpupuk semula)
3. Meditation (agar semua saka negatif yang bertenggek dalam badan ni sprint 800 meter lari dari diri saya)

ESOK PAGI :

MANDI GARAM.

OK. Hopefully semua ok. All the best to me.

Kongsi di :

Comments 2

  1. dollah April 27, 2016

    assalamualaikum…
    sy follower blog ni. boleh x tulis sikit detail pasal carbo loading.

    • khairulazizi April 29, 2016

      Waalaikum salam saudara.

      Terima kasih kerana luangkan masa baca blog ini. Insya allah saya akan cuba tulis tentang carbo loading itu.

Comments are closed.