Lari : Anggaran catatan masa berdasarkan previous event

Salah satu persediaan saya untuk lari dalam race adalah menganggar catatan masa yang bakal saya buat, berdasarkan catatan masa yang telah ada pada previous event. Sebagai contoh, next race ini adalah BSN night run. Since saya tak pernah masuk race BSN, saya check dan compare catatan masa 10K saya dengan catatan masa race BSN tahun 2013.

So, catatan masa terbaik saya setakat ini untuk 10K adalah 1:03:57. Dan bila saya compare dengan result last year, anggaran saya akan berada di tempat ke 248.

Screen Shot 2014-09-21 at 8.30.04 PM

Kalau saya cuba perbaiki rekod bawah 60 minit, saya akan dapat nombor 161.

Screen Shot 2014-09-21 at 8.32.46 PM

Dan kalau nak dapat top 100, catatan masa saya paling maksimum mesti bawah 55:54.

Screen Shot 2014-09-21 at 8.34.01 PM

Kalau nak target nama rank pada first page result, at least kena dapat nombor 44 dengan catatan masa 0:50:38. Ini lagi mencabar.

Screen Shot 2014-09-21 at 8.36.11 PM

Nampaknya kena training dan usaha dengan lebih baik kalau nak achieve top 100. So esok dah kena start training. Tinggal 20 hari saja lagi…

Boleh tengok sini untuk result 10K last year.



Kongsi di :