Kisah kura-kura dan arnab

Semua orang di Malaysia pasti tahu tentang kisah kura-kura dan arnab. Ia adalah tentang bagaimana kura-kura menewaskan arnab dalam satu pertandingan larian untuk membuktikan siapa lagi laju. Di akhir cerita, kura-kura menang dan arnab tewas, walaupun secara fizikal, arnab mempunyai 1001 macam kelebihan berbanding dengan kura-kura.

Sewaktu saya kecil dahulu, di tv ada animasi kisah teladan ini. Bagi yang tidak pernah menontonnya, saya sisipkan animasi ini yang diambil dari youtube. Tidak diketahui sama ada kura-kura dan arnab bertanding fun run 5K, 10 K, half marathon mahupun full marathon. Tetapi yang nyata, di akhir cerita kura-kura menang diatas kesombongan si arnab. Semoga bermanfaat.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_