Laporan Prestasi Kemajuan Larian – LPKL

Hari ini saya akan buat satu post khas untuk Laporan Prestasi Kemajuan Larian atau shortform dia LPKL atau juga nama glamour dia LuPiKiLa sendiri. Hari tu nak buat tapi tak cukup report. Sekarang dah masuk bulan kedua so dah ada 2 report. Berikut details dia.

Pendahuluan
Laporan Prestasi Kemajuan Larian ini atau LPKL adalah bertujuan untuk merekod jumlah larian secara bulanan agar mengingatkan diri seorang pelari untuk sentiasa bermotivasi bagi mencapai target jumlah larian tahunan. Dalam ertikata lain, sentiasa mengingatkan seorang pelari agar jangan tersasar dan cuai dan leka dan malas untuk lari yang boleh menyebabkan pada kegagalan untuk capai target tadi.

Target
Target adalah jumlah larian yang diharapkan oleh seorang pelari dapat capai dalam tahun itu. Misalnya 365 KM setahun. Misalnya 900 KM setahun. Dalam kes ini, pelari blog ini target 999 KM setahun. Macam mana dapat 999 KM? Sila baca sini.

Kaedah Merekod
Di zaman moden serba canggih ini tidak ada sebab untuk seorang pelari tidak dapat merekod lariannya sendiri. Kebergantungan kepada jurulatih tidak menjadi masalah. Sila guna apps untuk merekod setiap larian. Ada macam-macam apps untuk larian. Sila baca sini. Dalam kes ini, pelari blog ini menggunakan apps terhebat termasyur terbaik Runkeeper.

Kaedah Melapor
Sila buat screenshot jumlah larian berkadar dengan masa. Pastikan juga jumlah target larian terpapar di dalam visual yang sama. Screenshot boleh diupload ke IG untuk dihebahkan kepada juri-juri awam. Screenshot hendaklah diprint dan dimasukkan kedalam file larian untuk sessi soal jawab bersama ibu bapa. Screenshot juga boleh diwhatssapp secara peribadi kepada mentor larian untuk sessi check & balance. Langkah terakhir adalah memasukkan screenshot di dalam blog sendiri jika ada blog untuk tatapan umum.

Frekuensi Laporan
Cukup sekadar sekali sebulan. Tak payah buat tiap-tiap hari nanti bukannya orang menyampah, diri sendiri pun boleh menyampah. Jumlah laporan pada akhir tahun mesti ada 12 screenshot.

Integriti Laporan
Amaran kepada pelari. Jangan menipu. Pamerkan integriti dan amanah tuhan dengan paling terbaik. Sekiranya ada cubaan untuk mentouch-up laporan agar nampak berjaya, anda bukan runners sebenar. Sesungguhnya jangan sekali-kali mencurangi diri sendiri kerana kelak kamu akan mencurangi sesiapapun dalam hidup kamu.

Laporan Ulung Emiretus Hujung Tahun
Sila buat satu karangan rumusan pada hujung tahun apabila sudah mempunyai 12 screenshot. Karangan rumusan ini hendaklah tidak melebihi 300 patah perkataan. Sila nyatakan faktor kejayaan atau faktor kegagalan dan lain-lain hal yang berkaitan serta dirasakan perlu. Pastikan tulisan bermanfaat untuk orang lain dan jangan over kalau berjaya dan jangan putus asa kalau gagal.

Expectation Awam (Fans, Haters, readers, etc)
Semua orang ada mulut. Allah tak suruh kita tutup mulut orang lain. Allah suruh kita tutup mulut kita dan jaga stering masing-masing.

Lain-lain
Akan diupdate jika perlu.

P/S : Draft ini ditulis secara Kementerian Belia dan Sukan in case KJ baca, boleh terus propose masuk sebagai agenda sukan nasional. Tak yah buang duit nak bayar copywriter dah. 😛

SILA KLIK SINI UNTUK MELIHAT UPDATE LPKL SAYA

Kongsi di :