Lari : Ada dan tidak ada matlamat

Semalam saya lari membabi buta just for the sake of training. Mulanya saya nak lari 10K tapi sebabkan penat sangat (saya rasa saya makin tak fit sejak balik Penang) so saya tamatkan larian saya pada 5K. Didapati, hasil catatan masa adalah 32:35 dengan average pace 6:31/km.

Hari ini saya lari lagi tapi awal-awal tu (Sebelum larian) saya dah letak target untuk lari 5K dengan catatan masa 30 minit. So hasilnya saya menghabiskan 5K dengan catatan masa 30:53 dengan average pace 6:10/km.

Saya dapati, apabila saya communicate dengan diri batin saya dan fokus untuk capai sesuatu maka saya berjaya mencapainya. Tapi mestilah nak capai tu sesuatu yang realistik. Sebab, kalau nak capai yang fantasi, of course diri batin akan cakap pada saya, “aleuto…”

So esok saya nak cuba communicate agar habis 5K dengan catatan masa bawah 30 minit. Saya nak tengok, boleh atau tidak dan adakah diri batin akan mengarah segala otot-otot badan mengikut kata masternya.



Kongsi di :

Comment 1

  1. Pingback: Persediaan untuk larian yang lebih pantas | Asia Fitness Today

Comments are closed.