Kosong, satu dunia

Sepanjang saya berlari di Bukit Jalil, tidak pernah saya lari seorang diri. Ya, betul, saya lari seorang diri pada hari itu. Tidak ada pelari lain melainkan saya seorang diri. Sebabnya petang itu hujan lebat gila, dan berhenti pada waktu hampir senja. Saya pula, ketika itu “insist” untuk lari juga, dan berdoa agar hujan berhenti sejurus saya tiba.

Tuhan, apabila mendengar dan memperkenankan doa hambanya, kita terasa yang kita disayangi tuhan. Tapi bila tuhan, tidak memperkenankan doa kita, kita sama ada rasa mungkin ada hikmah di kemudian hari, atau kita terus sahaja marah pada tuhan dengan ayat terakhir, “Bukankah aku hambamu?”. Lalu, tanpa sedar, kita melalui dunia ini seorang diri. Kita menjalani hidup tanpa yang SATU. Tuhan tidak pernah meninggalkan kita, tapi kita memilih untuk meninggalkanNYA.

Ah… perbualan seseorang dengan tuhan adalah perbualan seseorang dengan tuhannya. Biarkan begitu. Merasai, kekosongan adalah perlu sekali sekala agar kelak, bila kita sentiasa berada denganNYA, kita lalu merasakan hidup ini penuh, sepenuhnya. Ini adalah gegambar yang saya rakam, pada hari dimana satu dunia ini kosong.

Hari dimana aku sesat dalam AKU.
Sesat kerana kosong, dan kosong kerana tidak ada KAMU (KAU)

11085092_1635096813393100_1669685218_n

10956809_1560763130840942_905747574_n

11137881_910569185669849_1970501658_n

11092982_452427761601120_1157868560_n

10448995_802591569829459_436168429_n

11138022_747264358721751_1785805856_n

11111500_1071902599491803_1590873870_n

“Tuhan, jangan pernah aku tinggalkan KAU lagi walau dalam jalan yang telah KAU luruskan….”

Kongsi di :