Kisah kura-kura dan arnab Pt 2

Beberapa hari sebelum race Natura beberapa minggu lepas, saya ada hantar gambar instagram dengan caption “Harap Podium”. Ada juga saya letak #confiedntmenangkalahtakpe. Ini semua hanyalah angan-angan yang tak kosong, tapi adalah untuk memberi semangat positif pada diri saya walaupun ia adalah level fantasi.

Sebenarnya kalau saya nilai balik dan nilai dengan sebenar nilai pada diri saya ini, saya rasa memang mungkin saya akan naik podium untuk terima hadiah acara larian ini dalam kehidupan yang lain. Itupun kalau saya dilahirkan di Kenya, dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke Malaysia dan memasuki pertandingan marathon di sini. Berdasarkan 3 tahun berlari, saya rasa tempat terbaik yang saya pernah capai pun dalam no 27. Belum top 10 lagi pun.

So, untuk #harappodium, kalau berfikir dengan waras, memang takkan punya.

Namun setelah saya menonton semula kisah kura-kura dan arnab semalam, saya mendapat ilham baru dan pengajaran yang bermakna sebagai seorang runner. Kita tidak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan adakah apa yang kita mahu dalam hidup kita ini menjadi realiti atau kekal fantasi. Semasa saya membayangkan saya di atas podium sedang tersengih, hati saya berkata :

“Mana kau tahu sekali masa ko lari, semua runner keliling kau kaki dia cramp?”

Boleh jadikah begini? Mungkin boleh. Mungkin 1 dalam sejuta. Mungkin air di water station ada something wrong dan sapa yang minum kaki dia cramp dan kebetulan waktu itu saya bawa botol air? Mungkin cuaca sejuk. Mungkin ramai yang tak sempat panaskan badan betul-betul.

Sebenarnya segalanya mungkin, namun yang pasti, kita jangan berhenti dari membentuk matlamat dalam diri dengan jelas dan nyata. Jika kita gagal bab ini, kemungkinan untuk gagal menjadi sebuah kepastian.

Saya lihat antara faktor kejayaan kura-kura menewaskan arnab adalah kerana kura-kura seekor yang sabar, dan buat habis baik serta tidak putus asa. Manakala punca arnab tewas adalah kerana overconfident, ambil mudah dan of course, berhenti kejap untuk tidur. Ini semua kerana dia anggap kura-kura takkan menang dengan dia punya.

SO, berbalik kepada kita, saya twist sikit.

Kita jangan memandang diri kita lemah. Kita jangan anggap diri kita mudah tewas. Dan kita jangan ambil mudah dalam training kita. Kita jangan pandang diri kita ini hina. Kita tukar persepsi. Kita boleh berjaya apa yang kita nak. Kita jangan putus asa dan keep trying dan terakhir, kita buat sehabis baik dan beri effort 100%.

Pada akhirnya walaupun kita tidak berjaya naik podium antara runner lain, sekurang-kurangnya, kita berjaya naik podium kita sendiri berbanding dengan kita yang dulu. Podium yang ada pada race itu cuma fizikal. Podium batin yang ada dengan kita, sebenarnya kalau kita sedar, bila-bila masa sahaja kita boleh melangkah setapak naik ke level yang lebih mulia.

PB bagi saya bukan sekadar Personal Best. Tetapi kalau nak translate bahasa melayu, dia jadi Podium Batin.

Kongsi di :