Lari : Log Larian, Kembali aktif.

Ok. Tahun ini saya dah spent agak banyak dengan kehadiran Sang Suunto Ambit 2, ditambah pulak Suunto M5 untuk bini tersayang, feh… untung sapa jadi bini saya. Makanya saya decide untuk kembali aktif dengan menyertai larian-larian di Malaysia.

Tahun lepas, saya telah menyertai 2 larian 5KM dan 2 jalanan 5KM. Dibawah detail yang berkaitan.

Ulasan larian :
1. Kidney Fun Run Putrajaya, 5KM – dapat sijil, event larian pertama seumur hidup. Meriah sebab ramai geng ofis masuk. Masa bahagia.
2. Alam Sekitar Padang Merbok, 5KM – yang ni kelakar. Sebab sampai lambat, orang dah nak habis lari so sebabkan marah saya lari jugak dan saya mendapat tempat terakhir. Siap ada marshal escort naik motor sampai tamat. Kelakar gila.
3. Walk for hunger Putrajaya, 5KM – tiada cerita kelakar. Jalan sampai letih dan masa jalan tu kenyang. Tak lapar mana.
4. Walkathon Diabetes Dataran Merdeka, 5KM – top 100, dapat nombor 79… dapatla medal sebiji. Nombor tu sama dengan tarikh lahir. Berjalan sampai nak tercabut kaki.

So last year total KM untuk event larian + jalanan = 20KM. This year kena up sikit sebab dah pakai Suunto.

Target this year dua benda. Larian 10K, dan mesti ada yang lari luar Kuala Lumpur atau Putrajaya. So saya listkan potensi-potensi larian dan kita lihat siapa yang kena.

Oleh kerana saya tak pernah lari 10K sebelum ini, so saya buat keputusan untuk ikut training 10K for beginner dari Movescount.  Total training adalah 14 minggu. Kalau start training bulan June, saya boleh lari dengan tenang pada bulan september.

Screen Shot 2014-05-16 at 12.43.44 AM

September Event
20.09.2014 – IMU Chariofare 2014
Registered

October Event
11.10.2014 – BSN Putrajaya Night Marathon 2014
Registered

November Event
16.11.2014 РAllianz Penang Bridge International Marathon (Penang)
Registered

December Event
To be update



Kongsi di :