Lari : Dalam Hujan



Lari dalam hujan juga menyeronokkan. Ia menyebabkan kita rasa lebih dekat dengan alam. Saya pernah cuba sekali tapi bukan sebab nak cuba pun, ia lebih kepada terpaksa. Mungkin next time saya akan cuba dengan rela. Anyway, dibawah adalah list beberapa benda yang kena tahu sebelum lari dalam hujan.

1. Outfit larian untuk cuaca
Pakai topi supaya air hujan tak masuk mata, sebab kalau masuk mata ia menghalang pemandangan. Pakai jacket yang kalis air supaya badan tak basah dan tak sejuk. Pilih jacket yang ada jejaring supaya haba boleh keluar dari badan dan badan tak panas sangat. Pilih jacket yang ada reflective element so dari jauh dah boleh nampak.

2. Keadaan Cuaca
Tengok kalau hujan biasa ok tapi kalau hujan ribut petir dan guruh bagai, baik tidur kat rumah. Keselamtan harus diutamakan.

3. Losyen Body Glide
Yang ni first time saya dengar tapi saya rasa ia untuk kurangkan geseran antara badan dengan pakaian. Sebab kalau geseran banyak sangat boleh jadi ruam atau bengkak atau paling teruk luka. So losyen boleh bantu kurangkan geseran.

4. Keselamatan gadget
So anda ada banyak gadjet larian, seperi iPhone, iPod etc. Semua ni kalau yang perlu pakai, kalau tak perlu tak yah beria. Hujan kut, nanti rosak iPhone baru padan muka. Anyway kalau nak pakai juga, isi dalam plastik kalis air yang air tak masuk. Zip bag ok.

5. Keringkan kasut
Yang ni lepas lari. Boleh masukkan gumpalan suratkhabar dalam kasut untuk bagi dia cepat kering.

6. Jangan pijak lopak
Sebab kita tak tahu berapa dalam lopak air ini dan boleh jadi dalam gila. Kalau tersilap langkah boleh tergeliat kaki dan bila tergeliat kena berhenti lari sampai kaki pulih.

7. Peka, dan sensitif
Jangan pakai iPod sebab kena peka dengan keadaan sekeliling. Buatnya kilat dan guruh tiba-tiba datang mengejut dekat dengan kawasan anda lari, at least anda dengar.





Kongsi di :