Lari : Kenapa?

Semakin lama semakin ramai orang lari. Semakin ramai runners di Malaysia ini. Hampir setiap minggu ada saja race. Ini bagus sebab secara kesimpulan, orang semakin sihat.

Namun, kenapa orang lari? Kenapa orang mula-mula lari? Apa turning point seseorang lari?

Saya rasa semua orang ada sebab yang tersendiri. Ada yang sebab nak sihat. Ada yang sebab hujung minggu takde apa nak buat. Ada yang ikut kawan. Ada yang memang HOBI dia lari.

Mesti ada kajian kenapa orang lari. Bagi saya ia menarik kerana semua orang (basically) ada dua kaki. Dan mengkaji kemana kaki ini pergi dan mengapa ia sanggup pergi adalah satu hal yang misteri bagi saya.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_