Hari ni saya start training untuk #SCKLM2015. Sepatutnya saya mula training last week tapi gila la kalau boleh lari tiap-tiap hari masa puasa. Sekali dua boleh la. Hari-hari nanti orang tuduh kita tak puasa pulak. Akibatnya saya hilang seminggu dan distance yang saya patut lari adalah 31KM. Saya harap tak effect sangat tapi nanti kita tengoklah.
Tapi hari ni saya belajar satu perkara baru. Lari bawak lemang, rendang dan ketupat. Rupanya agak berat juga muatan selepas hari raya. Baru satu kilometer dah termengah-mengah. Harap boleh lebih buat yang terbaik. Mungkin seminggu jugaklah lemang, rendang dan ketupat ni nak pupus dari dalam perut. Santan dan lemak sangat tebal dan perut agak buncito.
BTW, ada 76 hari lagi ke #SCKLM. Boleh kira pakai calculator dari website timeanddate.com