Laporan Prestasi Kemajuan Larian – LPKL : lariansebuahkitab.com


MAKLUMAT ASAS


Nama Pelari : lariansebuahkitab.com
Umur : 36 tahun
Jantina : Lelaki Sejati
Asal / Tempat Kelahiran : Kuala Lipis, Batu 0


TARGET



999 KM dalam tahun 2015


GRAPH TAHUNAN


Screen Shot 2015-06-22 at 1.16.29 AM

Screen Shot 2015-06-22 at 1.16.39 AM


JAN 2015


Laporan bulan pertama. 31 hari lepas buat azam nak lari 999 KM. Agak bertenaga dan rasa boleh pergi lagi jauh. Walau bagaimanapun, ada elemen “simpan dulu”. Pencapaian larian adalah 8% dari target dengan baki distance 92%. So far so good. Keep up the good spirit. Dengan kadar yang sebegini, positif boleh berjaya mencapai target.

10903213_822160257844649_1216190877_n

Bahan Sokongan :

Strava January MTS : #74/261 Malaysia, #28,736/65,074 Global. Jumlah jarak larian tempat pertama untuk pelari Malaysia adalah 340 KM dengan 19 larian. Average larian per KM bagi runner tempat pertama adalah 17.89 KM sekali lari berbanding 4.8 KM sekali lari bagi lariansebuahkitab.com

Screen Shot 2015-03-01 at 1.14.23 PM

Screen Shot 2015-03-01 at 1.11.46 PM

***




FEB 2015


Laporan bulan kedua. Ada hampir separuh penurunan kadar larian berbanding bulan Januari. Total distance larian cuma 38.8 KM berbanding dengan 81.7 KM bulan Januari. Jarak tercapai adalah 4% sahaja. Faktor kepada penurunan kadar ini adalah kerana pelari rehat selama 2 minggu akibat kecederaan yang dialami selepas Half Marathon Nike #werunkl. Ini adalah race 21K pertama bagi pelari dan 14 hari berehat adalah yang paling minimum. Jumlah distance larian adalah 12% dari target dengan baki distance 88%. Secara keseluruhan, gagal untuk maintain berada pada aras keselamatan selesa dan harus perbaiki pada bulan hadapan.

10979595_1060590527300951_1601762603_n

Bahan Sokongan :

Strava February MTS : #149/263 Malaysia, #41,936/60,180 Global. Jumlah jarak larian tempat pertama untuk pelari Malaysia adalah 313 KM dengan 37 larian. Average larian per KM bagi runner tempat pertama adalah 8.45 KM sekali lari berbanding 6.5 KM sekali lari bagi lariansebuahkitab.com

Screen Shot 2015-03-01 at 1.15.28 PM

Screen Shot 2015-03-01 at 1.08.20 PM

***


MAC 2015


Laporan bulan ketiga. Dari 12% bulan feb naik 7% menjadikan total distance terkini 19%. peningkatan melebihi 6% adalah sebagai tanda sedia GST nyata memberangsangkan berbanding bulan lepas. Namun secara skala purata untuk bulan ketiga, didapati ketirisan berlaku sejauh 56.1km. Untuk bulan April diharapkan julat ketirisan dikecilkan hingga 60% bagi memastikan tahap fiskal larian, selesa dan ini bakal menaikkan keyakinan para pelabur untuk terus membuat automasi pelaburan dalam kadar kompiten.

10956795_406425982870047_48632429_n

Bahan Sokongan :

Strava March MTS : #108/312 Malaysia, #35,612/76,234 Global. Jumlah jarak larian tempat pertama untuk pelari Malaysia adalah 340 KM dengan 15 larian. Average larian per KM bagi runner tempat pertama adalah 22.66 KM sekali lari berbanding 5.62 KM sekali lari bagi lariansebuahkitab.com

Screen Shot 2015-04-01 at 10.09.18 PM

Screen Shot 2015-04-01 at 10.10.24 PM

***


APR 2015


Laporan bulan keempat. Total distance terkini adalah 26% dari target. Sepatutnya by bulan keempat ini kalau mengikut jarak patut lari adalah harus mencapai 33%. Ketirisan 7%. Kecederaan lutut akibat #HLTR2015 nyata memberi impak yang besar. Pelari berhenti berlari dari 25 Apr hingga 16 May. 16 hari cuti sakit.

11192780_421299474711261_1551923722_n

Bahan Sokongan :

Strava April MTS : #93/302 Malaysia, #35,582/79,961 Global. Jumlah jarak larian tempat pertama untuk pelari Malaysia adalah 401 KM dengan 52 larian. Average larian per KM bagi runner tempat pertama adalah 7.71 KM sekali lari berbanding 5.28 KM sekali lari bagi lariansebuahkitab.com. Bulan ini memperlihatkan satu standard baru bagi tempat pertama telah ditetapkan dimana buat pertama kali jarak mencapai 400 KM berbanding 3 bulan lepas sekitar 300 KM sahaja.

Screen Shot 2015-05-13 at 11.00.01 PM

Screen Shot 2015-05-13 at 11.00.20 PM

***


MAY 2015


Bulan May adalah bulan segala duka lagi sengsara. Bulan dimana, kesangsian dalam diri menjadi kabus bagi pandangan mata zahir dan batin. Bulan dimana, larian pelari ini paling barai tahun ini. Jumlah jarak yang berjaya dicapai cuma 31.44 KM. Sangat sedih, dan mendukacitakan. Overall pencapaian adalah 30% daripada target asal. Namun, bulan ini pelari telah buat back to back 2 Race iaitu Melawati Run 10K dan juga Kuantan Half Marathon 10K. Cubaan pelari untuk menambah jarak melalui latihan larian untuk kedua race ini nyata tidak membuahkan hasil sangat. Jika bulan lepas meletakkan standard paling tinggi bagi pelari ini maka bulan ini meletakkan standard paling rendah buat dirinya. Setiap pelari ada titik jatuhnya. Dan ini mungkin titik jatuh yang paling dalam buat diri pelari. Barangkali, dalam hidup, kadangkala kita cuba menjadi yang terbaik, tetapi akhirnya, kita menjadi yang terburuk.

11250636_845299338889421_1699203137_n

Bahan Sokongan :

Strava May MTS : #198/237 Malaysia, #57,310/86,818 Global. Jumlah jarak larian tempat pertama untuk pelari Malaysia adalah 371 KM dengan 49 larian. Average larian per KM bagi runner tempat pertama adalah 7.57 KM sekali lari berbanding 5.16 KM sekali lari bagi lariansebuahkitab.com. Pelari no 1 saudara Munintaran Sundram telah mengungguli carta tempat pertama sebanyak 2 kali tahun ini.

Screen Shot 2015-06-22 at 1.12.08 AM

Screen Shot 2015-06-22 at 1.08.35 AM

***



Kongsi di :