Kisah Bib salah address

Hari ni ada satu cerita kelakar. Kisah dia begini.

Tengah hari tadi saya buat kerja dalam bilik John Zulazri. Amalina, admin saya ntah kemana saya pun tak tau. Tiba-tiba, pintu ofis ada orang tekan loceng. Sebab malas nak turun, John Zulazri yang pergi tengok.

Beberapa minit kemudian John Zulazri masuk dengan 2 bungkus pos laju. Dia tanya saya, “Sapa Haliza Abdul Halim? Saya kata “What?”

John memberikan bungkusan itu kepada saya. Salah satunya memang saya punya. Saya katakan kepada John, ini mesti bungkusan race kit. Tapi persoalannya, kenapa ada bungkusan untuk orang lain atas alamat ofis ni?

“Gua ingat ini mesti organiser salah hantar ni.” Kata saya.
“Cuba ko try google. Mana tau sekali awek cun? ” Kata John Zulazri

Betul jugak kata John. Mana tau sekali awek cun. Racekit dia ditangan saya. Mestilah saya yang jujur ni nak kena pulangkan kepada dia. Walaupun saya tahu yang saya selalu bernasib malang dengan awek, namun siapa tahu mungkin ini titik perubahan tapir yang bakal mengubah dimensi sosial saya nanti. Lalu saya google.

Haliza Abdul Halim + Runner.

Google memberikan harapan. Namun harapan dia tak berapa nak mari. Melalui bacaan saya, Haliza Abdul Halim ini ada menyertai kursus kejurulatihan atheltic.

Screen Shot 2017-08-04 at 1.10.07 AM

“Dude…. ini level coach ni. Bukan awek. Takkan awek jadi coach. Agak mustahil. Kalau coach mesti dah tua” Kata saya kepada John. Di dalam hati, saya dah agak dah. Kalau bab awek, saya mesti bernasib malang. Mungkin kuasa atau aura isteri saya kuat mem-protect saya dari hal-hal yang biasanya dipandang negatif ini.

John cuma mengganguk tanda setuju. John kemudian berkata. “Tak semestinya dalam dunia ni ada satu je Haliza Halim. Mungkin tu Haliza coach. Yang bib ni Haliza hot.” John nampaknya memberikan harapan.

Tiba-tiba saya macam terdapat idea.

“Dude, apa kata kita bukak racekit ni tengok contact person dia sapa. So boleh call. At least boleh bagitau bila nak pulang balik bib ni pada tuan dia”

John menangguk lagi. Kali ini, anggukannya siap dengan ekspressi muka yang kagum dengan idea genius yang bakal menemukan dengan awek misteri Haliza Abdul Halim.

Saya membuka racekit tersebut. Di dalam nya ada baju, dan juga bib. Di bib tersebut ada nama seorang lelaki dan no phone.

“Sekali laki da contact person dia…..” kata saya kepada John. John membalas, “Memang la lelaki tapi mana kau tau ntah-ntah ni bukan husband dia ke… maybe adik dia ke?” Betul jugak kata John. Dekat contact person tu kita boleh tulis sapa-sapa je. Nama kucing kita pun boleh letak tapi kalau emergency kucing kita tak boleh angkat phone call.

Saya lalu mengambil telefon dan membuat panggilan. Agak 2 – 3 kali cuba namun tak dapat. Sejak kebelakangan ini line Maxis memang teruk macam haram. In fact, kawan saya (bukan John tapi orang lain) siap call Maxis dan buat complaint. Mana tahu ada tower jahanam area Bukit Jalil ni.

Tiba-tiba saya terdapat satu idea lagi. Saya memusingkan baju. Saya tengok size baju. John hanya memerhati. Demmmmmmm…. saya mengankat baju dan menunjukkan size baju kepada John. John ketawa terbahak-bahak.

XL.

Maaf. Bukan nak mempermainkan apa tapi cara John gelakkan saya memang feel dia celaka. John kata kepada saya. “Dah la tu… kalau baju tu size S atau M ok jugak”

Saya katakan kepada John yang fine. Tak kisahlah size apa tapi apa yang penting baju ni nak tanak kena pulangkan jugak. Kesian la akak ni nanti nak lari esok canne. Kang dia complaint kat organizer baju dia tak dapat walhal baju dia dah dihantar tapi cuma salah alamat. Saya lalu whatsapp lelaki yang menjadi contact person tersebut. Ini perbualan whatsapp kami.

