Lari : Ikatan tali kasut tercepat di dunia

Pada tahun 1997, seorang pelari Kenya yang bernama John Kagwe terpaksa berhenti dan mengikat tali kasutnya yang tercabut. Ini sudah memakan masa tapi nasib baik dia menang juga.

So, ada dua hal disini. Pertama, sebelum lari, ikat tali kasut betul-betul. Kedua, kalau tercabut juga, video dibawah ini adalah cara super pantas untuk ikat tali kasut. Ikatan ini dinamakan Ian’s Knot. Biasanya yang kita guna itu adalah Bunny Ear knot. Ada lagi ikatan lain tapi saya tak tulis pun sebab tak payah ingat banyak-bayak sangat. Ingat apa yang patut sahaja.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_