Lari : Baju dan seluar

Dulu masa saya sekolah menengah, masa riadah, semua student wajib pakai baju putih dan seluar trek hitam / biru gelap. Kasut of course pun mesti putih dan kalau ada warna-warna pun minimum. Tujuannya pasti nak bagi semua student sama rata, so takde lah perbezaan antara anak orang kaya dengan miskin. Dan kami semua di sekolah berasrama itu, hidup gembira.

Tetapi sekarang zaman sudah lain dan berubah cepat. Ada macam-macam teknologi baju dan tak kurang juga macam-macam teknologi warna untuk up baju-baju larian. So, kali ini saya akan tulis pasal baju dan seluar yang sesuai untuk larian.

Matlamat
1. Mesti selesa
2. Mesti ringan
3. Mesti nampak kacak

So sekarang kita tengok ciri-ciri baju yang ada diluar sana, sebagai panduan untuk memilih.

1. Harga
Yang ini paling penting dari semua pada saya. Sebab, semua orang mesti ada bajet tertentu. At the end of the day, kita nak lari je bukan nak masuk pertandingan sapa kaya. Biasanya harga memang penentu kualiti. So kena bijak memilih dan mencari.

Saya ambil contoh baju lari Nike, harga je dah RM139. Seluar pendek pun RM139. Di tempat saya lari tiap-tiap hari di Bukit Jalil tu, ada satu apek cina ni memang lari laju gila. Tak terkejar kita. Apek ni memang steady. Dia lari tak pakai baju pun dan seluar dia cutting seluar Mokthar Dahari.

2. Serap Peluh
Yang ni penting. Kalau dah peluh keluar sebaldi, kalau baju tu tak serap peluh so lama-lama baju jadi berat. Lepas lari memang boleh perah dan boleh buat minum nak ganti balik air yang hilang dari badan. Biasanya ada dua sahaja. Pertama wool. Yang ni efficient dalam menyerap peluh dari dalam dan mengwapkan ke luar baju. Manakala jenis polyster, cepat kering.

3. Kelim Tepi
Setengah baju kelim tepi dia tebal. Bila tebal, terhasil geseran yang lebih pada badan menyebabkan melecet. Kadang-kadang rasa tak selesa dan lebih-lebih lagi bila berpeluh. So cari baju yang flat takde kelim tepi.

4. Anti Odor
Sesetangah baju berteknologi tinggi ni dia Anti Odor. So bila berpeluh bagai, dia tak bau sangat. Kain baju dibina dari fiber yang tertentu dan boleh bertindakbalas dengan bakteria yang terhasil menyebabkan kurang bau dari badan.

5. Potongan
Baju ada yang labuh 4U2C atau fit dengan badan. Biasa baju labuh ni tak selesa sebab besar dan bakal menyebankan kulit melecet. Kita nak pergi lari bukan nak pergi umrah pakai purdah. Manakala baju yang fit ni memang terbaik dan kurang menyebabkan badan melecet. So imagine kita lari marathon 42 KM dengan jubah. Lagi satu senang cite baju labuh-labuh ni dah tak musimlah.

Baju yang fit juga tak mudah koyak dan menyenangkan pergerakan.

6. Sun Protection
Ada baju yang ultra violet boleh menahan pancaran sinaran matahari. So bagi yang bermasalah dengan matahari, ini baju yang anda cari.

7. Baju dalam
Untuk perempuan esp. pakailah sport bra. Sebabnya ia akan memegang dengan firm aset anda dan dari jauh taklah nampak bergegar gunung yang boleh mengganggu konsentrasi pelari jantan. Untuk lelaki pulak, kebanyakkan seluar pendek dah ada built in seluar dalam dan biasanya seluar dalam dia nipis dan jaring-jaring. So kita orang lelaki lari dengan kebebasan ultra.

8. Durability
Cari yang tahan lama sebab bila lari tiap-tiap hari, basuh pun mestilah selalu. Kalau baru 2-3 kali basuh dah lemau, agak kurang kacak masa berlari tu. Nak senang, beli baju yang memang sport branded dan design for running.

9. Keringanan
Ni pun faktor kemenangan. Pakai baju yang berat memang takdalah. So cari baju yang betul-betul ringan. Apa baju yang berat? Baju cotton biasa. Baju polo. Baju kemeja pun sama, butang je dah berapa kilo.

10. Seluar
Ada banyak seluar so kalau anda particular, jangan tersilap beli seluar. Ada seluar yoga, ada seluar trek futsal, so ada seluar khas yang design untuk running. Boleh pakai seluar trek lain tu ok je. Tapi yang design untuk larian ni biasanya ada kelebihan.

Contohnya seluar pendek Nike, siap ada zip kat belakang punggung so boleh letak kunci kereta atau iPod. So tengok keperluan masing-masing.

Untuk perempuan, tights pun cun jugak so cover sikit kulit tu walaupun nampak bentuk kaki dan punggung. Kalau beria nak tutup aurat tu lain cerita la sebab semua tulisan saya bukan syariah compliance ok.

Kesimpulan
Seperti yang saya tulis di posting sebelum ini, bila bab baju dan seluar, ada 3 benda yang paling penting. Practicality, fashion and functionality. So selamat!

Penemuan saya:
1. Baju dan seluar Solomon lebih murah dari NIKE. Kalau baju dri Fit NIKE harganya RM139, Solomon baru RM79.
2. Website http://www.decathlon.my – baju larian agak banyak juga dan murah pulak tu. Saya tak try beli lagi tapi menurut kawan saya, kualiti dia boleh tahan.

Kongsi di :

Comment 1

  1. Pingback: Persediaan untuk larian yang lebih pantas | Asia Fitness Today

Comments are closed.