Lagu : Oleh John Newman

Kemarin saya beli lagu baru dari iTunes. Lagu ini saya jumpa di ending credit film Edge of Tomorrow. Dan semalam, saya sync dengan iPod untuk bawa lari. Hasilnya saya pecah rekod 5K dimana pace paling cepat untuk larian semalam adalah yang terbaik saya pernah lakukan iaitu 6:47/km dengan jumlah catatan masa 33:57.

First time saya cuba 5K adalah pada bulan 4 tahun 2013. Waktu itu, Pace saya cuma 9:13/km dengan catatan masa 47:09. Rupanya hampir setahun lebih lamanya untuk berubah menjadi lebih baik.

Oh ya. Kawan runkeeper saya sudah bertambah lagi 5 orang. Semua mereka ini adalah budak internship di office saya. Saya paksa mereka lari sebulan 25KM dan siapa yang berjaya achieve jarak ini saya bayar extra RM50 untuk allowance kecergasan. So, dalam erti kata lain, bukanlah paksa pun tapi cuma saya nak mereka expose dengan larian seawal yang boleh. Hujung tahun ini waktu habis internship saya nak interview setiap orang apa yang mereka belajar dari larian.

Kawan runkeeper datang dan pergi. Hanya yang benar-benar sejati, hidup semati.





Kongsi di :