[1:26 PM, 8/3/2017] Saya : salam bro
[1:26 PM, 8/3/2017] Saya : nak call line teruk
[1:26 PM, 8/3/2017] Saya : organiser salah hntar racekit
[1:26 PM, 8/3/2017] Saya : dia antar ke my ofis
[1:27 PM, 8/3/2017] Saya : staff saya main amik je
[1:27 PM, 8/3/2017] Saya : bila saya buka tgk2 org lain punya

[2:15 PM, 8/3/2017] lelaki itu : Oh yeke
[2:15 PM, 8/3/2017] lelaki itu : Mcmana nk ambil semula ye?

[2:16 PM, 8/3/2017] Saya : tu la ofis saya di bukit jalil
[2:17 PM, 8/3/2017] Saya : rumah kinrara

[2:17 PM, 8/3/2017] lelaki itu : Ok adik sy kerja area sana
[2:17 PM, 8/3/2017] lelaki itu : Bg address company
[2:17 PM, 8/3/2017] lelaki itu : Nnt sy minta adik sy amikkan

Tiba-tiba macam langit bersinar semula. Bunga yang layu menjadi kembang. Cahaya matahari bersinar-sinar. Tuan punya baju size XL tadi sudah tidak menjadi fokus. Saya katakan kepada John yang lelaki contact person ni nak suh adik dia amikkan sebab adik dia kerja area Bukit Jalil. John kata kepada saya, “mana ko tau yang adik dia perempuan?”

Saya katakan kepada John, “Kita mesti think positive. Tuhan memang uji kita tapi kita kena percaya yang satu hari nanti tuhan bagi jackpot kat kita. Gua rasa adik dia ni pompuan ni. Instinct beb instinct” balas saya bersungguh-sungguh.

Seketika, lelaki itu mesej lagi. Saya membaca. Kemudian saya terketawa besar. Saya tunjukkan mesej tersebut kepada John. John turut ketawa besar. Kali memang kami ketawa gila-gila punya.

[2:19 PM, 8/3/2017] lelaki itu : Racekit tu utk mak sy

Nampaknya tuan punya baju XL memang dah hancur harapan. Harapan seterusnya adalah untuk bertemu dengan adik lelaki ni yang harapnya seorang awek ( yang hot ).

Saya memberikan alamat ofis kepada lelaki tersebut untuk diberikan alamat itu kepada adiknya. Lelaki tersebut juga tanya habis ofis pukul berapa, saya katakan yang pukul 6-7 tapi kalau adik dia nak datang ambik bagitau saja saya tunggu.

Tidak lama kemudian, lelaki tersebut mesej balik. Kali ini paling jackpot. Saya ketawa macam nak gila. Saya tunjukkan pada John Zulazri. John ketawa lagi gila sampai keluar air mata.

***

Sejujurnya saya memang selalu tak ada luck kalau bab awek-awek ni. Mungkin sebab saya ini dah kahwin. Tapi jangan salah faham. Bukan serius pun. Biasalah orang lelaki kalau dah kawin 3 pun kalau bab awek mesti cerah biji mata. Normal la tu. Sebab bukan GAY. Anyway, untuk sambung semula cerita yang kelakar ini, saya siap screenshotkan whatsapp sebagai penutup kisah salah hantar bib kepada ofis saya kali ini agar feel anda baca tu real macam feel saya dan John baca tadi. Hariz adalah nama lelaki contact person tersebut.

IMG_0749

P/S Amalina tu admin atau staff saya. So adik kepada lelaki contact person ni adalah Amalina. Dan rupanya baju tu baju mak Amalina. Tak tau pulak yang mak dia pun minat larian. So cite dia bukanlah salah alamat hantar bib pun. Cuma yang salah sangka adalah saya dan John. Manalah saya tahu nama mak semua staff saya.

Tapi John cakap satu la. “You are right on adik dia memang perempuan”

KAH KAH KAH KAH KAH

 

 

 

 

 

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *