Lagu : When I go

Dalam kereta menuju ke Kampung Bangsar, di Spotify lagu ini sedang dimainkan. Lalu terjadilah perbualan suami isteri.

Suami : Ok. Now I want to ask u a question. What is this song all about?

Isteri : Hmmm… kalau buat keputusan kena firm?

Suami : Mmmm okla…. boleh terima.  Tapi tu jawapan Fun Run 5K. I nak jawapan yang lebih dari tu. Lagi dalam… lagi … feel. Tolong feel sikit. Tolong.

Isteri : Ai… jawapan pun dah ada macam running ni. Ini memang dah mengada.

Suami : Eh mestilah. Baru deep. (buat muka)

Isteri : Ok… kalau macam tu… mmm …bila dah sampai hakikat, tak patah balik syariat?

Suami : Haaaa ini yang kita mahu. Barulah jawapan level Ultra 100K. Bila dah sampai one-ness, tak patah balik pada duality….  bila dah dapat jawapan…. tak patah balik pada persoalan…. bila dah hidup… tak mati semula.

Dan sesampainya di Kampung Bangsar, sang isteri dihadiahkan makanan yang sedap sedap sebagai reward…. begitulah adanya kisah suami dan isteri.

Langkah seterusnya
Baca lirik

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_