Laporan Prestasi Kemajuan Larian – LPKL v2.0

Setelah saya menulis draft pertama LPKL (baca sini) saya decide untuk buat sedikit ubahsuai agar LPKL ini boleh dimanfaatkan lagi secara umum-spesifik oleh runners lain jika berminat untuk guna. Maka saya decide untuk menjadikan LPKL lebih terbuka, dan tidak hanya menjurus kepada target untuk distance sahaja. So ini LPKL v2.0.

Pendahuluan
Laporan Prestasi Kemajuan Larian ini atau LPKL adalah bertujuan untuk merekod kemajuan larian secara bulanan agar mengingatkan diri seorang pelari untuk sentiasa bermotivasi bagi mencapai target yang telah diletakkan oleh seseorang pelari dalam tahun tersebut. Dalam ertikata lain, sentiasa mengingatkan seorang pelari agar jangan tersasar dan cuai dan leka dan malas untuk lari yang boleh menyebabkan pada kegagalan untuk capai target tadi.

Elemen LPKL
Agar LPKL sentiasa standard secara umum, walaupun berbeza content secara spesific, LPKL harus mempunyai struktur elemen yang sama. Setiap LPKL mestilah mempunyai 7 elemen:

a. Mempunyai latarbelakang asas pelari
b. Mempunyai Target
c. Mempunyai Laporan Bulanan
d. Mempunyai Bahan sokongan
e. Direkod 12 kali setahun
f. Graph kemajuan tahunan
g. Kesimpulan hujung tahun / Laporan Ulung Emiretus Hujung Tahun

Target
Target adalah matlamat yang ditetapkan oleh pelari itu sendiri dalam tahun itu. Ia boleh jadi :

a. jumlah jarak larian setahun
b. frekuensi race yang disertai setahun
c. frekuensi larian setahun
d. jumlah medal setahun
e. jumlah lokasi larian setahun
f. ( sila beri cadangan )

Sebagai contoh pelari menetapkan matlamat untuk mencapai jarak larian 365 KM setahun. Maka ini adalah target tahunan pelari dan LPKL adalah kaedah laporan untuk memastikan pelari berjaya mencapai target ini.

Kaedah Merekod
Di zaman moden serba canggih ini tidak ada sebab untuk seorang pelari tidak dapat merekod lariannya sendiri. Kebergantungan kepada jurulatih tidak menjadi masalah. Walaubagaimanapun, terdapat cara-cara yang berbeza untuk merekod bergantung kepada target seorang pelari itu. Antara kaedah yang dicadangkan :

a. Penggunaan Apps
Sila guna apps untuk merekod setiap larian. Ada macam-macam apps untuk larian. Sila baca sini. Dalam kes ini, pelari blog ini menggunakan apps terhebat termasyur terbaik Runkeeper.

b. Penggunaan Imej Digital
Kaedah ini sesuai jika pelari membuat target untuk mengumpul sejumlah medal setahun.

c. Penggunaan Video
Kaedah ini sesuai jika pelari membuat target untuk jumlah lokasi larian setahun.

Secara kesimpulan, terdapat banyak cara untuk merekod namun terpulang kepada kreativiti pelari bagaimana untuk merekod perjalanan atau aktiviti larian yang sesuai dengan matlamat / target masing-masing.

Kaedah Melapor
Sila buat screenshot daripada apps atau paparan imej atau paparan video untuk pembuktian capaian kepada jumlah larian berkadar dengan masa. Pastikan juga jumlah target larian terpapar di dalam visual yang sama. Screenshot boleh diupload ke IG untuk dihebahkan kepada juri-juri awam. Screenshot hendaklah diprint dan dimasukkan kedalam file larian untuk sessi soal jawab bersama ibu bapa. Screenshot juga boleh diwhatssapp secara peribadi kepada mentor larian untuk sessi check & balance. Langkah terakhir adalah memasukkan screenshot di dalam blog sendiri jika ada blog untuk tatapan umum.

Bahan Sokongan
Sila masukkan bahan-bahan sokongan dalam laporan jika perlu. Bahan sokongan adalah material tambahan yang disertakan sebagai bukti dan motivasi bagi pelari agar ia menjadi pemangkin untuk terus maju. Sebagai contoh :

a. Untuk pelari yang mempunyai target jumlah race tahunan
Boleh sertakan imej BIB Larian

b. Untuk pelari yang mempunyai target lokasi larian tahunan
Boleh sertakan tiket kapal terbang

Frekuensi Laporan
Cukup sekadar sekali sebulan. Tak payah buat tiap-tiap hari nanti bukannya orang menyampah, diri sendiri pun boleh menyampah. Jumlah laporan pada akhir tahun mesti ada 12 screenshot.

Integriti Laporan
Amaran kepada pelari. Jangan menipu. Pamerkan integriti dan amanah tuhan dengan paling terbaik. Sekiranya ada cubaan untuk mentouch-up laporan agar nampak berjaya, anda bukan runners sebenar. Sesungguhnya jangan sekali-kali mencurangi diri sendiri kerana kelak kamu akan mencurangi sesiapapun dalam hidup kamu.

Graph Kemajuan Tahunan
Sila sertakan sekali satu graph tahunan yang memaparkan kemajuan dan perjalanan target. Tujuan graph ini adalah untuk melihat secara penuh kadar pencapaian sama ada meningkat atau menurun secara perbandingan bulanan. Boleh sertakan perbandingan dengan nilai yang lain sebagai perbandingan motivasi. Sebagai contoh, meletakkan jumlah larian top runner lain dengan jumlah larian sendiri di dalam graph yang sama.

Laporan Ulung Emiretus Hujung Tahun
Sila buat satu karangan rumusan pada hujung tahun apabila sudah mempunyai 12 screenshot. Karangan rumusan ini hendaklah tidak melebihi 300 patah perkataan. Sila nyatakan faktor kejayaan atau faktor kegagalan dan lain-lain hal yang berkaitan serta dirasakan perlu. Pastikan tulisan bermanfaat untuk orang lain dan jangan over kalau berjaya dan jangan putus asa kalau gagal.

Laporan boleh juga disertai dengan visual-visual tambahan seperti imej digital atau video digital.

Laporan juga boleh dirumuskan dalam bentuk infographic yang ringkas dan padat secara statistik.

Expectation Awam (Fans, Haters, readers, etc)
Semua orang ada mulut. Allah tak suruh kita tutup mulut orang lain. Allah suruh kita tutup mulut kita dan jaga stering masing-masing.

Lain-lain
Akan diupdate jika perlu. Sebarang cadangan sangat dialu-alukan.

P/S : Ini adalah draf kedua dan setelah menulis ini, saya rasa semacam ada sedikit keberiaan pulak. Tapi takpelah. Tujuan saya agar kita semua sentiasa bermotivasi. Itu saja.



Kongsi di :