Lari : Easy Run



Apakah Easy Run?
Lari biasa tidak perlu usaha lebih. Patutnya tengah lari boleh siap sembang. Dan lepas lari, tak letih mana. Majoriti training kita perlu ada Easy run. Maintain Pace sepanjang masa.

1. Kepentingan Easy Run
Base running. Setiap rumah perlu base yang kuat. Kalau Base tak kuat, rumah runtuh. Begitu juga dengan larian. Kalau foundation larian tak betul, maka tak boleh lari lagi jauh. Kalau tak cukup milage larian, macam mana nak lari lagi laju, dan lagi jauh?

2. Effect Easy Run kepada badan
Easy run membantu membina asas kardiovaskular yang baik pada badan. Jantung yang kuat adalah kunci kepada larian yang lebih laju dan stabil. Kalau terus pergi kepada lari laju, boleh jadi jantung yang tak pernah “dikerjakan” akan rosak. Easy run membantu kepada preparation jantung dan pengaliran darah yang lebih sempurna. Easy run membantu kepada pembinaan jantung yang mantap dan menyebabkan larian, tidak perlu usaha lebih di masa hadapan.

3. Selaju mana Easy Run?
Pace Easy Run adalah Pace dimana kita boleh berbual masa berlari. Laju sikit daripada berjalan, masih boleh bersembang, dan tak tercungap-cungap. Patutnya kalau Easy Run betul, boleh buat easy run 2 – 3 jam lamanya, dan boleh bersembang.

Lain-lain

#bolehbersembang #heartrate60% #pernafasannormal



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_