Kitab beli basikal

Sebelum raya haji hari tu saya ada pi beli basikal. So cite dia gini.

Kan training plan 10K beginner tu ada crossover, baca Siri Milestones : #02 – Training untuk 10 K, so saya fikir saya kena ada basikal kat rumah ni. Tapi memang ada basikal dah cumanya semua basikal EL. Takkan saya nak naik basikal EL kejadah. So saya pun study la pasal basikal ni.

Namun begitu, ghupenya basikal zaman sekarang ni dah tak macam zaman dulu. Pegi kedai boleh beli je. Ghupanya bapak la complicated. Frame la, groupset la. Pulak tu rege bapak yahudi. Saya rasa kalau saya beli basikal yang rege yahudi ni mau menyesal nanti. So saya decide untuk beli basikal biasa dulu sementara tengok canne kalau boleh pergi jauh, baru beli basikal yahud tu.

Now, memula saya pergi decathlon. Tengok punya tengok last2 terbeli basikal untuk EL. Oklah, sebab basikal biru dia tu dah kecik sangat (since dia pun dah besar sikit) at least kalau jogging dengan dia yang naik basikal tak la struggle sangat member tayar kecik. Basikal baru EL ni pulak brek dia cam mari. So happy la dia. Tapi basikal saya tak beli jugak. Sebab saya tengok harga basikal kat decathlon ya alloh bapok mahei.

So saya pun KIV dulu. Tunggu punya tunggu dah makan minggu. Makin lama training plan makin berjalan. Asal weekend untuk crossover je tak buat apa. Last2 saya decide ahhh pergi je la kedai mana-mana then beli.

Google kedai paling dekat dengan rumah ni ada la jumpa kedai kat equine park. Ni address dia.

Yang kat kinrara ni ada kedai basikal tapi kedai basikal elite. Tak larat saya nak masuk. Seram. So bila pegi kedai WS Advance ni saya tengok ramai jugak bro-bro tengah usha basikal. Ada satu kumpulan bro natnalek (saya rasa depa ni budak bujang lagi) tengah saling bakar membakar diri memasing untuk beli basikal. Uncle kedai ni pulak sibuk tengah layan depa. So melangut la saya seorang diri tatau nak beli basikal apa.

Agak makan setengah jam baru Uncle kedai ni tanya saya nak beli basikal apa. Since saya dah lama usha basikal kat situ saya pun tunjuk satu basikal ni. Brand SPX. Warna itam matte dengan oren skit2. Saya tanya dia yang tu saiz saya ke. Uncle tu kendian tunjuk yang lain yang saiz saya. Oklah. Saya tanya basikal ni ok ke tak. Dia kata ok (bila fikir balik of course la dia kata ok, tapi tak kisah la).

Uncle tu kendian bagitau yang basikal ni gear dia ada 12 (ke 11 ntah) so macam laju la. Lagipun tayar dia besar sikit (saya pun tak berapa paham lagi so saya iyekan jelah). Cuma bila saya test duduk rasa macam tinggi sangat (since saya ni orpen – orang pendek). Uncle kata takpe dia boleh potong kasi rendah skit.

Saya pun, oklah. Malas nak pikir panjang terus confirm. Uncle tu kata ke saya u tamau test dulu ke? Saya tanya boleh ke? Dia kata boleh. Uncle kendian bawak basikal tu keluar dan saya pun test seround dua. Disebabkan masa tu stamina saya memang level anak kucing, so baru dua tiga kali kayuh dah macam menyesal.

Pusing tak jauh mana, saya kendian sampai semula kedai. Masuk dalam bayar (tak silap saya harga dalam 2K rasannya) then Uncle pun start buat kerja potong besi. Bila siap Uncle tolong bawak masuk letak dalam kete Mat Fordy saya. Tapi sebelum tu dia nak amik gambar dulu nak letak kat FB. OKlah. Ni gambar dia. Gaya macam nak beli basikal buat pergi kebun pun ada. Tak atletik langsung.

Now, basikal ni nak masuk dalam Mat Fordy tak berapa nak muat rupanya (Mat Fordy adalah seekor Ford Ranger). Tapi rupanya basikal ni tayar depan dia tu cam ada klip je so senang je nak cabut. Bila cabut muat masuk dalam. Settel masalah.

Maka saya pun balik dengan muka senyum la sebab sekarang dah ada basikal. Crossover nanti boleh main basikal ni. Satu lagi bukan apa. Sebab EL dah ada basikal baru so. petang-petang boleh ride dengan EL.

Ok sekarang masuk bab kelakar bangang. Yelah, sebab kita sekarang dah ada basikal la katanya so mesti la bila kita ride nanti kita nak update dalam Strava. Kat Strava, selain dari boleh add kasut untuk lari, rupanya boleh add basikal jugak. So bila kita ride, kita boleh pilih la basikal mana kalau kita kaya basikal.

Bila nak add basikal ni dia tanya pulak berat basikal tu berapa. Field ni compulsory so kalau tak isi takleh proceed. Takkan saya nak tanya Uncle kedai tu pulak makanya saya pun google lah basikal ni berat dia berapa.

Nak dijadikan cerita, agak makan minggu jugak saya browse cari basikal ni tak jumpa2. Puas saya google, “SPX QR3 mountain bike”. Haram satu pun tak jumpa. Tapi tulah dia, cari punya cari, last-last saya jumpa juga basikal ni hari ni.

Rupa-rupanya, basikal ni nama dia bukan SPX, tapi XDS. Apa punya bangang daaaa patut la selama ni saya pikir, apsal la depa ni bodo sangat tampal sticker nama tu terbalik rupanya2 saya yang bangang. Adoiii betul punya dah tua daaaaa….

Ini logo dia. Kalau kita tengok logo ni sambil kita ride meaning dari atas seat kita, tak ke nama dia SPX?

Ini detail dia.

Anyway, disebabkan basikal ni mountain bike, saya namakan dia Aljibal. Dan bagi mengenang kisah bangang SPX, nama basikal dipanjangkan lagi menjadi Aljibal SPX. Semoga basikal ini memberi satu anjakan paradigma dalam kerjaya larian saya. AMIN.

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *