Lagi kisah basikal Kitab

Hari tu saya tulis pasal saya cari basikal sebelum raya haji, yang ini cerita sebelum tu lagi, maknanya sebelum raya haji, sebelum beli basikal SPX yang power tu.

Saya ada call pakcik saya. Pakcik saya ni adik abah saya. Dia sekarang kerja kat Media Prima. Dulu dia kerja askar tapi pencen awal. Pakcik saya ni maybe sekarang umur dia 45 something tapi belum 50. Saya panggil pakcik saya ayahcu.

Borak punya borak baru saya tahu rupanya dulu ayahchu main ironman. Saya tak sure dia buat berapa kali dan tak sure pulak timing dia tapi boleh tahan la gaya dia cerita. Of coursela askar kut. Sebab saya nak beli basikal tu saya ada tanya dia sebab sebagai finisher ironman, dia mesti tau jenis-jenis basikal yang elok. Take note saya bukan nak masuk ironman ok ni nak beli basikal untuk crossover sahaja.

Bila berbual dalam telefon biasala bukan nampak muka. So sembang punya sembang, bila saya kata saya tengah usha basikal, dia kata ke saya dulu masa dia buat ironman dia pakai basikal giant je.

Saya macam, wow. Pakai basikal giant je? Walaupun vocab basikal saya kelaut tapi at least saya pernah dengar la brand basikal contohnya cervelo ke specialised ke trek ke bmx ke. Bila ayahchu bagitau dia pakai basikal giant je terus saya terfikir, brand basikal tidak menentukan kehebatan kayuhan. Yelah. Beli basikal kat giant pun boleh masuk ironman? Lagipun zaman dia buat ironman tu zaman bila. So logik la mana ada basikal cervelo ke hapa zaman tu macam hari ni. Zaman tu berapa ramai sangat nak buat ironman ni.

So kami pun borak lagi.

Saya dapat tahu juga yang ironman sebenarnya bukan setakat yang full dan half, ada yang lagi kecik. Ayahchu siap bakar saya suh masuk ironman saya kata takpelah, takat beli menan ironman OK.

Bila habis borak saya cerita kat bini saya pasal ayahchu saya buat ironman pakai basikal giant. Isteri saya pun cam wow. Tengah sembang tetiba wassap saya masuk. Saya tengok ayachu saya ada send gambar. Ini screenshot wassap dia.

Saya rasa saya memang kena jumpa ayahchu saya atau kawan saya yang main basikal la, berguru 3 jam download semua ilmu perbasikalan. Sayur gini…. brand basikal pun tak tau. Apa nak jadi.

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *