Lari : Long Run



Apakah Long Run?
Sama macam Easy Run tapi lagi jauh. Tak perlu usaha lebih cuma lari lebih jauh dan memerlukan masa yang lebih banyak. Jarak akan menyebabkan sedikit keletihan dan bila letih perlu masa untuk recovery. Maintain Pace sepanjang masa.

1. Kepentingan Long Run
Kalau Easy Run bagaikan Base Rumah, Long Run boleh digambarkan seperti besar mana rumah itu. Lagi besar rumah, means lagi jauh larian.

2. Effect Long Run kepada badan
Larian akan menyebabkan pembakaran lemak di dalam badan dan Long Run akan meningkatkan kebolehbakaran lemak dalam badan. Ia juga untuk menyimpan lebih banyak glycogen dalam otot untuk kegunaan akan datang. Long Run juga mencabar minda untuk terus berlari walaupun letih.

Larian memerlukan minyak. Ada dua minyak untuk larian. Pertama adalah lemak. Kedua karbohidrat. Kalau lari biasa, hanya guna lemak (pembakaran lemak menjadi tenaga) kurang karbohidrat. Kalau lari laju, akan guna lebih karbohidrat, kurang lemak.

Maka, Long Run tak boleh laju. Hanya guna lemak sebagai minyak.

3. Selaju mana Long Run?
Sama Pace easy run, cuma lari lebih jauh dan lama.






Kongsi di :